CHAP.0NE

Fantasy Completed 4670

Perang Chicagen,

Seorang gadis yang sarat mengandung keadaannya sangat kotor dan bajunya compang-camping. Mata kirinya buta dan kaki kanannya tempang. Namanya Ashel Daccon. Keluarganya terbunuh dalam peperangan Chicagen ini manakala suaminya dibunuh oleh Dar’Wavden di hadapan matanya sendiri. Sekarang hanya dia dan anak yang dikandungnya sahaja yang masih hidup. Ashel sudah berjanji dengan suaminya, Edward untuk melindungi anak sulung mereka.

"Anak mummy, sabar ya. Nanti mummy carikan makanan. Mummy tahu anak mummy lapar." Ashel mengusap perut yang sarat itu. Dia berjalan perlahan masuk ke dalam lorong yang agak gelap dan sempit. Hanya satu lampu yang agak malap tergantung di situ. Ashel ternampak sebuku roti di atas lantai lantas dia terus mengambil roti itu lalu memakannya dengan lahap sekali.

Setelah memakan roti itu, Ashel terlelap di situ. Tidak sampai setengah jam dia terlelap, dia dikejutkan dengan bunyi letupan bom yang sangat kuat. Ashel bangun dan ingin menyelamatkan dirinya tetapi dia telah tertangkap oleh Darth Vader. Darth Vader membawanya masuk ke dalam kapalnya lalu membawa Ashel ke planetnya.

"Let me go! Let me go..." Dar’Wavden menampar wajah Ashel. Ashel terdiam.

"I want your babies." Dar’Wavden memegang perut Ashel. Ashel meronta-ronta supaya dapat meloloskan diri daripada ikatan-ikatan itu.

"Never!" Sekali lagi Ashel ditampar oleh Dar’Wavden.

"Kurung dia!" Arah Dar’Wavden kepada askarnya.

"Let me go... please..." Rayu Ashel tetapi rayuannya diabaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience