CHAP.ELEVEN

Fantasy Completed 4670

"Terimalah balasannya!" Belum sempat aku mahu mencederakan Kylo. Anakin menggunakan kuasanya dengan mencekik aku sekuat hatinya.

"No!!!" Serentak auntie Luna dan Leia menjerit. Harris mengambil pedang kuasanya lalu membaling tepat pada dada Anakin. Aku terlepas dari kuasanya. Anakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Luna mendekatinya.

"Lu... na... for... give... me... dad..." Luna menangis. Anakin memejamkan matanya. Anakin mengucapkan kata maaf setelah kuasa jahatnya hilang. Tinggal Kylo sahaja yang masih belum sedarkan diri.

"You take all my family! Revenge! I will revenge!" Tengking Kylo. Leia memujuk supaya dia pulang tetapi dia tolak dengan mentah. Kylo menghidupkan enjin kapal angkasanya, saat dia menerbangkan kapal tersebut. Dengan kiraan 10 saat, kapal itu meletup. Berkecai semuanya.

"Ben..." Auntie Leia kehilangan semuanya. Suami dan anaknya.

"Arie, are you okay?" Harris memelukku. Aku mengangguk. Semuanya tamat. Tamat.

Upacara pengebumian Mummy dan Uncle Han sudah selesai. Aku muram. Sepanjang hari, aku mendiamkan diri. Auntie Luna sentiasa memberiku semangat hidup.

Setahun kemudian,

"Arie, senyumlah. Aku nak ambil gambar ni." Suruh Jess.

"Yelah, aku tengah senyumlah ni. Haish kau ni. Nak senyum macam mana lagi. Kebas dah mulut aku ni." Kata aku.

"Eee korang ni. Tak habis lagi ambil gambar ke?" Tegur Rey. Kami tergelak.

"Elisa, marilah bergambar bersama." Aishah mengajak Elisa yang duduk di atas kerusi roda seorang diri di tepi kolam renang untuk bergambar bersama. Ya, selepas kejadian tersebut, Elisa tinggal bersama kami. Tetapi sepanjang dia berada denganku tak pernah aku berbual dengannya. Aku benci dia. Marah aku tak pernah reda.

"Oh, yeke? Baiklah." Kata Elisa.

"Korang ambillah gambar. Aku nak pergi tandas jap." Aku mengelak.

"Adik, marilah bergambar sekali." Elisa menarik tanganku, aku menepisnya dengan marah sekali.

"Kau siapa? Nak panggil aku adik? Aku bukan adik kau lah. Tak payah nak beradik-adik dengan aku. Aku benci kau." Aku masuk ke dalam. Elisa terkedu, air matanya berjuraian.

Malam itu, kami menikmati jamuan makanan bersama-sama sempena hari jadi aku yang ke-19 tahun. Sebenarnya hari jadi aku dan juga Elisa. Aku nampak Elisa seperti nak berbaik-baik dengan aku. Aku teringat pesan mummy. 'Tolong jaga kakak kamu untuk mummy nanti. Berbaiklah dengan dia. Jangan putuskan hubungan adik-beradik kamu.' Sebenarnya aku juga rasa serba salah kerana aku lah kaki Elisa kudung. Tapi dia bunuh mummy. Mummy ada datang dalam mimpiku beberapa hari yang lalu, dia kata dia bahagia tapi dia lagi bahagia sekiranya aku memaafkannya. Dia tak marahkan Elisa yang bunuh dia sebab tu bukan Elisa tu kuasa jahat menguasainya. Aku akan cuba berbaik dengannya.

"Arie kita ambil gambar. Panggil Elisa sekali, kasihan dia seorang je. Asyik termenung pandang luar. Dia sangat serba salah tu, sayang. Baik baik lah dengan dia. Mummy Arie tenang nanti." Aku terkedu apabila auntie Luna berkata begitu.

"Kak, jom ambil gambar. Auntie Luna panggil." Elisa yang sedang termenung jauh terkejut apabila aku memanggilnya kakak terus dia memegang tanganku. Kali ini aku tak menepis, Elisa seakan mimpi.

"A... Arie... tak kisah kakak pegang?" Tanya Elisa. Aku geleng. Aku mencium dahinya lalu memeluk sekuat hatiku. Akhirnya aku dapat bersama kakak kembarku walaupun tanpa mummy disisi kami.

"Te... terima... kasih... Arie." Tergagap-gagap Elisa. Aku menolak kerusi rodanya perlahan sehingga ke tempat untuk kami ambil gambar.

"Senyum semua." Kata Tim. Kami semua tersenyum. Gambar itu akan menjadi kenanganku sehingga akhir hayatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience