CHAP.FIVE

Fantasy Completed 4670

"Tim! Kapal kita melencong ke mana ni?" Selepas aku memeriksa keadaan Gina. Aku mendapati kapal angkasa kami seperti ke arah lain. Tim terus berlari ke kawalan kapal angkasa.

"Habis, habis Arie! Kapal kita dikawal oleh kapal besar tu." Tim menepuk dahinya. Aku melihat kapal tersebut, ia bukan kapal angkasa besar milik Dar’Wavden. Ini kapal angkasa lain.

"Semua nyorok dalam bilik aku. Cepat." Aku membawa ibu ke bilik bersama-sama mereka. Aku terlupa mengambil pedangku, cepat-cepat aku ambil tetapi aku tertangkap kerana orang-orang kapal angkasa besar itu sudah masuk ke dalam kapal kami.

"Stop there. Who are you?" Seorang wanita yang agak berusia bertanya kepada aku. Aku terkedu.

"Arie. Ariellia Daccon." Jawab aku.

"Down your weapons. She is." Aku pelik wanita itu seperti kenal padaku.

"Where is your mother? Ashel Daccon." Aku menunjuk ke arah bilik aku itu lalu wanita tersebut membuka pintu bilik itu dengan mudah. Terjojol biji mataku kerana dia tahu kod masuk bilik aku.

"Hai Ashel." Sapa wanita itu pada ibu. Ibu kelihatan teragak-agak.

"Who are you?" Ibu bertanya.

"I'm Leia. Princess Leia Organa." Terkejut aku. Dia seorang puteri. Leia memeluk ibuku. Aku lagi hairan.

"Awak kenal mummy saya?" Kerut dahiku.

"Ya. Saya sepupu Edward Daccon. Daddy kamu, bukan?" Tersentak aku. Tidakku sangka mempunyai saudara berketurunan raja.

"Leia. Saya ingat awak. Maaf saya lupa kerana saya berjumpa dengan awak sekali sahaja." Kata ibu. Ah sudah, ibu dah ingat pula. Tadi tak ingat. Aduhai...

"Mari... kita masuk ke kapal saya." Ajak Leia.

"Arie. Kamu pandai menggunakan pedang?" Aku angguk.

"Rey, kamu pun?" Rey mengiya.

"Baguslah, kamu berdua boleh mengalahkan anak saya. Dar’Wavden." Aku dan Rey terkejut.

"Anak auntie?" Leia angguk.

"Masa dia kecil, saya menghantarkan kepada Luke. Dan kemudian dia terlepas pada ajaran kuasa kejahatan. Kuasa jahat itu menguasai dia. Nama dia Ben tapi Leanox iaitu ketua jahat menukar namanya kepada Kylo Ren." Leia menangis.

"Kasihan auntie. Auntie nak kami buat apa?" Tanya Rey.

"Dalam masa seminggu, sebelum peperangan Star tercetus kamu berdua perlu pastikan kamu handal menggunakan pedang berkuasa ini. Satu berwarna hijau dan satu lagi biru. Kamu akan belajar dengan uncle kamu, Han." Terang Leia. Kami mengangguk.

Malam itu, setelah aku melihat ibu nyenyak tidur. Aku dan sahabat-sahabatku termasuk Rey berkumpul di satu meja bulat dan memulakan perbincangan.

"Kakak, Arie tak sedialah. Arie baru 18 tahun. Arie tak handal sangat dengan pedang macam si Elisa tu. Dia dah handal. Arie tak pandai." Aku mengeluh.

"Jangan macam tu, Arie. Arie boleh. Kita semua boleh buat yang terbaik. Arie cakap nak bawa balik Elisa untuk mummy. Betul tak? Tak ingat janji Arie tu?" Aku angguk lemah. Aku nak mummy gembira dalam hidupnya kerana dapat berjumpa dengan anaknya seorang lagi. Elisa.

"Arie... kita kena susun strategi kita. Supaya teratur dan tidak kacau-bilau." Haina memberi pandangan.

"Betul cakap Haina. Kita kena buat plan. Susun plan supaya kita bekerjasama dapat menjatuhkan Dar’Wavden tu." Aishah pula memberi pandangan.

"Dan kita juga perlu siap diri kita dengan pedang tu." Jess juga bersuarakan pendapatnya.

Sehingga jam 1 pagi kami berbincang dan kami tertidur di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience