BAB 3

Romance Completed 10500

Syuhaib sedari tadi duduk menemani isterinya Tasneem makan di salah satu meja. Tasneem yang masih kekok dengan ahli keluarga suaminya bersyukur kerana punya suami yang memahami, yang tidak membiarkan Tasneem terkontang-kanting sendirian.

“Cukup ke ni Tasneem?” Syuhaib menyoal saat melihat pinggan Tasneem cuma sedikit saja yang terisi sedangkan pinggannya sendiri penuh dengan makanan.

“Aah cukup bang.”

“Janganlah ambil sikit sangat, tambah la lagi.”

“Ish tak mahulah. Dah banyak dah ni.”

“Eh cukup ke?” Hadi menggaru-garu kepalanya. Pelik sedikit dengan sikap Tasneem. Tasneem memandang Syuhaib yang kelihatan buntu.

“Tasneem diet ke?” soalan itu pula terpacul dari mulut Syuhaib. Tasneem tergelak kecil. Faham mengapa Syuhaib beranggapan sebegitu.

“Abang, abang ingat semua orang yang gemuk makan banyak ke?” Syuhaib terdiam, sedar kata-katanya tadi boleh membuatkan Tasneem berkecil hati.

“Bukan semua macam tu bang. Kami yang berbadan besar ni bukanlah sama macam dalam apa yang selalu dimomokkan dalam drama dan filem. Kami bukannya gelojoh dan tak boleh tengok makanan, sampai semua nak ditelan.” Syuhaib menggenggam erat tangan Tasneem.

“Maafkan abang ya, kalau abang buat Tasneem terasa.” Tasneem pandang wajah suaminya seraya tersenyum.

“Tak apa bang, Tasneem dah lalui terlalu banyak kata-kata nista dan ejekan sampaikan kata-kata abang tadi lansung tak berbekas di hati Tasneem. Kata-kata abang tak kecikkan hati Tasneem pun.” Syuhaib menjadi serba salah dan jatuh kasihan pada Tasneem. Tangan isterinya itu dikucup perlahan.

“Abang akan cuba memahami perasaan Tasneem lepas ni. Maafkan abang ya.” Tasneem tersenyum bahagia. Syuhaib terlalu baik padanya, hinggakan Tasneem tak mampu terasa dengan suaminya itu.

“Tasneem duduk kejap eh, abang ambilkan air.” Syuhaib meminta diri seraya meninggalkan Tasneem keseorangan di meja itu. Seketika kemudian dua orang gadis yang lebih kurang sebaya dengan Tasneem muncul dan duduk di meja Tasneem.

“Oh inilah kakak ipar baru kita ya,” salah seorangnya berbicara.

“Saya Nina, sepupu abang Syuhaib.” Gadis bernama Surianiitu menghulurkan tangan.

“Amboi montelnya tangan dia...” Surianimengusap-usap tangan Tasneem membuatkan Tasneem merasa rimas.

“Saya Rita,” seorang lagi memperkenalkan diri.

“ATasneem.” Pendek Tasneem memperkenalkan dirinya.

“Macam mana kak kenal abang Syuhaib tu?” Rita menyoal.

“Tak kenal pun sebelum ni. Baru je kenal.”

“Eh baru kenal? Macam mana tu?”

“Mama Syuhaib, Cikgu Khatijah yang jodohkan kami.”

“Ooo... macam tu rupanya. Malang betul nasib abang Syuhaib kan?” Nina seakan memerli.

“Apa?” Tasneem kurang jelas.

“Eh tak ada apa-apalah. Mak Ngah, tu pandai pilih menantu. Boleh bagi hantaran timbang ikut kilo.” Pecah ketawa antara mereka berdua. Tasneem hanya mampu berdua mendengar ejekan itu.

“Kesian abang Syuhaib kan, entah-entah nak peluk pinggang pun tak lepas maklumlah pinggang bini saiz 38 bukan 27 ayau 28 inci.” Sekali lagi mereka ketawa terbahak-bahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience