Bab 6

Romance Completed 12193

Apabila sah akad yang telah dilafazkan, Amrina tidak dapat menahan sebak di dada. Dia kini sudah bergelar seorang isteri.

Air matanya menitis jua walau sudah cuba ditahan.

Setelah doa dibaca dan diaminkan oleh semua yang hadir. Rakan-rakan dan keluarga yang dijemput yang berada berhampiran dengannya tidak putus-putus mengucapkan tahniah.

Sewaktu suaminya bangun dan berlalu untuk ke dalam bilik terdekat bagi menunaikan solat sunat, dia hanya menundukkan wajah.

Tak lama kemudian Haris datang untuk sesi batalkan air sembahyang pula.

Amrina kembali membetulkan duduknya di tempat yang dikhaskan itu. Kepalanya kembali menunduk.

“Pemalu sangat Amrina ni. Haris dah selamat jadi suami dah, nak malu apa. Cuba angkat sikit muka tu pandang suami.”

Haris sudah berada di hadapan Amrina Farhana. Mahu tidak mahu, Amrina angkatkan juga kepalanya memandang si suami.

Dia terkaku melihat Haris yang sudah tersenyum memandangnya. Air matanya kembali bergenang di pelupuk mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience