CHAP.FOUR

Fantasy Completed 4670

Pangggggg...

Ibu menampar aku. Keadaan yang bising menjadi sunyi sepi. Aku terkedu. Tersentak. Aku ditampar. Aku menangis teresak-esak lalu berlari masuk ke bilik satu lagi dan menguncikan diri.

"Arie... Ariellia..." Ibu mengejar aku tetapi dia lambat kerana kakinya tempang dan tidak dapat berjalan dengan laju. Dia mengetuk pintu dan cuba untuk membuka pintu itu. Aku diam. Aku terlalu terkejut ditampar oleh ibu disebabkan Elisa.

"Ariellia... buka pintu sayang. Sayang. Mummy tak sengaja tampar Ariellia. Buka pintu. Mummy usap pipi kamu yang sakit itu. Bukalah Ariellia." Aku diam, diam dan terus diam.

"Sayang mummy... buka..." Ibu menangis kerana menyesal menamparku dan tangannya tak habis memutar-mutar tombol pintu.

"Mummy, nak sangat dekat Elisa. Disebabkan Elisa, mummy sanggup tampar pipi Arie. Arie kecil hati. Sangat kecil hati. Arie sayang mummy. Tapi mummy masih menangkan Elisa. Elisa, Elisa dan Elisa! Elisa sahajalah anak mummy seorang. Arie ni sesiapa sahaja pada mummy." Aku bercakap pada sebalik pintu sambil tersedu sedan aku menangis.

"Mummy minta maaf, Ariellia. Ariellia bukalah pintu ni. Bukalah. Sakit sangatkah pipi kamu, biar mummy ubatkan. Merah kah?" Ibu mengetuk-ngetuk pintu tersebut.

"Ariellia... kenapa senyap... Ariellia." Ibu tidak berhenti mengetuk pintu.

"Mummy, biar Rey cuba buka pintu ni." Bilik itu sebenarnya bilik khas untuk aku. Dan kod masuknya hanya aku yang tahu.

Rey cuba dan cuba membuka pintu itu. Akhirnya dia dapat membuka pintu tu dan aku sedang tertidur di atas sofa dengan air mataku masih membasahi pipiku.

"Ariellia... kenapa ni? Bangun... Ariellia...". Ibu terus memangkuku. Dia mengusap pipiku yang ditamparnya tadi kelihatan merah-kemerahan.

Aku tidak boleh menangis terlalu banyak ia akan menyebabkan aku pening kepala dan kemudian pengsan.

"Ariellia..." Sayup suara ibu memanggil namaku. Aku tersedar daripada pengsan dan kepalaku sangat berat.

"Ariellia, air... minum air sikit. Bibir Ariellia kering." Aku memaling ke kanan. Aku merajuk dengan ibu.

"Ariellia. Mummy menyesal tampar kamu tadi. Mummy minta maaf. Ariellia tak lapar dan haus ke?" Aku diam.

"Arie. Kau tak lapar ke? Dah malam ni. Nanti kau kena gastrik." Tanya Jess.

"Aku nak tidur." Ibu menarik bahuku.

"Janganlah tidur dulu. Makan sikit." Aku menggelengkan kepalanya.

"Oi Arie. Kau ni cari gaduh ke hape? Kenapa kau buat mummy macam tu? Kesian tau dia tunggu kau bangun. Nak bagi kau makan dan minum. Kau layan dia macam ni sebab kau marahkan Elisa." Jess memukul aku. Aku sekali lagi menangis.

"Tak apa, Jess. Ariellia, salah mummy. Janganlah menangis lagi nanti Ariellia sakit." Aku bangun dari katilku.

"Yelah, semua salah aku. Aku ni sensitif sangat. Aku ni kuat menangis. Patutlah Dar’Wavden kata, nanti dah besar aku tak kuat, lembik." Jess terkedu.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Ariellia kuat. Berani." Ibu memeluk tubuhku dengan erat. Aku membalas pelukkannya.

"Forgive me, mummy." Ibu menggelengkan kepalanya. Ibu mengusap kepalaku.

"Tim, sekarang kita menuju ke mana?" Aku duduk di sebelah Tim.

"Aku masih mencari, Arie. Mungkin kita akan mendarat di Planet Greeny yang hanya ada pokok-pokok kehijauan bersama air sungai." Aku mengangguk faham.

"Arie, Gina sakit. Tim." Tim terus pergi melihat isterinya manakala Rey yang mengantikannya. Aku juga masuk ke dalam biliknya.

"Gina nak melahirkan bayinya tapi keadaan dia susah. Dia sesak nafas." beritahu Aishah. Tim sudah susah hati melihat Gina yang sesak nafas itu.

"Aishah, ambil respirator dekat dalam bilik aku. Kemudian tolong ambilkan tuala dan besin berisi air suam." Aishah angguk. Aku membangunkan Gina dan membetulkan posisinya kepada duduk supaya dia dapat bernafas dengan baik.

"Nah, Arie." Aishah memberiku mesin respirator itu lalu aku memakaikan topeng pernafasan pada mulut Gina dan menghidupkan mesin itu. Gina kemudiannya dapat bernafas dengan baik.

"Gina, cuba teran perlahan-lahan ya. Jangan paksa. Nanti lagi sakit." Aku sememangnya pandai sedikit dalam hal menyambut bayi baru lahir. Aku belajar daripada seorang mak cik di Jakku dulu.

Gina meneran dan meneran. Kepala bayi sudah kelihatan. Aku meminta Gina untuk menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya. Kemudian, meneran semula. Tidak sampai satu jam, Gina melahirkan bayi lelaki.

"Thank you... Arie." Ucap Gina dengan keadaan lemah. Aku mengusap kepalanya lalu aku memeriksa keadaannya.

"Ariellia, thanks for helping my wife." Tim memelukku dengan erat.

"It is okay, Tim. Congratulation daddy." Aku tersenyum. Tim tergelak aku berkata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience