CHAP.TWO

Fantasy Completed 4670

Di dalam bilik kurungan,

"Anak mummy... mummy akan lindungi kamu." Ashel baring di atas lantai itu lalu memejamkan matanya, tangannya mengusap-usap perutnya.

3 bulan kemudian,

"Tolong, tolong... saya nak bersalin. Perut saya sakit sangat... tolong." Askar Dar’Wavden terus memanggil mak bidan yang memang sudah lama bekerja disitu. Nama mak bidan tersebut, Stephanie.

"Jangan memaksa. Sekejap, sekejap. Saya periksa." Ashel memegang kuat tangan Stephanie. Stephanie menyambut kelahiran bayi pertama Ashel selepas sejam ingin mengeluarkan bayi tersebut. Ashel kelihatan sangat letih dan mukanya pucat.

Stephanie memberi bayi pertama kepada Ashel dan kemudian perut Ashel berasa sangat sakit sekali lagi. Ashel meneran sehingga lahirlah anak keduanya. Ashel melahirkan anak kembar perempuan. Stephanie memandikan kedua-dua bayi itu lalu dia beri kepada Ashel.

"Siapa nama mereka?" Tanya Stephanie sambil memeriksa keadaan Ashel.

"Elisa dan Ariellia" Ashel tersenyum lemah. Elisa dan Ariellia nyenyak tidur dalam pangkuan ibunya.

Tiba-tiba Dar’Wavden bersama askar-askarnya datang lalu dia masuk berjumpa dengan Ashel. Ashel sudah berasa takut, takut anaknya akan dirampas oleh Dar’Wavden.

"Stephanie you may go." Stephanie akur dengan arahan Dar’Wavden.

"Take the babies." Suruh Dar’Wavden.

"Please dont. Dont take my babies. Please!" Ashel yang masih dalam keadaan lemah, mengagahkan dirinya untuk melindungi Elisa dan Ariellia.

"I will choose one of them. Who can lead this planet. And one of them will throw to the Jakku with you." Ashel menangis dan merayu-rayu tetapi Dar’Wavden mengendahkannya.

Malam itu, Ashel tidak tidur. Dia risau akan anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya. Elisa dan Ariellia memerlukannya. Tiba-tiba, tepat jam 2 pagi, Stephanie membawa Ariellia dan memberi kepadanya. Elisa tidak ada bersamanya.

"Stephanie, wheres Elisa? Where is she?" Ashel memeluk erat Ariellia. Stephanie meminta maaf dan memberinya sebuah beg dan menyuruhnya pergi ke Jakku. Ashel memujuk Stephanie supaya menolongnya mengambil Elisa tetapi Stephanie tidak mahu, dia juga mempunyai seorang anak lelaki. Dia tidak mahu mencari fasal dengan Dar’Wavden, nahas dikerjakannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience