BAB 4

Romance Completed 10500

Tasneem terasa panas hati, tapi dia tidak sanggup hendak membalas. Sabar. Biarlah mereka dengan ejekan mereka itu, makin dilayan makin menjadi pula nanti. Hatinya yang terusik cuba dipujuk sendiri.

Perlahan Tasneem bangun dari tempat duduknya dan menapak ke dalam rumah, meninggalkan majlis barbeku di luar rumah dan sepupu-sepupu iparnya yang celupar itu.

Baik dia duduk di dalam rumah saja, aman sikit dunia. Saat Tasneem melabuhkan punggungnya di atas katil, kata-kata sepupu-sepupu Syuhaib kembali bermain-main di mindanya.

‘Hantaran timbang kilo! Peluk pinggang pun tak lepas!’ air mata Tasneem laju mengalir saat mengingati kata-kata itu. Memang dia sudah lali dengan semua kutukan padanya, namun hatinya masih cepat terusik dan bersedih.

Dia lebih rela menangis sendirian dari mencari gaduh di luar sebentar tadi. Tiba-tiba Tasneem dapat merasakan tangan seseorang melingkari pinggangnya. Segera dia menoleh. Syuhaib tersenyum padanya.

“Abang peluk lepas aja,” tiba-tiba Syuhaib bersuara sambil memeluk erat pinggang Tasneem. Tasneem tergelak kecil. Air matanya diseka perlahan.

“Kenapa abang naik ni? Pergilah jamuan tu...”

“Tak mahulah, Tasneem tak ada. Buat apa abang ada kat sana lagi. Tambah sakit hati bila tengok orang ejek isteri abang ni.” Syuhaib mencebik.

“Abang...” Tasneem bersuara perlahan.

“Hmmm...”

“Terima kasih.”

“Tak perlu berterima kasih dengan abang.”

“Tasneem berterima kasih sangat sebab abang boleh terima Tasneem seadanya.” Syuhaib mengalih tubuh Tasneem supaya menghadapnya. Dahi Tasneem dikucup lembut.

“Abang sayangkan Tasneem.” Air mata Tasneem terasa seperti ingin tumpah kembali.

“Eh banyaknya coklat! Abang nak buat apa banyak-banyak ni? Nak mandi coklat ke?” Tasneem merenung bungkusan plastik yang terisi beberapa keping coklat di atas meja makan itu. Syuhaib memeluk bahu Tasneem yang sedang asyik membelek coklat itu satu persatu.

“Untuk isteri kesayangan abang la. Abang tahu Tasneem suka makan coklat kan?” Syuhaib tersenyum. Tasneem menatap wajah Syuhaib.

“Abang nak bagi Tasneem makin gemuk ke?” Syuhaib tersengih.

“Ala tak pe, abang tak kisah.”

“Iye la tu. Kang Tasneem makin gemuk, abang jugak yang susah. Nanti Tasneem dapat penyakit sape nak jawab.”

“Tak payah jawab. Abang kahwin la lagi satu.” Syuhaib mengusik.

“Oh gatal ye. Tak apalah, biarlah Tasneem sakit, baru abang boleh kahwin lain kan.”

“Ok-ok. Abang minta maaf, abang gurau ajelah. Abang ingat Tasneem suka makan coklat banyak-banyak.”

“Memang la Tasneem suka coklat, tapi tak adalah sampai banyak macam ni.” Tasneem mengangkat bungkusan plastik yang terisi lebih kurang sepuluh keping coklat Cadbury yang besar-besar. Kalau satu pun dah beratus kalori, apatah lagi sepuluh. Mahu bertambah sepuluh kilo lagi beratnya kalau macam ni. Tasneem mencebik. Syuhaib tersengih-sengih sambil memeluk erat isterinya dari belakang.

“Ok-ok. Ni stok untuk Tasneem la. Bukan kena habiskan semua ni sekaligus.”

“Tapi nanti Tasneem tak tahan tengok coklat banyak-banyak, nanti Tasneem makan semua sekaligus macam mana?” Tasneem pula tersengih. Syuhaib pandang wajah Tasneem dalam-dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience