bab 10

Other Series 4055

suri memandang jijik wajah danny yang bertopengkan syaitan itu..tak sangka lelaki tu sanggup bertindak sejauh ini kerana dia berkeras tidak mahu berkawan. rupanya selama ni dia lah yang selalu mengekori suri untuk mencari peluang menculiknya.

danny menurunkan hoodie sweatshirtnya dan mendekati suri.wajah gadis itu dicengkam kuat dengan tangannya sehingga suri berkerut kesakitan.

" kalau kau tak layan aku macam tu,semua ni takkan jadi suri..semua ni salah kau.." bisiknya rapat ke telinga suri.

suri geleng kepala cuba meleraikan cengkaman danny pada pipinya.dia geli dan jijik dengan sentuhan danny.. danny tak layak sikit pun untuk menyentuhnya. dia hak amran!!

" tak lama lagi aku akan dapat apa yang kau taknak bagi selama ni..tunang kau yang bodoh tu akan bagi aku duit..tentu kau tertanya2kan berapa dia sanggup bagi sebagai tukaran dengan kau..aku pun tak sabar nak tau berapa dia boleh bagi. " danny gelak penuh makna..pipi dan rambut suri dibelai dengan hujung jarinya.

" cun juga kau ni eahh??"

'tak guna!!' tempik suri dalam hati.air mata berjuraian ke pipi tanda hatinya benar2 sakit.sakit kerana danny yang terlebih dahulu melihat auratnya,bukan amran! kalau mulutnya tak disalotepkan,sekarang juga dia ludah muka danny..

" ouhh..dont cry honey..kau buat aku serba salah..kau buat aku nampak macam jahat sangat je.. aku takde niat pun nak sakitkan kau tapi kau sendiri yang paksa aku buat semua ni..kau buat aku terdesak..kalau kau berlembut ngan aku dari dulu kan senang ?? aku pun taknak kotorkan tangan aku dengan semua ni.. i have no choice darling.." danny seka pipi suri dengan belakang tangannya.. suri mengelak deras.dia jijik!

**********

amran meninggalkan rumah sewa suri bersendirian menuju ke tempat yang diberitahu oleh si penculik. dia tidak berkata apa2 sewaktu ditanya ibunya ke mana arah tujunya.dia tidak mahu sesiapa risau bila mengetahui situasi sebenar.

setengah jam perjalanan, dia tiba di lokasi.terjenguk2 kepalanya mengintai ke luar tingkap kereta.takde sape pun.. lama juga dia menunggu sebelum dia dihubungi seseorang..

" kau bawa apa yang aku minta??"

" hurmmm..mana suri???"

" kau akan jumpa dia bila aku pastikan kau tak sembang kosong..sekarang aku nak kau campak duit tu ke semak sebelah kau.." suruh danny.

amran ketap gigi.. nak taknak dia capai juga beg berisi wang dikerusi belakang sebelum dia keluar dan mencampakkan beg tersebut seperti yang disuruh.

" bagus..sekarang masuk kereta kau balik!"

" kau nak main2kan aku ke apa?? mana suri??" tempik amran geram.

" kau akan jumpa dia kejap lagi.." danny memutuskan talian.

amran sepak batu dihadapannya melepaskan geram.kemudian mata melilau ke sekeliling mencari sebarang kelibat manusia.. kalau dia jumpa sesiapa,nahaslah dia kerjakan..

danny senyum senget disebalik banir sebatang pokok.dia memerhati saja kelakuan tunang suri tu dari jauh..menunggu masa yang sesuai untuk keluar dan mengambil habuannya. tapak tangan dah rasa gatal semacam.

amran mengundurkan kereta dan meninggalkan tempat itu bila menyedari usahanya sia2 saja..

sejurus selepas dia beredar,danny keluar dari tempat persembunyiannya dan bergegas mendapatkan beg yang ditinggalkan amran..dia tak sabar nak tau berapa isi yang ada didalamnya..

sebaik zip dibuka,keterujaan danny terus melayang .. matanya membulat dan wajahnya mula bertukar bengis.

" tak guna !!" tempiknya sambil membaling beg berkenaan kembali kedalam semak. amran dah menipunya.bukan duit yang dia dapat tapi gumpalan surat khabar lama..

tengah dia mengamuk, tiba2 sekumpulan anggota polis lengkap bersenjata keluar dan mengepungnya.dia terpinga2.mana pula datangnya diaorang nii??

" angkat tangan keatas !" arah salah seorang daripada mereka. danny yang tertangkap,mwnurut dengan perasaan yang berapi2.nak lari dah tak boleh.sebelum kena tembak,baik dia akur sja.tak guna kau amran!! marah danny dalam hati.

seketika kemudian,danny terlihat semula kelibat amran yang berjalan mendekatinya.permainan apa ni??? bukan tadi dia dah berambus ke??

tiba dihadapan danny,amran melayangkan satu penumbuk padu ke mukanya sebelum dia ditarik oleh anggota polis.tercungap2 dia menahan marah. danny pejam mata menahan sakit.berdengung sekejap kepala otaknya.

" mana suri??!" soalnya bagai singa kelaparan.

danny senyum sinis.rupanya ni semua rancangan amran. dia dah diperdaya!

" aku tanya mana suri???" amran ingin menerpa lagi tapi sempat dipegang oleh dua orang anggota polis.

" sabar encik..kita akan cari mangsa secepatnya.."

amran berdecit dan meloloskan diri dengan kasar dari pegangan mereka.

" cakap! mana mangsa ? kat mana kau sembunyikan dia??" sergah seorang lelaki yang mungkin ketua operasi.

" kau takkan jumpa dia! kau dah tipu aku!"

" tak guna!! mana suri?? baik kau bagitahu sebelum aku pecahkan muka kau!" tempik amran dengan penuh amarah.

danny ketawa sinis.suka melihat kebengangan amran.padan muka.sape suruh main2kan aku.

" manusia spesis kau ni memang tak layak hidup! menyusahkan orang ! jantan tak guna! kalau apa2 jadi pada suri,kau taulah nasib kau macam mana nanti..kau takkan terlepas! aku akan pastikan yang hidup kau akan merana! " kata amran sebelum meludah danny dengan penuh geram.

" aku tak takut!" balas danny berani sebelum dia dibawa pergi oleh dua orang pegawai polis.sempat dia berpaling dan memberikan senyuman yang menyakitkan hati amran berkali2 ganda..

" kami akan cari tunang encik secepat mungkin.buat masa sekarang baik encik balik dan tenangkan diri dulu.apa2 maklumat yang kami dapat kami akan maklumkan segera kepada encik."

" tolong tuan..cari dia sampai dapat.saya taknak apa2 terjadi pada dia.."

" kami akan cuba sebaiknya encik.." janji pegawai terbabit.

amran raup muka dengan tapak tangan dan mengeluh resah.hatinya langsung tidak tenang dalam memikirkan keadaan suri.

setelah itu dia melangkah longlai menuju ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.harapnya suri tidak akan apa2 dan selamat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience