BAB 3

Romance Completed 7287

“Korang tengok sebelah sana, arah jam 12! Tulah budak kembar yang aku cakap kat korang tempoh hari.’’ Kata Zati ketika mereka berempat sedang makan tengahari di cafeteria Kolej mereka.

Rose serta merta menoleh ke arah pasangan adik beradik kembar yang dikatakan Zati dan alangkah dia terkejut apabila menyedari salah seorang dari mereka adalah lelaki yang melanggarnya pagi tadi. Kini barulah dia tahu bahawa lelaki kacak itu adalah adik beradik kembar kacak yang menjadi sebutan hangat di kolej.

“Maafkan saya . Kalau tak salah saya, saya yang langgar awak pagi tadi kan? Sorry I didn’t have a chance to say sorry to you,’’ tutur lelaki berambut coklat perang yang kelihatan warna asli bukan warna rambut celup seraya selmba duduk di kerusi hadapan berhadapan dengan Rose dan Rosa. Zati, Noni dan Rose saling berpandangan. Tidak menyangka yang pasangan kembar itu datang kepada mereka.

‘’Lupakanlah awak, hal kecil je tu. Awak bukan sengaja. Lainlah kalau awak sengaja atau hobi awak memang suka langgar orang. Saya pun nak minta maaf sebab beredar macam tu je,’’ jawab Rose berseloroh namun masih dalam nada sopan dan malu-malu.

“Apapun , nama saya Azam dan ini abang saya Azim, Awak pula? But before that sorry, tapi saya teruja pula bila dapat berjumpa dengan another pasangan kembar perempuan di kolej ni,’’ ujar Azam pula yang yang tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.

‘’Well saya Zati, nama dia ni Rose dan yang seorang ni kakak dia pula, nama dia Rosa,’’ Tak semena-mena Zati pantas memainkan peranan sebagai matchmaker membuatkan semua yang ada di situ terpinga-pinga. Lain orang yang ditanya, lain orang yang jawab.

‘’Ohh begitu, menarik betul pertemuan kita, mungkin ada hikmah kan?’’ ucapnya sambil mengenyitkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience