BAB 4

Romance Completed 7287

Dan sejak dari itu, pertemuan yang bermula dari sebuah perlanggaran mebawa kepada ikatan persahabatan seterusnya membibitkan rasa cinta di antara rose dan Azam. Namun hal yang sebaliknya pula berlaku pada pasangan kembar mereka Azim dan Rosa yang ibarat anjing dan kucing. Pantang bertemu pasti ada sahaja yang dibalahkan, asyik bertengang urat. Kedua-duanya memiliki hati yang degil dan keras. Kedua-duanya ada matlamat yang sama, mahu fokus pada pelajaran sahaja. Titik!

‘’Rosem akak tengok kau dan budak Azam tu bukan main rapat lagi sekarang, kamu dua ada apa-apa ke ni? Ingat pesan akak dan paling penting ingat mak dan abah yang bersusah payah hantar kita ke sini untuk menimba ilmu bukan untuk bercintan-cintun. Mak dan ayah pasti sedih dan risau kalau dapat tahu perangai rose sekrang ni. Soal hati letak ke tepi, dahulukan pelajaran,’’ ujar Rosa lagi.

“Kak, Rose dengan Azam kawan jelah, akak janganlah fikir yang bukan-bukan dan Rose bukannya budak-budak untuk abaikan atau alpa pada tanggungjawab rose. Akak jangalan dengar banyak sangat gossip dari budak-budak kolej yang serupa makcik bawang tu. Dorang tu pun tak betul ada hati nak umpat-umpat orang,’’ luah Rose yang sedikit tidak puas hati dengan sikap kakaknya itu.

‘’Akak tak peduli sangat apa orang nak cakap lantak pilah mereka. Yang akak tahu Rose dan akak habiskan study dan soal cinta fikir lepas graduate nanti, lepas tu bukan saja akak, bahkan tiada siapa akan haling adik dari bercinta. Ingat pesan akak dan tanggungjawab serta amanah mak ayah ini.’’ Jelas Rosa memberi peringatan sekali lagi pada adiknya.

Dan seperti biasa, lidah rose kelu untuk berkata-kata mahu bertikam lidah kerana dia tahu ada kebenaran dibalik kata-kata kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience