BAB 6

Romance Completed 10500

Kapsul ubat itu dipandang Tasneem seketika. ‘Paling banyak boleh makan enam biji sehari...’ hatinya membaca label yang terpamer di depan botol. Rakannya yang mencadangkan supaya dia mencuba ubat kurus itu kerana hasilnya mujarab.

‘Kalau akak tak boleh mengandung, Suriani boleh kahwin dengan abang Syuhaib. Suriani akan bagi zuriat buat keluarga ni...’ kata-kata yang dibisikkan dari mulut Suriani saat melawat mereka tempoh hari masih terngiang di telinga Tasneem.

Memang benarlah selama ini Suriani ada menaruh hati pada Syuhaib namun jodohnya tidak kesampaian saat Syuhaib memilih Tasneem.

Tasneem menjadi tak keruan, dia pasti kalah jika mahu dibandingkan dengan Surianiyang memang cantik dan badan umpama model tu. kalau Surianiberi tawaran untuk berkahwin dengan Syuhaib, pasti ibu mertuanya takkan menolak sebab ibu mertuanya kepingin sangat nak mendapat cucu.

Maklumlah Syuhaib anak yang sulung, dan yang pertama kahwin, pastilah kehadiran cucu sulung keluarga itu sangat dinanti.

Tasneem kerisauan.

‘Ah telan enam biji teruslah.’ Tasneem membuka mulut luas-luas dan menelan keenam-enam biji kapsul ubat kurus itu tanpa rasa bimbang.

Yang penting hasratnya untuk kurus dan mendapatkan zuriat termakbul. Tiba-tiba Tasneem rasa perutnya memulas. Cepat-cepat dia berlari ke tandas.

“Tasneem.. Tasneem...” Syuhaib menggoncangkan tubuh isterinya yang terbaring di sofa saat baru pulang dari kerja.

“Abang...” Tasneem bersuara lemah. Tubuhnya berasa terlalu letih setelah berulang alik ke tandas.

“Eh kenapa ni sayang? Kenapa nampak lemah je ni? Apa dah jadi?” Hadi cemas saat melihat wajah Tasneem yang pucat.

“Tadi Tasneem makan ubat, lepas tu sakit perut sangat-sangat...”

“Ubat apa?”

“Tuuu...” Tasneem menunjuk ke arah ubat di atas meja itu.

“Hah!” Syuhaib cepat-cepat merangkul isterinya itu lantas dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta. Risau keadaan Tasneem bertambah lemah.

“Isteri encik keracunan, ubat yang dimakan isteri encik tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, sebab mengandungi bahan yang berbahaya. Itu puncanya dia mengalami sakit perut yang melampau. Tapi encik jangan bimbang, keadaannya dah semakin pulih, cuma ada satu lagi yang saya nak beritahu...” Syuhaib teringat kembali kata-kata doktor itu saat melawat isterinya di wad.

“Abang... Tasneem minta maaf ya. Tasneem tak sangka boleh jadi macam ni.” Syuhaib mengelus tangan isterinya dan dikucup perlahan.

“Tak apa sayang. Tapi lain kali jangan buat lagi, Tasneem buat abang risau saja.” Tasneem tersenyum seraya mengangguk.

“Kenapa Tasneem makan ubat tu?” Syuhaib meminta penjelasan.

“Err... Tasneem nak kurus, supaya Tasneem tak mandul. Tasneem nak ada zuriat dengan abang.”

“Tasneem, ramai aje perempuan macam Tasneem yang mengandung tau.”

“Tapi sampai sekarang Tasneem tak mengandung. Tasneem memang mandul kot, abang kahwin ajelah dengan Surianitu.”

“Amboi kesitu pulak dia. Dah kenapa abang perlu kahwin lain?”

“Kan minah tu pun nak kahwin dengan abang.”

“Wow betul ke ni? Bolehlah macam tu kan? Tasneem bagi green light tak?” Syuhaib tersengih. Tasneem merengus geram bercampur sedih. Kalau ini takdirnya, dia hanya mampu pasrah. Suaminya ada hak .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience