BAB 3

Romance Completed 7871

HAKIM melontar pandangan pada ibu kota Kuala Lumpur yang menjadi halwa matanya setiap hari. Bunyi ketukan pada daun pintu membuat tumpuannya sedikit terjejas.

“Tak pergi lunch ke?”

Hakim memusing kerusi, menghadap ke depan. Dia mengukir senyum lirih pada figura di hadapannya.

“Pengantin baru rupanya. Have a seat,” pelawa Hakim.

Marsya tersenyum manis. Dia mengambil tempat di depan Hakim. Paper bag yang mengandungi chocolates dari Swiss diletakkan di atas meja Hakim.

“For the kids,”

Hakim menarik paper bag tersebut.

“Untuk the kids aje? Walid dengan mama tak payah eh?”

Marsya mencebik.

“Walid dengan mama masa pergi honeymoon kat Estonia dulu tak beli apa-apa pun untuk Auntie Sya,”

Hakim gelak. Kecil.

“Hah! Ungkit! Anyway, thanks for the chocolates,”

“No prob at all!”

“So, Alps apa cer? Mesti korang berkepit je kan kat dalam cottage. Tak nak sejuk pulak,” usik Hakim.

“Sibuk nak tahu pasal honeymoon orang. Alps was okay. Magnificent if I could say. Tapi tulah. Dua minggu tak cukup kat sana. Hazim tu lah. Susah sangat nak dapat cuti. Boring sungguh,”

“Kau bolehlah cerita. Kau kerja sendiri. Kesian si Yana tu lah kena urus semua. Laki kau tu kerja dengan orang. Tak bolehlah sesuka hati nak buat apa pun,”

“Sama doe statement kau dengan dia, Kim! Korang memang ada apa-apa ke sebelum ni yang instinct kuat sangat ni? Musykil pulak kita,”

“Dah nama pun nak dekat sama. Mestilah the mind pun alike,”

Marsya Ellena dikenali tika dia sudah memasuki tahun kedua semasa menuntut di universiti dulu. Meski berbeza fakulti namun pertemuan tika mengendalikan Minggu Orientasi bagi pelajar junior akhirnya mentakdirkan mereka bersahabat sehingga kini.

“Kau nampak cengkung je, Kim. Are you okay?”

Hakim ukir senyum senget. Batang tubuhnya disandar pada kepala kerusi. Redup saja pandangannya pada wajah bujur sireh di hadapannya itu.

“It’s not me who really needs all the concern,”

Mendengar ucapan Hakim menerbitkan satu perasaan belas dalam hati Marsya. Besar sungguh dugaan yang sedang sahabat dia alami sekarang ini.

“Liara still macam tu ke?”

“Not a single day has passed without her crying. Aku lagi suka kalau dia meraung, memekik daripada asyik menangis diam-diam. Even worse sekarang ni, dia dah kurang bercakap. It’s killing me, Sya! I don’t know what else to do. Dah puas semua orang try to knock some sense into her but dia buat tak tahu je. Aku tak berapa nak kisah but the kids. They need her,”

“Tak try bawak dia berubat dengan mana-mana ustaz ke? I’m talking about a real ustaz eh. Bukan yang guna kain kuning, buah limau all that nonsense tu,”

“Been trying to tapi when she gets to know it, mulalah dia buat scene merajuk dia. Now you tell me, what else could be done?”

“Kau bawak dia pergi holiday. Pergi tempat yang dia nak pergi. Make it as your second honeymoon or something. Come on, Kim. Takkan tu pun kau nak aku ajar, bro,”

“Eleh. Mentang dia baru balik honeymoon, so aku pun kena join sekaki lah ni?”

Marsya flips hair.

“Mana tahu untung-untung kita boleh jadi besan ke nanti? Well if you’re doing it fast enough laa,”

Ketawa mereka berdua lepas. Ada sahaja Marsya ni!

“A holiday sounds great. But honeymoon… Aku tak tahulah. I mean, since that day dia macam belum ready je. Aku tak sampai hati nak paksa dia,”

“You’re saying you haven’t been sleeping with her for the past six months? Macam mana kau tahan tengok wife kau yang gila cantik tu woi!” teruja pulak suara Marsya apabila mengetahui hal yang satu itu.

“Chill woman, chill. Ni office, bukan rumah tau cik kak. Tahulah kau baru balik from honeymoon. All the energy is stacked!”

Marsya berdehem. Acah kembali menjadi sopan. Menjadi perempuan Melayu terakhir kononnya.

“Maafkan saya wahai tuan yang budiman,”

“Oh girl. Kau buat aku nak muntah at the same time nak gelak guling-guling,”

“No Kim. Ni dah serius. Kau tak takut ke kalau Liara, tapi mintak dijauhkanlah. Macam mana kalau dia meroyan? Kau pernah terfikir tak?”

Hakim terdiam. Meroyan?

“Tapi dia berpantang macam biasa. Mama dia dengan ummi aku yang jaga dia. With extra care sebab knowing she is not emotionally strong,”

“Jaga pantang tak semestinya dia tak boleh meroyan. I mean, no one understands her right now. Dia berpantang, tapi baby dia takde. On the outside, kita tengok dia macam okay but her inside? Kau pun tak pernah nak tanya dia kan?”

“Dah kalau sepatah ditanya, sepatah jugak dijawab kau expect aku nak tanya macam mana?”

“Ni lah lelaki. Always go for the surface je. Bila tak dapat, oh lantaklah. Malas nak fikir. She needs you, Kim. Of all people now, she needs you. Yang meninggal tu anak korang berdua. Not only hers. She is expecting you to go through this with her. Together hold her hands till she can accept everything that had happened. Susah sangat ke, Kim?”

Hakim meraup wajahnya berulang kali.

“Kau fikir aku tak sedih ke, Sya? Tu pun anak aku, Sya. Tapi aku tak boleh nak jadi macam dia. Aku masih ada Haidi dengan Hafleen untuk dijaga. Kalau aku melayan si Liara tu, kesian Haidi dengan Hafleen. Aku tersepit, Sya. Tapi aku nak buat macam mana lagi. I love her so much. So much that I can’t show her how I feel right now,”

“Bukan tu maksud aku, Kim. Betul apa yang kau buat sekarang ni. Kau kuat untuk anak-anak tapi kau jangan lupa, Liara is also a baby at this moment. She needs all those extra care from you especially. Best advice, bring her somewhere. Only you both. Biar dia tahu, she is still a wife. Not only a mother to a dead baby. Kau masih ada hak atas dia. Jangan lupa tu,”

Hakim merenung dalam-dalam si Marsya. Ada benar kata-kata sahabatnya itu. Liara masih isterinya. Bukan hanya sekadar seorang mama sahaja. Sampai bila dia mahu terus hanyut dalam kesedihan yang melampau itu?

Hakim menekan butang interkom.

“Steph?”

“Yes, En Hakim?”

“Get me the leave application form. Now!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience