BAB 5

Romance Completed 10500

“Nakal eh, ada hati nak makan semua ye. Tak boleh tak boleh, Tasneem makan satu je, yang lain abang punya.” Syuhaib merampas bungkusan coklat itu dari tangan Tasneem.

“Ala mana aci, tadi abang bagi semua kat Tasneem!”

“Aci kat India laaa...”

“Alaa abang jahat!”

“Haha. Abang nak sorok coklat ni. Nanti abang nak makan baru abang keluarkan, baru Tasneem boleh makan sama-sama dengan abang. Ok!” Tasneem menjuihkan bibirnya, Syuhaib tertawa riang sambil memeluk erat isteri kesayangannya itu.

Sudah setahun mereka hidup berumahtangga, Tasneem merasa terlalu bahagia hidup bersama Syuhaib yang bisa menerimanya walaupun dia bersaiz XXL.

Syuhaib mencurahkan kasih sayang yang begitu banyak hinggakan Tasneem tidak merasa dirinya kekurangan lagi, namun ada satu perkara yang sedang merunsingkan hatinya saat itu.

“Bila isteri kamu nak mengandung Syuhaib? Mama dah teringin sangat nak menimang cucu,” Puan Khatijah meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini.

“Sabarlah mama, belum ada rezeki kami,” Syuhaib bersuara sambil mengelus tangan Tasneem yang duduk di sisinya. Risau isterinya berkecil hati.

“Mama dengar orang yang obes ni boleh sebabkan mandul. Kamu cubalah kuruskan badan kamu tu Tasneem. Mana tahu nanti ada rezeki,” lancar saja Puan HaKhatijah berkata tanpa menghiraukan perasaan Tasneem lagi.

“Apa mama merepek ni?”

“Betullah, mama pernah baca artikel pasal ni dulu.”

“Mama, walaupun Tasneem macam ni, dia tak ada penyakit apa-apalah mama. Mama jangan risau ok, nanti adalah rezeki kami.” Syuhaib membela Tasneem. Tasneem hanya mampu diam.

Tasneem ikut Syuhaib berjoging di taman petang itu. Selalunya Tasneem cuma duduk memerhati namun kali ini dia mahu ikut sama berjoging. Mahu menguruskan badan mengikut kata ibu mertuanya.

Semput Tasneem dibuatnya saat mengejar Syuhaib yang punya stamina kuat. Beberapa kali juga Syuhaib berpatah balik untuk melihat Tasneem yang jauh ketinggalan di belakang.

“Abang pergilah dulu. Nanti Tasneem kejar.”

“Tak apa. Tasneem duduk je kat situ. Nanti abang datang ye.”

“Tapi Tasneem nak joging lagi.” Tasneem tidak mahu beralah walaupun dia sudah semput dan asyik terbatuk.

“Jangan paksa diri sayang. Nanti pitam siapa yang susah. Dah-dah Tasneem duduk dulu.” Syuhaib memaksa dengan menarik Tasneem duduk di bangku yang tersedia di tepi laluan joging di taman itu.

“Kalau Tasneem nak kurus sebab kata-kata mama tu baik Tasneem hentikan. Abang tak suka Tasneem paksa diri, kalau Tasneem rasa nak kurus sebab Tasneem sendiri yang nak, tak apalah. Abang tak suka tengok Tasneem terseksa macam ni. Abang tak kisah Tasneem tak kurus pun, abang sayangkan Tasneem. Ingat tu!” Syuhaib mengusap kepala Tasneem sebelum kembali ke laluan joging dan meneruskan rutinnya.

‘Tasneem nak kurus sebab Tasneem nak bagi zuriat pada abang....’ hati Tasneem menjerit sendiri.

Bukannya dia tak pernah cuba untuk kurus sebelum ni. Pelbagai cara dia gunakan namun semuanya tak berhasil. Jamu, korset, ubat kurus, minuman kesihatan, slimming center, semua dia dah cuba. Habis beribu namun hasilnya tak nampak.

Pernah juga Tasneem berdiet menahan lapar hingga tiga bulan, namun hasilnya cuma nampak sedikit dan naik semula saat Tasneem makan seperti biasa. Usahanya selama tiga bulan menjadi sia-sia. Mana mampu dia nak bertahan tak makan nasi selama bertahun-tahun, Tasneem rasa lemah seluruh badannya jika tak menjamah nasi sehari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience