Bab 2

Romance Completed 12193

Tanpa melihat siapa yang memanggilnya, Amrina terus menjawab panggilan itu memandangkan dia sedang sibuk dengan tugasnya yang memerlukan lebih perhatian.

“Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Amrina ?”

“Hello, ya Amrina bercakap... Boleh saya tahu siapa yang bercakap di hujung sana?”

20 saat berlalu dan masih tiada kata yang kedengaran dari pemanggil di hujung talian sana. Yang kedengaran hanyalah deruan nafas si pemanggil yang masih tidak diketahui namanya itu.

Deruan nafas yang kedengaran bagaikan tersekat-sekat, lembut tapi penuh dengan masalah dan sesuatu yang tidak dapat untuk dipastikan.

“Amrina , maafkan saya ye sayang. Maafkan saya sebab buat sayang sedih. Sebab buat sayang tertanya-tanya selama ini. Saya tak ada niat pun sebenarnya nak tinggalkan awak sayang.”

Sekarang barulah Amrina tahu, siapakah pemanggil di hujung talian itu. Mendengar setiap bait ayatnya sahaja dia sudah dapat mengagak, lantas Amrina berura-ura ingin meletak telefon.

“Danial!”

Tetapi si pemanggil bagaikan dapat meneka, lantas segera menghalang perbuatan gadis ayu itu.

“Yes, Danialspeaking here... sayang. Please... come back to me. I need you now and ever, I really need you in my life. I don’t want to loose you. Saya tak mampu kehilangan awak lagi.”Rayu Alif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience