part 17

Romance Series 6126

setelah Izu berbincang sehabis baik dengan Afeira pasal perpindahan, Alhamdulillah ira terima dengan cadangan izu .. jadi bolehlah izu angkut afeira ke rumah bujang nya .. ada hikmah Dato' Mokhtar hadiahkan dia rumah di Bangi .. dekat dengan Butik afeira .. alhamdulillah ..

Puan Maria menghampiri Afeira yang sedang mencuci pinggan mangkuk

" beberapa jam je lagi ira akan tinggalkan mama, papa, qief , comot .. hmm lepas ni mama tentu sunyi " kata mama dengan nada kecewa

" alaa ma, janganlah sedih .. tak jauh pun Bangi tu .. lagipun ira belum start kerja lagi . cuma kene kemas barang kat butik ..takpe maa, nanti ada masa lapang ira datang lah sini lawat mama, papa, comot .. lagipon, mama kan kerja macam papa .. takde lah rasa kehilangan ira sangat . hahah . dah maa, tak moh sedih sedih kaey ? " pujuk ira sambil memeluk erat tubuh kecil mamanya

" kamu jaga diri ye . laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri .. jadi isteri yang solehah buat Izu .. jangan bergaduh , tak elok .. dengar cakap dia jangan pula kamu buli dia .. '' pesan mama

" yee maa, ira faham semua tu .. mama jangan risau yee " kata afeira

" dah siap pack barang ke ? " soal Izu yang baru masuk kedalam bilik

" belum " jawab feira ,sepatah

" apa yang belum tu ? " soal izu

" kasih sayang " balas afeira sambil tangannya sibuk mengemas katil

" O K " jawab izu lalu masuk kebilik air

manakala Afeira sambung mengemas pakaiannya

afeira dan iz turun tangga dengan bagasi mereka yang penuh dengan pakaian .

muka afeira jelas kelihatan dia tidak mahu pergi tinggalkan mamanya

" ira , jaga diri ye .. ingat pesan mama pagi tadi " kata Puan Maria

" baik maa .. mama pun sama tau, jaga diri, jaga kesihatan apa semua .. " kata Afeira pula

" dik, kau sayang mama an ? " soal Aqief

" sayangla pun " jawab afeira sambil memeluk tubuh mamanya

" okay, kalau sayang, aku nak kau hadiahkan mama cucu " gurau Aqief

" helemekkk, sepatutnya kau tu yang kene hadiahkan mama cucu . kau tu dah tua bangka " sindir Afeira

" oh main kasar ..okey , aku akan buktikan yang aku akan dapat cinta sejati aku dalam masa terdekat ni " kata Aqief dengan nada berlagak

" dahla ira,qief , dah tua pun masih bertekak .. dah cepat, nanti jalan sesak , lambat sampai rumah " tegur Tuan Hasyim

" papa menghalau nampaknya .. okey paa .. kami gerak dulu " kata Ira

setelah tamat sesi persalaman,perpelukan apa semua, afeira dan izu pun hilang dari pandangan ..

izu memakir kereta BMW nya di hadapan pasaraya Tesco .

Izu melihat kearah afeira yang dari tadi hanya membisu , ternyata, sedang lena dibuai mimpi

" raa, bangun . dah sampai " kata izu sambil membuka seat belt nya namun tiada perubahan .

" AINA AFEIRA BINTI HISYAM !! " jerit Izu sambil menggoyangkan kerusi afeira

" wooooiii !!! " balas afeira

" kau ni kalau tidur memang tidur mati kan ? " perli Izu

afeira hanya mendiamkan diri

" dah jom turun . cari barang dapur kejap " arah izu lalu mematikan enjin kereta

" jadi aku kene masak lah ni ? " soal afeira

" tak . jiran sebelah tolong masakkan " jawab Izu lalu keluar dari badan kereta .


" kau reti masak apa je ? " soal Izu seperti menghina Afeira tidak reti memasak

" jangan pandang sebelah mata dengan perempuan gila macam aku ni " kata afeira lalu terus menuju ke tempat makanan mentah . segala jenis sayur dan makanan mentah dicapai oleh afeira lalu dimasukkan ke dalam troli yang ditolak oleh Izu .. tak lupa juga dengan segala jenis rempah ratus , semua dicampak kedalam troli oleh afeira

tiba dirumah izu, afeira terus masuk ketandas .. tidak tahan punya pasal,habis semua barang dicampak ke lantai ..
Kemudian dia tidak terus naik untuk beristirehat malah dia terus kedapur untuk mengemas makanan mentah yang dibelinya tadi

setelah selesai menyimpan barang dapur dan makanan mentah di tempatnya, afeira terus naik keatas untuk mengemas pakaiannya pula

" eh jap . bilik yang mana satu eh ? " soal Afeira sendirian sambil menggaru kepala yang tidak gatal

" bilik yang first and depannya ni, bilik tetamu .. sebelah bilik tetamu ni bilik mandi untuk tetamu .. " jelas izu yang baru naik ketingkat atas

" aik,? bilik aku kat mana ? " soal afeira

" jom naik atas " kata izu

' atas ? rumah dia ni berapa tingkat ? ' soal afeira didalam hati .. tanpa membuang masa, afeira terus mengekori izu dari belakang sambil menarik bagasinya yang besar

tiba ditangga, izu menoleh kebelakang , dia melihat Afiera bersusah payah mengangkat beg bagasinya itu . dengan rasa belas kasihan, izu mengambil beg bagasi afeira dan terus dibawa ke penghujung tangga

" haa, yang tengah ni, ruang solat .. " jelas izu sambil tangannya menunjuk kearah tersebut

"bilik sebelah kanan ni, bilik tidur utama . iaitu bilik KITA " sambungnya lagi sambil menekankan perkataan KITA

" depannya ni, bilik pakaian sebelah bilik pakaian ada bilik mandi . jadi, nanti kau boleh kemas pakaian kau kat dalam almari bilik ni . aku dah sediakan ruang untuk kau .. tinggal isi je " kata nya lagi lalu afeira membuka langkah untuk memasuki bilik pakaian

" eh, nanti dulu .. sabar .. aku belum habis explain lagi pasal rumah ni .. letak dulu beg kau tu kat tepi ni " arah izu

" okay , kita pergi hujung situ .. kat situ, kau boleh lah sidai baju kat sini . sebelah ni ada bilik basuh atau dipanggil laundry .. so mudah la , tak payah lah kau susah turun bawah naik atas bawa pakaian pakaian kita " terangnya lagi ..

[ dihujung sana terdapat balkoni terletak di bahagian belakang rumah .. kalau kat depan, macam tak sesuai pula sebab memburukkan pandangan je hahaha . bayangkan lah rumah izu ni besar mana hahahah . aku pon tak tahu nak bayangkan macamana . hahah ..meh sambung ]

" lagi ? " soal afeira

" jom tengok bilik kita . aku nak bagi peraturan sikit kat kau pasal undang undang kat rumah ni " kata izu lalu menuju kebilik tidur mereka

" ni bilik ke homestay ? besar gila nak mampuih " puji afeira

" ni namanya syurga kita lah sayang " kata izu dengan nada sedikit menggedik

afeira membuat muka menyampah lalu menuju ke ruang balkoni

' nice view ! macam duduk kat Apartment pulak hehe ' riang hati afeira

" eh sini, nak bagi taklimat " arah izu lalu afeira hanya mematuhi arahannya

" oke baiklah , katil besar ni, aku yang punya . jadi , kau tak boleh tidur kat katil ni sesuka hati kau . " kata izu dengan nada tegas

" haa ?! dah tu aku nak tidur mana ? " kata afeira dengan nada sedikit marah

izu menahan ketawa kerana kelihatan muka afeira kemerah merahan menahan marah haha

" kau tidur lah mana mana . " kata izu malah diabaikan oleh afeira

" kau nampak pintu ni ? " soal izu sambil memegang pintu yang dimaksudkan

" nampak "

" aku tak benarkan kau buka dan masuk dalam tempat ni . kunci ada kat aku . sampai aku tahu kunci tu takde kat aku sebab kau cuba nak masuk bilik ni, kau, aku kerjakan . faham ? " kata izu dengan nada yang makin tegas

afeira mengangguk kecil tanda faham

" okey . setakat ni, bilik ni je tempat larangan . lain lain kau boleh pergi .. dah, gi kemas baju " kata izu lalu keluar dari bilik mereka

" pergghhh garang juga mamat tu . hampir terputus nyawa aku ni haa . ada apa dalam bilik ni ? takkanlah dia bela hantu kut , ? eish, janganlah, aku tengah sorang sorang kat bilik ni .. mati jugak aku kat sini kang . " kata afeira sambil menghayunkan kakinya

afeira memandang keluar pintu bilik yang terbuka . dia terperasan ada satu kelibat yang lalu sepantas kilat

" allahuakbar !! apebenda tu ? " laung afeira dan memberanikan diri untuk menjenguk keluar

kanan , clear

tiba tiba bahunya ditepuk ,

" allahuakbar,allahuakbar , ya Allah,, Jauhkanlahhhh !!! mamaaaaaa !!!!!!!! " jerit afeira kerana ketakutkan sambil kedua belah tangannya menutup mukanya

" woi woi , kau kenapa ? nampak hantu ke ? "

perlahan lahan afeira mengalihkan tangannya .
terlihat izu berada dihadapannya sedang memerhatikannya dengan wajah yang mengerikan tetapi melegakan .. terus afeira memeluk tubuh izu yang tak berapa nak tegap .. dalam pelukan itu, izu terdengar sedikit esakkan yang dihasilkan oleh afeira .. kerana rasa bersalah sebab menepuk bahu afeira, izu mengusap perlahan bahagian belakang badan afeira

" shutt shutt .. takde apa lah .. aku je pun .. takyah nanges lah, aku ada ni " pujuk izu

" sorry " kata afeira setelah melepaskan pelukannya terhadap izu

" takpe . lama lama lagi bagus . kau ni tak yah lah takut sangat . aku dah lama duduk rumah ni sorang sorang .. takde apa pun .. jangan risau kay, apa apahal jerit je nama aku . " kata izu

" takut lah . kau ni janganlah mainkan aku .. aku ni bukannya berani sangat " kata afeira sambil mengelap mukannya yang basah dengan tangan

" dah kemas baju belum ? " soal izu

" belum "

" dah lah, kau rehat lah dulu dalam bilik .. aku ada kerja kat bawah " kata izu lalu pergi meniggalkan afeira

izu sedar akan jantungnya yang berdegup kencang ketika afeira memeluknya secara tiba tiba .. bilalah perasaan cinta antara mereka akan berputik ya ?

p/s = sorry guys this part macam panjang gila nak mampus .. but , thanks for those who always reads my crazy story . hahahah . thank you !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience