part 16

Romance Series 6126

selesai makan malam, afeira menolong Mamanya mengemas dapur manakala kaum adam menonton televisyen

setelah selesai semua tugasan, afeira terus naik keatas untuk berehat .. penat siang tadi belum hilang lagi weii

afeira mengemas katilnya .. dikibas dengan sekuat hati kemudian dia terus lesap didalam selimut ..

' bismillah, goodnight world !! ' bisik hati afeira

' eh wait , nanti izu nak tidur mana ? takkan kat atas lantai kut ? argggh pandai pandai lah dia hidup . tulah, siapa suruh masuk bilik lambat . hahah ' fikir afeira seketika

afeira membuka matanya perlahan lahan . dia meraba meja tidur yang terletak disebelah kanannya dengan tangan . dicapai ip6s nya

" 0430 a.m. "

'' awal lagi .. belum azan subuh .. hmm '' kata afeira dalam keadaannya yang mamai

dia meletakkan semula ip6s nya diatas meja kemudian dia memusingkan badannya kekiri . dikangkangkan sedikit kaki kananya .

' eh, apa keras keras ni ? ' soal afeira didalam hati sambil kakinya meraba raba objek itu

' eh, ni bukan kaki ke ? ' sambungnya lagi lalu membuka matanya

" argghhhh !!! " jerit afeira lalu menendang objek itu hingga terjatuh kebawah

' buk ! '

" aduuuhhhh " rungut objek itu

" ya Allah, izuuuu ... sorry sorry aku menyigauu ..err kau okey ke tu ? " soal ira dengan keadaan cemas

tahutakut HAHAHAH

IZU memandang tidak puas hati pada afeira lalu dia naik semula keatas katil afeira yang bersaiz King .. Izu mendekatkan wajahnya pada wajah afeira ..

" kauu,kauu nak buat apa ni ?" soal Afeira dengan nada cemas sambil matanya ditutup rapat

" ada jerawat " izu membisikkan ditelinga afeira .. terbeliak mata afeira mendengar kata ii izu itu . sungguh menyakitkan . cepat cepat afeira meraba wajaahnya

manakala, izu menyambung semula tidurnya yang terjaga kerana afeira

" kurang asem punya lelaki !! ni namanya kene gigit semut hadui " kata afeira sendirian

" yeke semut ? ah lantak lah " sambung afeira

izu yang baru sahaja bangkit dari tidur, terus turun ke bawah kerana afeira sudah tiada dikamar

dia terlihat afeira sedang menyiram pokok bunga mamanya sambil bernyanyi .. terus izu pergi kearahnya

" chak !!! " sapa izu secara mengejut dibelakang afeira namun Afeira tidak memandang kearahnya.

" aik, haritu aku terkejutkan dia,terus kene siram.. ni tak pula " kata izu .. lalu izu terpandang wayar yang berada di poket cardigan afeira

" ooo pakai earphone .. patutlah " kata nya lagi . secara tiba tiba, izu mencucuk pinggang afeira .

hamek,, terus mandi hujan hahahahah . yang kejamnya, setelah izu mencucuk pinggang afeira, izu terus lari masuk kedalam rumah

" hahahahahahaahhaahhaha !! " izu melepaskan gelak nya kepada afeira . afeira terus mematikan paip, dan masuk kedalam rumah . jelingan maut diberikan kepada izu

" best lah tu nyakat dia ? " kata Aqief yang baru turun dari tangga lalu duduk di pondok berdekatan

" hahah, suka tengok dia melatah . kelakar " jawab Izu sambil mengekori langkah aqief

" mama dengan papa pergi mana bang ? " soal Izu kepada Aqief

" mereka tu, pagi pagi lagi dah keluar . katanya ada client dari Johor " jelas Aqief

biasalah, Orang berjaya mana pernah duduk diam kat rumah .

" kau kerja apa iz ? " soal Aqief

" sementara tunggu kelulusan dari pihak marketing, izu kerja dengan office papa "

" ouu . so next plan kau nak buka kedai lah ni ? " soal Aqief

" niatnya memang begitu . nak memanfaatkan kelulusan universiti yang ada ni .. kalau kerja kat office papa sampai hujung nyawa, sia sia je izu belajar dekat universiti . " jelas izu

" kedai apa izu ? "

" hahaha, kedai gambar je . " jawab izu ringkas

" baguslah tu . boleh bekerjasama dengan ira . dia tu tak lama lagi buka butik sendiri kat bangi . " kata Aqief membuat izu sedikit terkejut

" buka butik sendiri ? aik, dia tak cakap apa apa dengan saya pun .. " soal izu hairan

" hahaha, nanti ada masa dia bagitahulah tu .. sabar je yee .. aku rasa, kau pun tak bagitahu dia lagi pasal plan kau ni, kan ? " soal Aqief sambil menjongketkan keningnya

" haa .. macamtulah .. belum sempat nak berborak pasal ni "

" takpe .. abang faham hahahah .. goodluck yee .. ira tu panas baran and cepat terasa .. macam orang tua .. tapi kau kene hati hati .. dia,kalau terasa atau sedih,dia still macam biasa . abang nasihatkan kau supaya sentiasa bertanya tentang kehidupan seharian dia . " kata Aqief kepada izu ..

Aqief sudah masak dengan perangai afeira yang panas baran dan pemendam , apa salahnya berkongsi tips pada adik ipar sendiri, kan ? hahah

" wah tips rumah tangga . hahah, terima kasihlah nasihatkan .. "

" hahaha no problem .. kau orang berdua takde plan nak pindah rumah ke ? " soalan aqief membuat dada izu berdegup laju

" ada memang ada . cuma saya belum bagitahu dengan ira .. takut pulak . dia tu macam tak setuju dengan apa yang saya katakan "

" dah try tanya ? " soal aqief

izu hanya menggeleng tanda tidak

" try dulu . cakap baik baik . mula mula minta maaf dulu sebab kau dah basahkan dia hahahhaah . pandai pandai lah kau pujuk dia " kata Aqief lalu meninggalkan izu seorang diri dipondok

" matilanakkkk " rungut izu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience