BAB 5

Romance Completed 7287

Tiga tahun kemudian…

“Tak nak! Mak Rose betul-betul taknak berkahwin dengan dia, rose bukannya kenal siapa dia tu mak,’’ luah Rose pada emaknya.

Sungguh tiada siapa lagi yang dapat membuka hatinya untuk bercinta, tidak selepas kehadiran Azam dan tidak selepas dia memutuskan perhubungan dengan Azam selepas Rosa memberi amaran padanya. Dia tahu dia boleh membahagikan masa antara perhubungan dan pelajaran namun dia beralah ketika itu demi sebuah amanah dan tanggungjawab. Krredit juga diberikan pada kakaknya, kerana menyedarkan dia untuk fokus pada matlamat mereka hingga masing-masing berjaya menggenggam segulung ijazah seterusnya akan menjadi penyambung legasi syarikat ayahnya yang akan diterajui bersama Rosa.

‘’Eh kamu ni, cuba dengar dulu cakap mak, orang yang meminang kamu nii katanya kenal sangat kat kamu jadi mustahil kamu tak kenal orang tu. Bukan kamu sorang je, dengan kakak kamu sekali dorang pinang. Cuba jangan gelabah dan panik sangat, buat mak nervous pula,’’ balas puan mella pula.

‘’Apa? Rose kenal dia?’’ tanya rose.

‘’Yelah kenal, mak bapak dorang datang dan beritahu nama anak mereka yang nak meminang kamu dua beradik Haikal dan Haziq, jadi sekarang mak nak minta kepastian, jawapan dari kamu ni, kamu terima ke tak?’’

‘’Haikal dan Haziq? Aduh siapa pula ni? Tak ingat siapa pula lelaki masa di tadika, sekolah rendah ataupun mana-mana kawan lelaki nama macam tu,’’ getus hati Rose cuba mengingati gerangan nama tersebut. Apa harus dikatakan pada emaknya? Perlukah dia berkata ‘Yes I Do?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience