BAB 7

Romance Completed 10500

“Alololo.. Abang gurau sajalah.” Syuhaib memicit hidung Tasneem. Suka mengusik isterinya itu.

“Kalau betul pun Tasneem nak buat macam mana. Kan Tasneem mandul.”

“Siapa kata Tasneem mandul. Tasneem tak mandullah.”

“Mana abang tahu?”

“Sebab doktor beritahu tadi,” Syuhaib tersengih-sengih.

“Beritahu apa? Tasneem tak mandul eh?” Tasneem tersenyum.

“Bukanlah...”

“Habis tu?” Syuhaib mendekatkan dirinya pada wajah Tasneem.

“Tasneem dah mengandung sayang...” Syuhaib berbisik ke telinga Tasneem membuatkan air mata Tasneem laju mengalir.

“Abang, betul ke ni?” Tasneem hampir tidak percaya. Syuhaib mengangguk seraya mengucup dahi isterinya itu.

“Syukur Alhamdulillah!”

“Jangan pernah terfikir nak serahkan abang pada sesiapa lagi. Hati abang cuma untuk Tasneem sorang dan anak-anak kita nanti. Kalau Tasneem memang tak boleh mengandung sekalipun, abang tak kisah. Abang akan tetap cintakan Tasneem selamanya. Kalau Tasneem rasa Tasneem besar, cinta abang pada Tasneem lebih besar dari itu tau.”

“Maafkan Tasneem abang. Tasneem cintakan abang,” Tasneem mengucup tangan suaminya itu.

“Abang pun cintakan Tasneem lebih dari Tasneem fikirkan.” Syuhaib memeluk Tasneem erat. Hatinya penuh dengan rasa kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan padanya, isteri yang sangat dicintai, dan kini anak yang bakal dilahirkan. Terima kasih Ya Allah!

Sesungguhnya cinta itu tidak bersandarkan pada fizikal semata dan tidak semua orang menilai cinta hanya secara harfiah iaitu dari paras rupa. Percalah masih ada insan yang mempunyai hati nurani suci dan ikhlas menerima seseorang itu seadanya.

Isunya adalah bila ada segolongan mereka yang bersaiz XXL ini kurang percaya pada diri dan merasakan sukar untuk menemukan cinta yang sejati. Mereka menolak untuk menerima dan menyanyangi diri sendiri jadi bagaimana mereka dapat melihat cinta?

Namun di manapun anda berada yakinlah di satu sudut dan ceruk dunia ada seoang insan seperti Syuhaib yang mempunyai cinta yang ikhlas pada Tasneem.

Justeru buat sekalian ‘Tasneem’ di luar sana, yakinilah akan ada Syuhaib mendakap erat hatimu dan menemanimu di sepanjang usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience