BAB 3

Romance Completed 3139

“Kenapa Puan Edora ? Macam tak pernah nampak beg tangan warna biru je. Cantik sangat ke beg tangan saya ni?” tanya Qaseh Iris sambil memegang beg tangan miliknya itu.

Edora cepat-cepat duduk di kerusi berhadapan dengan wanita yang mula menjengkelkan hatinya itu. Beg tangan hijau diletakkan di atas ribanya. Dia melepaskan satu keluhan panjang untuk meredakan kemarahan yang mula menguasai hatinya. Apatah lagi apabila berdepan dengan wanita yang ada hubungan cinta dengan suaminya dan kini bertindak menjengkelkan pula.

“Sudah berapa lama awak berhubungan dengan suami saya?” tanya Edora dengan jelas.

Qaseh Iris memandang tepat ke wajah Edora. Dia membelek wajah wanita berkulit putih kemerahan-merahan itu. Blaus putih dipadankan dengan skirt denim serta tudung putih bercorak bunga biru dan hijau sangat padan dengan penampilan ringkas pada petang itu. Terdetik di hatinya bahawa Rafiq tidak patut ada hubungan dengan wanita lain.

“Saya tanya dah berapa lama awak ada hubungan dengan suami saya? Awak tahu tak Rafiq tu sudah ada isteri?” ulang Edora dan ditambah lagi satu soalan di belakang soalan tadi.

“Mungkin sudah setahun. Saya tahu dia ada isteri dan abang tak pernah sorok apa-apa pun daripada pengetahuan saya,” jawab Qaseh Iris sambil tersenyum bangga apabila memanggil Rafiq dengan panggilan abang.

“Abang? Kau panggil suami aku, abang?” tanya Edora agak keras dan sudah menukar panggilan saya-awak kepada aku-engkau. Dia tidak mampu berlembut dengan wanita yang terlalu selamba di hadapannya ini.

“Ya, aku panggil dia, abang. Kenapa? Salah ke? Kami pasangan bercinta dan panggilan macam tu, it is normal,” balas Qaseh Iris.

“Kau tak rasa bersalah langsung ke ada hubungan dengan suami orang? Dah tak ada lelaki bujang yang boleh kau jadikan kekasih ke?” tanya Edora lagi sambil memandang tepat ke wajah Qaseh Iris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience