BAB 6

Romance Completed 7287

Dan hari itu terlakarlah sebuah sejarah…

“Aku terima nikahnya Harlisa Rose binti Roslan dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai”

“Sah”

‘’Sah!’’

“Aku terima nikahnya Hariza Rosa Binti Roslan dengan mas Kahwin sebanyak 300 ringgit tunai”

“Sah!”

Seraya itu juga pasangan adik beradik nan jelita, Rosa dan Rose Saling berpelukkan. Masing-masing telah bertemu jodoh dengan lelaki yang merupakan pasangan adik beradik kembar sewaktu di kolej dulu. Paling mengejutkan, Rose dapat tahu dalam diam kakaknya rosa saling berhubungan dengan Azim.

Haika Azam dan Haziq Azim, itulah nama penuh adik beradik kembar itu, sungguh Rose benar-benar terlupa akan nama penuh mereka. Namun Rose menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran kerana doanya terkabul. Sungguh nasihat kakaknya adalah demi kebaikan, dia lega kerana berjaya menggenggam kejayaan dan dia mengira bahawa pertemuan semula dia dengan bekas kekasih yang kini sah menjadi suaminya adalah hadiah yang Allah beri atas ketaatan dan kejujuran mereka dua beradik pada ibu dan ayah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience