BAB 7

Romance Completed 7287

‘’Jauh termenung isteri abang ni? Abang yang dari tadi duduk di sebelah langsung sayang tak perasan kan? Ingat kekasih lama ke?’’ ujar Azim menyapa Rose yang sedari tadi menatap jauh panorama gunung ganang di hadapan mereka dari balkoni.

‘’Eh abang ni terkejut Rose, takdelah sampai ke situ. Terkenang kenangan lama kita masa belajar dulu. Indah sungguh cerita kta ini kan? Tersusun cantik kan? Rose ingatkan abang dah lupakan Rose, maklumlah agak kasar juga cara Rose tinggalkan abang, dan kali terakbir pertemuan kita, rose nampak abang menangis, mesti hati abang terluka dan bencikan rose,’’ luah Rose.

‘’Takkanlan abang bencikan rose, apatah lagi nak lupakan rose. Rose first love abang tahu tak. Kecewa memanglah sakitnya jangan cakap, tapi seperti rose, Azim pun ada ingatkan abang tentang tujuan datang ke kolej itu, dan perlahan-lahan abang mula memahami pendirian dan keputusan sayang dana bang juga mulai fokus pada matlamat abang. Tapi percayalah, abang tak pernah lupakan sayang, sayang sentiasa dalam hatii sejak kali abang terlanggar sayang. ABang dah nekad, untuk mencapai cita-cita dan sampai masa abang akan menyunting bunga yang sudah menambat hati abang ni, untuk sementara biarlah abang melihat sayang dari jauh, ada jodoh kita pasti bertemu. Namun abang yakin yang Rose akan jadi milik abang suatu masa nanti, dan Alhamdulillah hari itu dah tiba.’’ Jelas Azam lagi seraya mengucup dahi Rose.

Airmata Rose berlinangan, sungguh terharu pada kesetiaan dan keikhlasan suaminya itu. Dia mengusap-ngusap perutnya, saat ini dia bahagia bersama insan tercinta dan akan terus setia berada di sisi Azam dan juga zuriat yang sedang dikandungnya ini yang usia kandungan sudah masuk lima bulan. Syukur akhirnya mereka dianugerahkan rezeki zuriat meski agak terlewat berbanding kakaknya, Rosa dan Azim yang telahpun dikurniakan seorang puteri.

‘’terima kasih kerana tak pernah berhenti mencintai saya yan abang, sayang janji akan menjadi isteri yang terbaik untuk abang dunia dan Jannah.’’ Ujar Rose seraya mendakap erat suaminya.

‘’Dah jangan nangis, sekarang ni sayang bersiap kita nak ke majlis harijadi anak abang dan kakak, kalau lambat mesti abang Azim bising, tahulah dorang dua tu kuat membebel,’’ seloroh Azam dan disambut dengan hilai tawa lembut dari Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience