bab 4

Other Series 4055

suri merenung skarf diatas ribanya dengan perasaan yang berbunga2..diusapnya kain satin tersebut dengan lembut. dia rasa sayang pula nak pakai hadiah amran sewaktu dia mula2 nak masuk universiti dulu. amran tau cita rasanya bagaimana dan dia sangat sukakan skarf tu.cantik.warnanya pun menawan.

hailah..rindulah plak dekat buah hati sorang tu.agaknya apa yang dia buat sekarang ya?

suri kerling jam dipergelangan tangan yang juga hadiah dari amran sewaktu hari lahirnya yang ke 16. amran memang suka memberi hadiah tapi tak pula suka menerima. pernah sekali dia nak hadiahkan sehelai kemeja,mati2an amran menolak.kali keduanya pun macam tu juga.masuk kali ketiga,dia terpaksa menerima bila suri main ugut2.haahaa..padan muka jual mahal sangat punnya.

baru terniat nak telefon,nama amran dah dulu menjelma di skrin.macam tau2 je..kuat betul telepathy diaorang nikan??

" assalamualaikum.." sapanya sebaik butang hijau dilerek.

" waalaikumussalam..cepatnya kau jawab? ke kau memang tengah tunggu aku call?" tanya amran menyakat. suri gelak halus.

" takdelah..kebetulan handphone dah ada dalam tangan aku..dan aku memang dah niat call kau dulu pun..tak sangka plak jadi macam ni.."

" hebat tu..kau rindu aku eaa?"

suri ketap bibir..

" adalah sikit.."

" sikit je? hailah..aku punyalah rindu kau banyak2..hurmm" amran buat2 merajuk.. suri gelak geli hati..

" kau buat apa?"

" tak buat apa pun..tengah kira hasil jualan ni hah.."

" ouh..banyak ke dapat hari ni?"

" boleh tahanlah.."

suri hela nafas.dia rindukan amran! dia rindu nak jumpa amran..dah nak masuk tiga bulan mereka tak bersua..huhuhu..

" semacam je bunyi.kenapa? susah sangat ke belajar??" tanya amrab dihujung talian..

" aku rindu kau! am..datanglah sini.." rengeknya tak agak2.. amran dah hambur ketawa.

" baru tiga bulan tak jumpa dah merengek macam anak lembu?? haiilaah.."

" anak lembu?? kejamnya kau??! " suri buat merajuk.

" dah tu??" amran ketawa lagi.dia pun rindu juga sebenarnya.

" alah aku taulah..kau sebenarnya sukakan aku takde kat sana? haaa bolehlah kau usha awek lain kan??" dia dah mula buat drama.

" ke situ plak??parah kau ni..hebat juga pinangan rindu kau tu ya??" sakat amran.

suri mendengus.dia tumbuk2 bantal disisi.orang serius dia main2 plak..

amran gelak lagi kuat.

" alololoo..janganlah marah.aku gurau jelah..ok,aku pun rindu kau jugak..aku pun teringin nak jumpa kau tapi sekarang ni tak boleh lagi..kau sabarlah skit lagi..nanti aku gilah sana..ok??" pujuk amran pula.

" bila??"

" bila aku free sikitlah.."

" aku nak kau datang sekarang.." rengek suri tersebik2.

" kau ingat aku superman boleh terbang gi jumpa kau?? "

" alaaa.."

" kau janganlah merengek macam tu malam2 buta ni..seram aku..kang tak pasal2 banjir aku kat sini.." amran mengusik lagi.kali ni suri pula yang tergelak.

" mengadalah kau nii.."

" apa plak aku?? kaulah yang cari pasal..ingat iman aku kuat sangat ke bila dengar kau merengek macam tu?? kang ...haa.." amran gelak lagi.banyak betul gelaknya bila bersembang ngan suri nih..

" kau cari pasal siap kau! kalau aku tau kau tiba2 kahwin ngan orang lain,aku cantas kepala kau bagi anjing makan.." ugut suri.

" amboi kau! kejamnya? sanggup ke kau nak cantas kepala aku? tak menyesal?"

" tak..padan muka kau.."

" haiilaahh.." kata amran sepatah kemudian dia senyap.tengah fokus mengira kut. teka suri.

" mak ayah aku sihat?"

" sihat..diaorang kirim salam kat kau..kau tak call diaorang ke?"

suri jawab salam dalam hati..

" ada..baru dua hari lepas aku call..kenapa? diaorang ada cakap apa2 ke?"

" ouhh dengan mak selang sehari ya kau call? dengan aku hari2..baik punya anak.."

suri ketawa malu.

" nanti call lah dia..kesian dia.dia pun rindu kau juga.."

" yelah.."

" oklah..aku takleh lama ni..aku nak fokus kemaskan akaun jualan ni dulu..kang salah kira plak duit ni.. nanti aku call lagi..ok?"

" hurmm.." suri menyahut lemah.baru nak cakap lama2.

" oklah.take care tau? belajar baik2.jangan sibuk nak menggatal plak.."

" mana ada.." sangkalnya laju.

" baguslah kalau takde. duit ada lgi tak? nak aku tambah lagi?"

" tak payah..baki hari tu banyak lagi..campur ngan duit yang ayah bagi tu rasanya cukuplah sampai hujung bulan ni.."

" ok..kalau tak cukup bagitahu.nanti aku topup kan balik..dahlah..aku letak dulu..selamat malam.."

" hurmm..selamat malam.."

suri campak handphone ke tepi. walaupun tak puas lagi dengar suara dia,sekurang2nya terubatlah juga rindu dendam di hati ni.. haiilaahh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience