BAB 7

Romance Completed 7632

‘Alahai suami. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh aku. Makan minummu tiap hari aku sediakan. Pakaianmu tiap hari aku gosok dan gantung rapi. Setiap malam aku mendengar cerita dan setiap keluhanmu yang bagaikan anak kecil. Apa lagi yang kurang dalam hubungan kita ini hingga engkau bercerita tentang keburukkanku kepada orang lain,’ rintih hati Lydia.

Lydia menangis teresak-esak. Tidak dapat di tahan kesedihan ini. Sebenarnya ini bukan kali pertama Lydia mendapat tahu mengenai hubungan mesra Latif bersama wanita lain. Masuk kali ini, sudah lima kali Latif curang kepadanya. Dan setiap kali itu Lydia hanya mampu memaafkan Latif kerana dia benar-benar menyintai lelaki itu. Kasihnya hanya tumpah pada Latif, lelaki yang dicintainya sejak di bangku sekolah dulu.

‘Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.’

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience