BAB 8

Romance Completed 7632

“Saya Latif bin Iskandar dengan ini menceraikan Lydia binti Ismail dengan talak satu,” ujar Latif dengan sebak. Air mata lelakinya gugur juga.

Lydia yang sopan berbaju kurung putih pemberian Latif pada malam pernikahan mereka dahulu turut menitiskan air mata. Usia perkahwinan mereka yang genap tujuh tahun hari ini telah memisahkan mereka hanya dengan satu lafaz cerai daripada Latif.

Lydia masih kelihatan ayu dan sopan saat pertama kali mereka bertemu dibangku sekolah dahulu. Air mata yang menitis di pipi Lydia mengingatkan Latif tentang pertemuan pertama mereka di mana waktu itu juga Lydia sedang menangis kerana telah dibuli oleh rakan-rakan Latif. Latif yang berasa simpati melihat keadaan Lydia pantas menyelamatkan Lydia daripada terus dibuli oleh rakan-rakannya. Namun hari ini, air mata wanita itu gugur kerananya.

Sejumlah wang diserahkan kepada Latif untuk menebus dirinya daripada kekuasaan Latif. Itulah yang disebut khuluk’ ataupun tebus talak. Memandangkan Latif tidak mahu menceraikannya sejak peristiwa malam itu, dan keadaan Lydia yang tidak mahu terus menjadi isteri Latif lagi, maka Lydia telah menuntut talak daripada Latif melalui mahkahmah syariah. Wang yang diserahkan kepada Latif adalah sebagai wang ganti rugi dari buruknya keadaan yang bakal menimpa Latif kerana bercerai dengannya.

Tujuh tahun. Berbagai-bagai ranjau dan duri dalam kehidupan berumahtangga mereka lalui bersama. Segala kesedihan dan kegembiraan mereka kongsikan bersama. Namun, hari ini semua itu sudah berakhir. Semuanya akan menjadi kenangan.

Hanya kerana seorang wanita bernama Tasya, hari ini semuanya berkahir. Wanita itu benar-benar telah membunuh cintanya pada Latif. Baru hari ini Lydia melihat gerangan wanita bernama Tasya itu..

Aku tertipu

Kediamanmu

Yang kuanggap semuanya baik-baik saja

Kutak menyangka

Dibelakangku

Kau tigakan cintaku

Yang hanya kepadamu

Hanya ayat itu yang bermain dibenaknya setelah melihat senyuman yang terpamir di bibir Tasya saat Latif mengucapkan lafaz cerai tadi. Senyuam itu seakan-akan mengejeknya. Namun bagi Lydia kini dia tidak mahu bersengketa. Ini adalah pengajaran buat dirinya.

‘Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya. Suami yang diam jangan disangka tidak bermain kayu tiga,’ bisik hati kecilnya.

“Dan tidak halal bagi kamu mengambil dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya (suami isteri) khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.”

(Al-Baqarah:229)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience