bab 9

Other Series 4055

selangkah sebelum tiba didepan pintu rumah sewanya,suri terkejut apabila mulutnya tiba2 ditekup dari belakang.dia meronta dan cuba menjerit tapi tak berjaya bila pelukan dibadannya terlalu kemas dan ketat.tak lama dia longlai tak sedarkan diri..

***********

makcik ayu duduk disofa ditenangkan oleh maria dan puan zainab,ibunya amran.masing2 tak lena tidur sejak kehilangan suri tiga hari yang lalu. kesihatan makcik ayu turut terjejas kerana terlalu bimbangkan anak gadisnya.

dah dua hari mereka bermalam dirumah maria sebaik tiba dari terengganu setelah dihubungi oleh maria sendiri.

laporan polis dah dibuat dan semua keterangan dah diambil. amran dan bapa suri tak lupa untuk mencari jejak suri di kawasan berhampiran.

" manalah suri pergi ni?? kenapa buat mak macam nii??" rintih makcik ayu kesedihan..

" sabarlah,teh..insyaallah tak kemananya suri tu.." pujuk puan zainab seraya mengusap2 belakang makcik ayu,bakal besannya..

" aku risau,nab..suri tu lah satu2nya anak dara aku.."

" aku tau..tak lama lagi baliklah dia tu..am kan dah report polis? dia pun tengah cari suri tu haahh..nanti jumpalah tu.johor ni bukannya besar sangat.."

" tak besar pun kalau dah dibawa lari ke tempat lain,susah juga..kita mana nak tau.." makcik ayu kesat air mata dengan sapu tangan.

" makcik janganlah cakap macam tu.insyaallah suri tak dibawa jauh..saya rasa dia ada lagi dalam johor ni cuma tak tau kat mana je.." kata maria pula..

" sapelah yang bawa lari suri tu..apa yang dia nak agaknya? pelik,kenapa suri yang dia ambik tak keretanya?? "

" kalau ambik kereta apa yang boleh dibuat? nanti jumpa jpj kena tahan juga .."

" habis ambik suri apa yang dia boleh buat??" tanya makcik ayu.

maria berpandangan dengan puan zainab.cakapkan lain plak jadinya so baik diam je..

" surii...ya allah..kau selamatkanlah anak aku.."

************

amran menjauh daripada pakcik othman,iaitu bapa suri sewaktu dia menerima panggilan daripada nombor yang tak dikenali. hatinya syak mungkin ada kaitan dwngan suri tapi, kenapa pula dia yang dihubungi? bukan ibubapa suri?

" hello..." sapanya berhati2.sesekali dia kerling pakcik othman taknak perbualannya didengari.

" amm..!!"

amran tersentak.suri! dia menapak menjauhkan lagi jaraknya dengan pakcik othman.

" suri?? kau kat mana???" soalnya cemas dan risau..

" amm...amm.."

" dah dengarkan?? so sekarang ni kalau kau berani buat apa2,aku jamin kau takkan jumpa dia lagi!" suara pula yang mencelah.

" apa kau nak?? "

" kau tau apa yang aku nak.." amran kerut dahi.tebusan??

" berapa??"

" seberapa banyak yang kau boleh bagi.."

" am jangan bagi! jangan dengar cakap dia !!" kedengaran jeritan suri yang bersulam esakan dihujung talian. kemudian amran dengar pula suri menjerit sakit.seakan dia dipukul kerana menyampuk perbualan mereka.

amran genggam buku lima.sakit hati dan geram..

" aku boleh bagi tapi kau jangan apa2kan dia..kalau tak...." dia berkata dengan gigi diketap kuat.

" kalau tak apa,hah?? sekarang ni dia ngan aku.aku boleh buat macam2 yang aku nak kalau kau cari pasal !!" ugut lelaki tersebut.

" aku akan cari kau sampai dapat! masa tu kau jangan kata aku tak bagi amaran! sekali kau sakitkan tunang aku,sepuluh kali aku boleh balas kat kau ! aku akan bagi apa yang kau nak tapi dengan syarat.."

" syarat apa?"

" kalau aku nampak apa2 kesan pada tubuh suri sebab kerjaan kau, kau jangan mimpi nak dapat satu sen pun dari aku !"

lelaki itu ketawa berdekah2 macam tak heran sangat dengan kata2 amran..

" kau jangan risau ,bro..sekarang ni aku takde rasa lagi nak sentuh dia walaupun hati aku dah berkobar2 nakkan dia.. tapi lpas ni tak taulah macam mana .."

" kau.. !!" amran hampir terjerit geram.nasib baik dapat dikawal nadanya.dia menjeling pakcik othman yang sedang duduk tertunduk di bangku.

" jadi baik kau ikut je apa yang aku nak.. dah dapat duit tu,nanti aku bagitahu kat mana kau perlu pergi. kalau bawa orang lain bersama, kau akan dapat mayat je !"

" kau..." tak sempat nak kata apa talian dah pun diputuskan..

. amran raut kepala dengan kasar menahan diri dari melepaskan geram.. dia taknak pakcik othman tau..nanti risau pla dia.. otaknya kini benar2 berserabut..dia bimbangkan suri..dia takut suri dikenapa2kan..

' bodoh ! ' amran ketuk kepala menyalahkan diri kerana terlupa menanyakan sesuatu pada penculik tu tadi.. makin berganda2 pula geramnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience