Bab 3

Romance Completed 12193

“Awak dah silap besar Alif. Saya memang boleh maafkan awak and I’m not gonna be with you anymore.Tak kan sampai bila-bila pun!”

“Sayang, sayang please... Saya sanggup buat apa je asalkan awak kembali pada saya semula. Saya janji. Saya takkan hampakan awak lagi. Kita kembali macam dulu ya.”

Danial menangis air mata darah Sekalipun sambil melutut pada Amrina , gadis itu tidak akan mudah menerima Danialsepertimana dahulu.

Sudah tidak ada sekelumit pun rasa cinta dan kasih buat lelaki itu di hatinya. Yang tinggal hanyalah amarah yang kian pudar ditelan waktu.

Hatinya sudah keras dek penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Danial terhadapnya suatu ketika dahulu.

Talian dimatikan begitu sahaja. Danial menekup mukanya tanda dia benar-benar tahu akan salahnya kerana melayan Amrina seperti itu dahulu.

Seandainya masa boleh diputar semula, itulah yang kaan dilakukan. Dia sanggup buat apa sahaja untuk tidak melakukan ksilapan itu. Kesilapan yang membuatnya menyesal kini.

Danialmenelefon Amrina lagi. Ditolak sekali bukanlah bermakna dia tidak dapat memujuk Amrina . Oleh itu dia menelefon semula untuk merayu kepada Amrina supaya kembali kepadanya.

Biar pun sudah diketahui respon Amrina , Danialmasih mahu encuba. Biar pun dia hanya terkenangkan Hani selalu tapi Amrina lah yang banyak mengambil berat tentang hal dirinya dan itulah yang baru dia sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience