BAB 2

Romance Completed 10500

Sungguh Tasneem mati akal, tidak tahu hendak membalas apa lagi.

Terketar-ketar Tasneem gementar tika suami yang baru dinikahinya itu mula menghampiri dirinya.

“Assalammualaikum Tasneem.”

“Ermmm… Waaalaikumussalam Syuhaib,” Tasneem teragak-agak mebalas salam tersebut.

Sesekali dia melirik curi-curi pandang wajah suaminya lalu tertunduk semula.

Seram sejuk dia terlalu gementar sampaikan nak memandang wajah suaminya itu pun dia takut. Risau penerimaan suaminya itu terhadap dirinya.

“Neem...” Syuhaib memanggil Tasneem semula, lembut. Jemarinya memegang dagu Tasneem lembut wajah Tasneem didongak untuk memandang wajahnya.

“Dah kenapa takut-takut ni? Orang tak makan Neem orang la,” Syuhaib tergelak kecil.

‘’Apa dah jadi dengan aku yang bermulut laser ni? Kenapa diam seribu bahasa. Tak mampu membalas walau sepatah. ‘’ monolog Tasneem di dalam hati.

Wajah suaminya dipandang penuh debaran. Tasneem terkejut, Syuhaib sungguh kacak dan terlalu sempurna untuk dirinya. Manakan boleh enggang dan pipit bersatu. Sungguh tidak pernah terbayang dalam angannya untuk memiliki lelaki sebegitu kacak rupa parasa, matanya redup dan jernih. Memang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman Tasneem.

Dan ini membuatkan Tasneem makin insecure dan segan.

“Tasneem,” sekali lagi Syuhaib memanggil, wajahnya didekatkan pada wajah

isterinya itu, cuba mencari anak mata Tasneem yang seakan tidak mahu

memandangnya. Air jernih yang bertakung di tubir mata Tasneem perlahan tumpah.

“Neem menangis? Kenapa Tasneem, kenapa menangis ni? Bukankah hari ni hari bahagia kita?” Syuhaib menjadi gusar saat melihat air mata yang berjuraian di pipi Tasneem.

Perlahan air mata itu diseka lembut dengan lengan jubah yang dipakainya.

“Sebenarnya Tasneem... Tasneem... Tasneem rasa tak layaklah untuk abang,” Tasneem meluahkan rasa yang terbuku.

‘’Lah, Janganlah fikir macam tu, Tasneem memang pilihan yang tepat buat abang, jangan fikir yang bukan-bukan.” Syuhaib berbicara lembut, cuba memujuk hati isterinya itu. Gusar juga dihati melihat isterinya ini begitu rapuh, gagal melihat nilai yang ada dalam dirinya sedangkan dihadapannya saat ini adalah sebutir permata yang indah.

Tasneem memandang semula wajah Syuhaib, terharu dengan kata-kata yang terbit dari mulut suaminya itu.

“Tapi Tasneem, Tasneem tak macam perempuan lain. Tasneem...”

“Shhh.Shhh . Abang tak nak dengar apa-apa lagi, janganlah cakap yang bukan-bukan dan bandingkan diri Neem dengan orang lain. Tasneem dah cukup untuk abang.” Syuhaib meletakkan jari telunjuknya pada bibir Tasneem, membuatkan Tasneem terdiam.

Mata mereka tertancap tepat, saling berpandangan. Tasneem cuba mengalihkan pandangannya namun segera Syuhaib menarik Tasneem ke dalam rangkulannya, memeluknya erat enggan dilepaskan.

Tasneem cuba minta dilepaskan namun dia sudah tidak mahu mendengar bicara penuh gusar dari Tasneem.

Rumah banglo dua tingkat itu riuh dengan saudara mara yang berkumpul bagi memeriahkan majlis perkahwinan yang baru saja berlansung di sebelah pihak lelaki.

Malam itu majlis barbeku pula diadakan bagi menjamu sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat, sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Puan HaKhatijah, Syuhaib Iffat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience