bab 1

Other Series 4055

" kahwin??" suri kerut muka tanda terkejut dengan ajakan amran,si cinta monyetnya. dia pandang tak berkelip muka penuh yakin amran.

" haa kahwin..kenapa,kau tak setuju ke?"

suri pintal hujung tudung yang dipakai dengan jari..

" bukan tak setuju..."

" dah tu?"

suri hembus nafas kuat2.

" kau sedar tak yang kita ni baru habis sekolah? result spm pun tak dapat lagi.kau ingat mak ayah kita nak setuju?"

amran gelak halus.ingatkan apalah..

" aku sedarlah..bukan aku ajak kau kahwin esok pun.."

" dah tu?"

" aku cakap sebab nak kita stand by siap2..aku nak kita bina kerjaya and kumpul duit banyak2 dulu.lepas tu barulah kita kahwin. aku pun bukannya ada duit nak kahwin sekarang.takkan aku nak bagi kau makan pasir berulam rumput nanti? taknak aku kena kejar ngan bapa kau.."

suri tersipu malu.

" aku ingat lepas ni aku nak kerja dlulah.."

" kerja? kau taknak sambung belajar? kan dah janji nak masuk u sama2?"

" nak tu memang nak tapi brlajar tu bila2 pun boleh..aku dah rancang apa yang aku nak buat ngan hidup aku ni..aku nak kerja dulu,cari duit lepas tu kahwin then baru sambung belajar balik.."

suri kerut muka.

" boleh ke macam tu?"

" apa hal plak tak boleh??"

" kau nak kerja apa? "

" aku nak berniaga.."

" berniaga??"

" hurmm..sebab 9/10 kekayaan kan datangnya dari berniaga? tapi aim aku bukanlah nak kaya.aku nak kumpul duit supaya boleh pergi pinang kau.."

suri tertunduk malu.dan lagi dia tampar lengan amran sampai mengaduh lelaki tu.

" kau suka kan aku nak pinang kau??" giat amran dengan nakal.

" mengadalah kau.."

" eleh..mengaku jelah.."

" uwerrkk !" suri jelir lidah..amran ketawa geli hati.comel betul..

suri berdehem dan kembali serius.

" tapi kau nak meniaga apa? kau dah ada modal ke?"

" haa..ni yang aku nak bincang ngan kau nih.." amran membetulkan duduk. suri bersedia untuk mendengar.

" memandangkan kita dua yang nak kahwin so aku nak kau pun terlibat sama dalam projek aku ni..aku nak kita sama2 berjaya."

"huh?"

" ok dengar ea...." maka dengan penuh semangat dan iltizamnya,amran pun menerangkan rancangannya dengan penuh ketelitian. tak satu aspek pun terlepas dari pandangannya.semua dia ambil kira.suri kadang terangguk2 mendengar dan bertanya mana yang dia kurang faham.

" ok dah..apa lagi yang kau tak jelas?" tanya amran menamatkan sesi penerangan.

" takde apa cuma..."

" apa?"

" kau rasa orang tua kita akan setuju ke? yelah bukan sikit modal yang kita nak pinjam.tambah pula kita ni masih mentah dan takde pengalaman.aku takut diaorang tak bagi je.."

" kita bincanglah baik2 then yakinkan diaorang betul2.insyaallah diaorang akan setuju.kita nak buat betul2 bukan main2kan? semua ni untuk kesenangan masa depan kita jugak.."

" tapi..."

" janganlah pikir negatif dulu.belum cuba belum tau.."

" ok tapi..."

" tapi apa lagi?" amran buat muka serius.

" sape yang nak masak dan urus warung??" tanya suri dengan kening terangkat.

" kaulah..kau kan tau masak? sedap je aku makan lunch box yang kau buat untuk aku dulu tu.."

" itu kata kau sorang.orang lain belum tentu..aku takut nanti orang cirit birit je makan masakan aku.."

" dah aku kata sedap maknanya orang pun sedap jugaklah..tak pun kau minta tolong mak kau..dia kan pro bab2 memasak ni? nanti aku tanyakan kat mak aku jugak.."

" kalau diaorang taknak?"

" gayanya kaulah yang kena jadi tukang masak.." amran tayang gigi.. suri mengecilkan anak mata. kurang setuju dan tak yakin dengan kebolehan sendiri.yelah,dia bukan ada pengalaman masak banyak2 pun.setakat masak untuk satu dua mulut tu boleh lah..

" so lepas ni,kita balik then bincang semula ngan family kita..apa2 nanti kita jumpa tjen bincang semula..ok?"

" hurmmm..kau yakin ke boleh berjaya?"

" insyaallah..bagi aku,kerja keras campur usaha gigih tak pernah mengecewakan.kalau kita buat betul2,aku pasti kita dah boleh kaut untung dalam masa tak sampai sebulan.."

" kenapa kau selalu yakin dengan apa yang kau nak buat?" tanya suri.selama dia mengenali amran,jarang sekali dia tengok amran kecewa dengan keputusannya.sama juga dengan bab belajar.dia selalu jadi best student kat sekolah.

" kau rasa kenapa?"

suri angkat bahu.

" orang malas dan takde keyakinan je yang selalu gagal..aku percaya,kalau kita bersungguh nak apa yang kita idamkan,kita boleh dapat kalau usaha betul2.kalau kita minta saja kat allah tanpa berbuat apa2 pun tak guna juga..kan Allah tu maha pemurah? dia dah bagi semua dah.tinggal kita cari je..even ulat celah batu pun ada rezeki dia kalau dia rajin korek tanah."

" amboi kau..bukan main lagi ea ?"

" tak betul aku cakap?"

" yelah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience