Bab 7

Romance Completed 12193

“Assalaamualaikum, isteri.” Ujar Haris kepada Amrina. Amrina menelan liur.
Salam dijawab di dalam hati. Dia menghulurkan tangan menyambut salam yang dihulurkan oleh suaminya. Saat dia memejamkan mata apabila mencium tangan si suami, bibirnya mengoyak senyuman lebar.

Kucupan pertama singgah ke dahi Amrina dan membuatkan sanak saudara yang mengelilingi mereka bersorak riang.

#######

“Kenapa sayang?” Haris menyoal lembut. Pipi Amrina disentuh dan tangannya digenggam lalu dikucupnya. Amrina lantas meletakkan kepalanya pada bahu suaminya seperti minta dimanjakan.

“Abang rasa kita boleh bahagia?” Amrina bermain-main dengan jari-jemari Amar.

“Soalan Amrina tu sudah pun abang jawab malam semalam.” Haris mengusik lagi.

“Lelaki kalau tak sayang pun tak apa kan?”

“Siapa kata? Tanpa cinta tak akan ada perasaan tau.” Haris memalingkan wajahnya ke sisi untuk melempiaskan senyuman lucunya. Amrina mencubit manja lengan suaminya.

“Abang berjanji akan berusaha sedaya upaya membahagiakan rumahtangga kita. Dan abang mahu Amrina juga memberikan sepenuh hati dan kasih sayang Amrina untuk abang dan hubungan kita ini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience