BAB 4

Romance Completed 7632

TELEFON Latif berbunyi lagi. Masuk kali ini sudah tiga kali telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Lydia merasa tidak sedap hati. Mungkin ada perkara penting yang ingin dikhabarkan oleh keluarga terdekat mereka. Mahu ditunggu Latif pulang daripada kedai memang lama lagilah jawabnya.

Kini, telefon itu berdering lagi. Lydia merapati meja kecil di sebelah katil. Dilihat sekilas telefon bimbit milik suaminya itu. Akhirnya Lydia mencapai telefon itu. Entah mengapa dadanya berdebar-debar apabila melihat ada empat pesanan ringkas baru tertera di skrin telefon bimbit suaminya itu.

Belum sempat Lydia membuka peti simpanan, Latif sudah menjengukkan kepalanya ke dalam bilik dan mengejutkan Lydia yang sama sekali tidak perasan kepulangan Latif.

“Sayang buat apa tu?” soal Latif dengan senyuman di bibir.

“Err.. Tak ada apa-apa. Lydia tengah lap habuk dekat meja ni,” ujar Lydia tergagap-gagap. Jantungnya hampir luruh apabila mendengar suara Latif sebentar tadi. Tangannya mengelap habuk yang ada di meja kecil itu bagi memastikan lakonannya berhasil.

“Owh, kenapa tak guna kain buruk. Guna tangan pulak. Nanti kotorlah tangan si cantik manis abang ni,” ujar Latif seraya menghampiri Lydia. Melihat Latif menghampirinya, pantas Lydia meletakkan kembali telefon bimbit Latif di atas meja kecil itu sebelum Latif betul-betul berada dibelakangnya.

“Alaa, tangankan boleh lap kalau kotor,” ujar Lydia perlahan.

“Meh abang tolong lapkan,” ujar Latif seraya mencapai tangan Lydia dan dilap menggunakan tisu basah.

Lydia hanya tersenyum memandang kelakuan Latif itu. Kadang-kadang lelaki ini begitu romantis terhadapnya tetapi kadang-kadang Lydia meragui keikhlasan hati Latif kepadanya.

Telefon bimbit Latif yang berada di atas meja kecil itu dipandang lagi.

‘Empat pesanan ringkas tadi daripada siapa?’ Persoalan itu bermain-main dibenaknya. Cuba dipamerkan senyuman buat suaminya walaupu hatinya sedang mendidih marah.

‘Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk.”

(Doa ketika sedang marah)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience