CHAP.THREE

Fantasy Completed 4670

Di Jakku.

Perlahan-lahan Ashel berjalan menuju ke khemah yang tidak jauh dari situ. Matanya asyik mengalirkan air mata kerana dia meninggalkan Elisa di sana. Dia mahu mengambil semula Elisa. Tetapi dia tidak berdaya. Tiba-tiba Ariellia menangis. Ashel memujuk Ariellia dan akhirnya dia sampai di kawasan perkhemahan itu.

18 tahun kemudian...

"I'm the winner! Yes! You lose, Rey!" Aku bersorak gembira dapat mengalahkan Rey yang gagah itu.

"You bad, Arie! Hate you!" Rey berlalu dari situ sambil menghentakkan kakinya.

"Rey, dont leave me! Huh!" Aku menjerit.

Aku adalah Ariellia. Ya. Ariellia Daccon berusia 18 tahun. Aku ni tak adalah pandai mana. Belajar memanah dan berlawan pedang adalah salah satu hobi aku. Rey adalah kakak angkat aku. Tetapi aku sudah menganggapnya seperti kakak kandungku. Aku mempunyai tiga orang sahabat yang rapat sejak dari kecil yang bernama Haina, Aishah dan Jess. Ibuku bernama Ashel Daccon bekerja sebagai tukang besi di Jakku ini.

"Arie, jom makan. Kakak lapar. Kawan kamu dah panggil suruh makan.

Mummy dah masakkan." Kami berpegangan tangan lalu masuk ke dalam khemah untuk menjamu selera. Hari ini ibuku cuti bekerja, jadi dia akan memasakkan makanan kegemaranku iaitu sotong goreng tepung.

"Ariellia sayang, sini duduk di sebelah mummy." Aku duduk lalu memeluk ibu. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memasakkan makanan kegemaranku.

Tiba-tiba, kawan aku yang bernama Tim, dia adalah haiwan mutant yang boleh berjalan seperti manusia dan wajahnya seperti alien. Dia datang masuk ke dalam khemah kami dan memberitahu sesuatu.

"Arie, someone is coming to get you. Dar’Wavden, he wants you." Ashel terkejut dan terus memeluk aku dengan erat.

"Are you sure, Tim?" Angguk Tim.
Ashel sudah menangis ketakutan.

"Mummy, jangan menangis. Ariellia sentiasa dengan mummy." Aku memujuk ibu yang tersedu sedan menangis.

"Rey, sentiasa ada dengan mummy juga." Ashel memeluk Rey dan Ariellia.

"Awak tiada banyak masa lagi, Arie. Mereka akan datang..." Percakapan Tim terpotong apabila kami terkejut mendengar bunyi kapal angkasa Dar’Wavden mendarat di tengah-tengah kawasan perkhemahan itu. Ramai orang menjerit ketakutan.

Aku menyuruh Tim menghidupkan enjin kapal angkasa mereka yang pernah mereka jumpa sewaktu di tengah padang pasir. Haina,Jess dan Aishah membawa ibunya, Ashel masuk ke dalam kapal angkasa itu. Hanya aku dan Rey akan berhadapan dengan Dar’Wavden bersama pedang buatan kami. Kelihatan ibuku terlalu berat hati untuk masuk ke dalam kapal angkasa itu.

"Wheres Ariellia?!" Pekik Dar’Wavden. Kelihatan Elisa cantik dalam pakaiannya yang berwarna hitam bersama pedangnya berdiri disebelah Dar’Wavden.

"I am! What are you want from me?" Aku memandang ke arah kakak kembarku yang kelihatan bongkak memandangku.

"Jangan kau berani nak kacau keluarga aku." Marah Rey.

"Kau diam. Ariellia, kau ikut aku. Aku kakak kembar kau. Kau tahu bukan? Pasti si hodoh tu sudah beritahu kau!" Kata Elisa dengan penuh bongkak. Dia sanggup menghina ibu kandungnya sendiri demi Dar’Wavden yang kononnya berkuasa itu.

"Aku takkan ikut kau. Sanggup kau menghina mummy yang sakit melahirkan kita! Kau tak ada hati perut langsung. Konon berkuasa dengan makhluk itu!" Tiba-tiba Dar’Wavden melemparkan kuasanya kepada aku dan terkena tepat pada badanku. Rey terus melindungiku dan menghalakan pedangnya ke arah Elisa.

"Anak mummy, Ariellia. Bangun sayang." Ashel yang dari tadi melihat di sebalik kapal angkasa terus mendapatkan aku yang rebah. Dan kemudian dia memandang Elisa dengan wajah sayu.

"Elisa... anak mummy." Ashel cuba untuk memeluk Elisa tetapi Rey menghalangnya dengan cepat supaya dia tidak diapa-apakan. Aku tersedar dan kepalaku sangat berat.

"Mummy, kenapa dekat sini? Pergi masuk dalam kapal sana." Aku menyuruh Haina mengambil dia.

"Elisa sayang..." Haina menarik Ashel masuk ke dalam kapal.

"Kau nak pergi ke mana bersama kapal buruk itu!" Tanya Dar’Wavden.

"Ke mana sahaja yang aku suka. Apa masalah kau, Dar’Wavden?!" Dar’Wavden tampak sangat marah kerana aku berloya buruk dengannya.

"Attack the Jakku!" Perintah Dar’Wavden. Aku dan Rey berlawan dengan Elisa. Dar’Wavden pula masuk semula ke dalam kapal angkasanya.

"Elisa! Cukup! Arie tak suka nak berlawan dengan kakak kembar Arie sendiri!" Aku meminta Elisa supaya berhenti berlawan. Malangnya, Elisa ketawa jahat.

"Kasihan kau ni. Kau ingat aku anggap kau ni adik aku ke?" Elisa membuat gaya geli-geleman.

"Delia Elisa! Come in. Dont waste your time, fight with that fool girl." Elisa ketawa apabila terdengar ayahnya berkata begitu. Dar’Wavden menambah nama 'Delia' pada nama Elisa dan mengaku dia ayah kepada Elisa. Selama 18 tahun dia menjaga dan mengajar Elisa dengan kuasa kejahatannya.

Aku dan Rey melarikan diri daripada askar-askar dan masuk ke dalam kapal angkasa yang dipandu oleh Tim. Dan kemudian kami terbang ke angkasa lepas. Tim membawa isterinya, Gina yang sarat mengandungkan anak ketiga mereka. Hed dan Kellie juga adalah anaknya.

"Ariellia... mana Elisa? Mana dia, sayang? Cantik dia sekarang. Sangat cantik." Aku diam.

"Ariellia! kenapa senyap?! Mana Elisa?" Ibu mengoyang-goyangkan badanku dengan kuat sekali. Air mataku berjuraian kerana aku terkejut dengan amukan ibu yang tidak pernah dia marahkan dan jerit kepadaku.

"Mummy, Elisa hina mummy tadi. Mummy tak dengar? Kenapa mummy marah Arie? Dar’Wavden yang jadikan kakak kembar Arie, jadi jahat dengan kuasa dia. Elisa dah jadi jahat, mummy." Beritahu aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience