BAB 2

Romance Completed 7287

Debukkkk!

Aduh siapa pula yang terjatuh terjelepuk ni? Ni mesti jalan tak guna mata tapi guna telinga sampai tak nampak orang kat depan dan langgar sesuka hati.

Rose melihat ke arah kelibat yang melanggarnya. Dia cuba mengecam sosok tubuh itu namun dia langsung tidak mengenalinya.

‘’Maaf awak, awak okay ke?’’ Tanyanya.

‘’Hurmm okay, dahlah saya rushing ni. Lain kali jalan tu elok-elok sikit, minta maaf pada awak.’’ tegur rose menepuk-nepuk tangannya lalu segera beredar dari tempat tersebut.

“Awak tak apa-apa?”

“Awak, tunggu!!”

Rose tidak mengendahkan panggilan itu dan segera berlari, dia tiada masa untuk berbual sembang bagai kerana sudah terlambat untuk ke kelas.

‘’Kenapa lambat Rose? Merayap ke mana kamu?’’ tanya Rosa sebaik saja rose melabuhkan punggung di kerusi yang terletak disebelahnya.

‘’oh tadi Rose terlanggar dengan sorang mamat ni, tak kenal mungkin budak baru kot. Hensem kak macam Justin Bieber,’’ jawab rose berseloroh.

‘’Amboi kamu tu elok-elok sikit, ingat mak abah dan tujuan datang sini, jangan nak terpesong dari matlamat kamu.’’ Tegas Rosa.

‘’Yelah Rose tahu, akak ni nak bergurau pun tak boleh,’’ rajuk Rose namun disambut dengan jengilan mata oleh kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience