bab 2

Other Series 4055

alhamdulillah kerana rancangan dan idea amran dipersetujui keluarga kedua2 belah pihak.masing2 memuji idea jangka masa panjangnya tu dan sama2 menyokong keputusan yang dibuat. berbakul2 nasihat yang diberi kepada mereka berdua. tapi dalam pada tu ada juga yang ragu2 akan kebolehan mereka dan berfikir yang tak elok.

lepas dapat modal,amran terus ke pekan bersama ayahnya untuk mencari barang2 yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.kalau ikut jangkaan,insyaallah minggu depan dah boleh bukak warung. makcik ayu ,maknya suri pun dah setuju nak tolong jadi tukang masak.jadi ringanlah sikit beban suri nanti.

soal tapak warung pula,ayahnya suri dah tanyakan pada pakcik abu untuk cuba menyewa bekas kedainya yang dah lama tak berfungsi.mujur juga pak cik abu setuju nak kasi sewa.nampaknya setakat ni segala perancangan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan halangan. alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

*********

hari pertama warung beroperasi,amran dan suri sama2 berdebar dan sama2 nervous.semua yang terlibat menjayakan rancangannya juga tak sabar2 menantikan kemunculan pelanggan pertama mereka.

sempena hari pembukaan,amran cuma mengenakan bayaran sebanyak separuh harga saja untuk setiap menu yang ada.bermula esok,harga lain pula akan dikenakan. banyak juga menu yang mereka sediakan. ada menu ayam yang pelbagai jenis masaknya,ikan,daging, sayur dan macam2.tak lupa juga ulam dan sambal belacan yang menjadi kegemaran semua orang.

" am..aku nervouslah..macam mana kalau..."

" ssssyhhh! first day buka warung tak baik cakap bukan2.patutnya kita kena banyak berdoa minta supaya warung kita ni diberkati dan mendapat sambutan ramai.kita dah cuba sehabis baik kan? " pintas amran menenangkan suri. suri mencebik bila ditegur. dia bukan apa.nervous je..huhuhu.

" believe in your hard work. trust me.." amran kenyit.ceh! speaking pulak dia..

suri senyum gugup.kalaulah dia punya keyakinan persis amran tentu dia takkan jadi macam sekarang..

" dah datang! dah datang!" kata2 hafiz,adiknya amran membuatkan kedua2nya tertoleh ke luar kedai.

kelihatan beberapa orang lelaki menapak masuk ke warung dan terus menuju ke rak menu.mereka dilihat memerhati dulu lauk apa yang ada sebelum meminta nasi sepinggan sorang.setelah duduk,hafiz pergi pula mengambil order air minum.

tak lama,datang lagi beberapa orang dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua lauk pauk.

alhamdulillah,sambutan yang diterima pada hari pertama agak memberangsangkan dan ramai memuji masakan mereka sedap dan kena dengan selera.harapnya esok pun reaksinya samalah macam hari ni..

sewaktu sedang mengemas warung pada lewat petangnya,amran mendekati suri yang sibuk mencuci pinggan mangkuk dibahagian belakang premis.segelas teh o ais favorite suri dihulur dengan senyuman manis.

" thanks." suri sambut juga dengan senyuman.leganya bila anak tekak dibasahi air sejuk tu.dari tadi dia tak sempat minum apa2 sebab terlampau sibuk.

" aku yang nak ucap terima kasih kat kau sebab support idea aku ni..semua ni aku buat untuk kau.."

suri senyum lebar.

" bukan aku soranglah..kau patut ucap terima kasih kat semua yang terlibat dari awal lagi.kalau tak sebab diaorang,kita belum tentu lagi boleh buka warung hari ni.."

" aku tau tapi aku nak bagitahu kau dulu sebab kau orang pertama yang dengar dan setuju cadangan ni.walaupun asalnya kau tak begitu yakin ngan aku.."

" takde apalah..hal kecil je.."

" kecik tapi besar maknanya untuk aku..dari dulu kau memang tak pernah menghampakan aku kan? selagi kau boleh support,kau akan support aku kan?"

" sebab aku tau apa yang kau buat tu tak salah.tapi ada masa aku tak support juga kan?"

" hurmm..tapi jarang sangatlah macam tu..aku beruntung tau dapat kau.." amran senyum penuh makna..

" sebab kau kan gilakan aku?? kau kata aku first love kau kan??"

amran gelak kecil.ya,suri cinta monyetnya yang pertama dan dia sendiri tak sangka yang dia akan betul2 pandang serius terhadap hubungan mereka. mungkin sebab suri selalu jadi tulang belakangnya disaat dia memerlukan? atau sebab suri tak macam gadis2 yang lain? suri sangat matang walaupun dia masih muda. setiap apa yang amran cakap,suri mesti akan pandang serius dan fikir betul2 sebelum bagi komen apa2.itu yang buat dia betul2 mahukan suri sebagai peneman hidupnya.sebab tu juga dia tak teragak2 pergi jumpa keluarga suri dan cuba membina hubungan dengan mereka.semuanya kerana suri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience