Bab 1

Romance Completed 12193

Skrin telefon bimbit yang berdering nyaring dipandang Amrina sekilas sebelum dia menjawabnya. Terasa sedikit pelik kerana nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu bukanlah dari senarai yang ada dalam senarai nama telefon.

“Hello, siapa ni? Boleh saya tau awak nak cari siapa?”

“Hello, Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Amrina .”

"Hafiz?’

“Apa lagi yang awak nak cakap kali ni, apa lagi yang awak nak tipu bagi pihak dia kali ni untuk menutup segala niat keji dan tak bertamadun dia tu?”

““Dengar cakap saya dulu Amrina awak tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap pada awak ni. Saya nak awak tau yang saya juga dah ditipu oleh dia. Saya juga mangsa keadaan sama seperti awak yang tak tahu dan tak jangka apa-apa.”

“Awak memang sanggup bukan jadi kuli dan alat untuk dia permainkan saya, untuk dia perbodohkan. Saya dah muak diperbodohkan dan dilukai Hafiz. Jadi awak tak perlu nak tolong update status dia pada saya.”

“Kalau saya tau dari awal lagi pasal rancangan dia tu, saya takkan biarkan dia buat macam ni.”

Keputusan Danialuntuk memutuskan hubungan dengan Amrina sememangnya suatu keputusan yang kejam kerana mempermainkan perasaannya.

“Maafkan saya sebab bersetuju dengan idea dan rancangan kurang bijak Danialsuatu ketika dulu."

“Tak perlulah kita bercakap soal ni lagi Hafiz, semuanya dah jelas. Kalau boleh saya nak dia dan semua tentang dia tu tak pernah wujud dalam hidup saya. Saya harap awak faham.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience