Bab 8

Romance Completed 12193

Amrina merenung sepasang mata Amar. Ada debaran yang melanda hatinya ketika itu.

“Terima kasih.” Ucapnya dan Haris dapat merasakan perasaan Amrina melalui getaran suaranya.

“Apa saja untuk sayang.” Balas Amar. Amrina lega. Perasaannya lebih tenang ketika ini setelah mendengar kata-kata Amar.

##########
Usai solat, Harispun mengangkat tangan untuk berdoa. Air mata Amrina bergenang saat menadah tangan dan mendengar doa suaminya untuknya.

“Terima kasih Ya Allah menganugerahkan hambamu ini seorang isteri buatku. Jadikanlah rumahtangga kami bahagia seperti syurgamu di dunia.

Izinkan aku untuk menggalas amanah ini dengan baik dan bimbing dia menjadi hambamu yang baik dan isteriku yang solehah. Tetapkanlah rasa cintaku ini buat isteriku, Amrina. Amin.”

Sebaik sahaja Haris menoleh ke belakang dia sendiri tergamam melihat air mata Amrina menitis laju.

“Semoga Allah hindarkan cinta Amrina buat lelaki lain. Tetapkanlah cinta Amrina hanya untuk suamiku, Haris ,” ucap Amrina dan Haris terus mengucup dahi isterinya.

“Sayang...” Amrina mendongak.

“Terima kasih sudi menjadi isteri abang. Walau pun kita tak pernah kenal lebih rapat sebelum ini, Amrina tetap sudi menerima abang ke dalam hidup Ayesha.”

Amrina cuma tersenyum dalam tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience