bab 5

Other Series 4055

dua tahun sudah pun berlalu.sekejap je masa berjalan.diam tak diam suri pun dah nak habis belajar .tinggal beberapa semester aje lagi. dalam tempoh waktu tu,macam2 dia dah lalui.

amran pula dah berjaya mengembangkan bisnes ke peringkat yang lebih besar.dia kini dah memiliki dua buah restoran hasil titik peluh sendiri.semuanya berkat dorongan orang disekelilingnya. makcik ayu masih setia membantunya sementara menanti suri pulang.

sebenarnya perjalanan bisnes mereka taklah semudah yang disangka. dalam tengah2 bisnes tengah maju tu ada je yang dengki.beberapa bulan juga bisnes tak laku akibat buatan orang.namun berkat kesabaran dan tawakal mereka kepada Allah,alhamdulillah warung dan restoran mereka kembali beroperasi dengan baik.

suri tak lupa untuk memberi kata semangat dan dorongan kepada tunang tercinta walaupun dia berada jauh nun di selatan tanah air.dugaan dalam perhubungan mereka pun tak kurang hebatnya.mungkin itulah yang dikatakan dugaan semasa bertunang.pun begitu mereka masih mampu mengekalkan hubungan tetsebut hingga ke hari ini..

******

suri terkejut melihat kehadiran amran dihadapan rumah sewanya.dia berdiri tegak tak jauh dari pintu pagar.rindunya membuak2 dan hampir saja dia berlari untuk mendapatkan lelaki tetsebut.nasib baik hati dan minda masih waras.kalau tak sia2 dia kena bedal ngan mak nanti sebab peluk anak teruna orang sebelum tiba masanya..huhuhu..

amran menapak mendekati suri bersama sejambak bunga mawar putih kesukaab suri..suri mencebik terharu.nasib baik teman serumah tak balik lagi kalau tak harus dia disakat kaw2.

" bila kau sampai? kenapa tak call dulu?"

" baru lagi..saja nak surprise kan kau..amacam? suka tak??" amran mengangkat2 keningnya sambil mengukir senyuman.

" sukalah.. ishh kau ni..suka buat aku macam ni kan?" suri tampar lengan amran perlahan.tersipu2 dia gara2 amran.amran gelak halus.

" lewatnya kau balik?"

" dah kelas aku habis lewat nak buat macam mana.plus tadi aku singgah kedai buku jap cari barang..ni hah.."dia menunjuk beg plastik ditangan sebagai bukti.takut amran kata dia menipu plak..

" ouhh..kau jalan kaki?"

" taklah..naik teksi..tapi aku suruh pakcik tu hantar aku kat depan sana je tadi sebab aku tengok dia macam kelam kabut sangat nak balik.anak dia call kata nak bersalin.."

amran angguk mengerti..sekali lagi dia tersenyum memandang wajah suri.terubat rindu bila dah boleh bertentang mata.

" kau datang ni,sape jaga restoran?"

" mak ngan alonglah..aku minta tolong diaorang jap..mak kirim salam kat kau..dia ada kirim barang nanti ambillah dalam bonet kereta."

suri mengerling kearah kereta yang dimaksudkan.seketika dia tetnganga.biar betik?? banyak sangat ke duit dia sampai boleh beli kereta baru plak?

amran ketawa melihat reaksi suri.dah dia agak dari tadi..

" kau...beli kereta lagi??" tanya suri dengan mata terbeliak..

" tu bukan kereta akulah.."

" dah tu??"

amran mengeluarkan segugus kunci dan meletakkannya ke tapak tangan kanan suri.suri buat muka blurr..

" ni..hadiah untuk kau..aku beli khas untuk kau..sebagai tanda terima kasih sebab tak jemu2 support aku dari dulu.aku tau hadiah ni tak seberapa.."

" kau gila? ni kau kata tak seberapa?? amboii..banyak sangat ke duit kau? nak ikut dah berapa bnyak hadiah kau bagi aku..berlambak2..baiklah kau simpan je duit tu.."

" alaa..banyaklah juga.." amran angkat kening.suri herot bibir.meluat sangat kalau amran membangga diri.

" tapi serius,ni untuk kau..aku taknak dah kau susah2 naik bas naik teksi gi kelas..mulai esok,kau boleh bawa kereta ni..ok??"

" tapi.."

amran menggoyang2kan jari telunjuk kiri kanan tanda takde tapi2.

" kau tak rasa macam mewah sangat ke? nanti apa orang cakap? "

" nak cakap apa? kau bawa kereta je kot bukan jet pejuang ke apa.."

" yelah tapi audi ni mewah sangat kot??? kot ya kau nak aku drive,bagi jelah myvi ke viva ke yang sesuai ngan status pelajar aku nih.."

" apa salahnya dah kau memang mampu..semua ni hasil usaha kita jugak..kau anggap jelah ni ganjaran untuk segala penat lelah kau selama ni..ok??"

" tapi tak awal sangat ke nak bermewah??"

" awal apanya masa ni?? dah kita usaha dah lama kan,memang patutlah time ni kita betmewah..dahlah..jangan banyak bunyi..ambik aje apa aku bagi.kalau taknak aku bagi orang lain.."

" haip! mana boleh ambik balik ? buruk siku." suri sembunyikan kunci tu cepat2 kedalam begnya.dah orang bagikan.hahah.

" tau nak..jaga baik2.jangan bagi sorang pun lelaki lain masuk kereta tu selain aku..kalau tak,taulah nasib kau.."

" yelah.."

" ni kau tidur mana malam ni??"

" aku dah tempah hotel..nanti kau gi hantar aku eah? nanti malam kita keluar dinner..."

" kalau macam tu baik kau bawa je dulu si justin ni balik hotel.nanti takyahlah dua tiga kali kerja aku nak patah balik gi ambik kau.." suri memberi cdangan..

" justin?? amboi cepatnya bagi nama?"

suri jelir lidah.biarlah..

" ok..dah tu esok kau balik ngan apa?"

" baslah sayang oi..takkan kau nak hantar plak?"

suri buat muka nakal.sayang?? wahh! makin rajin nampak dia panggil sayang.practice lidah ke?

amran acah nak ketuk kepala suri.kemudian dia tergelak.bahagia.orang dilamun cintalah katakan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience