BAB 4

Romance Completed 3140

“Lelaki kan boleh kahwin empat. Izinkanlah abang kahwin dengan saya. Selesai masalah. Lagipun kami dah kawan lama,” balas Qaseh Iris.

“Kahwin dengan perempuan macam kau ni? Kuku panjang, seluar ketat, blaus jarang nampak baju dalam. Perempuan macam engkau inilah yang menjatuhkan martabat perempuan lain di dunia ni. Mengganggu rumah tangga orang, bermesej merayu kasih sayang lelaki, menggoda lelaki dengan kata-kata, dengan mendedahkan aurat. Kalau suami aku nak kahwin lagi, aku takkan izin kalau calonnya ialah perempuan yang macam ni,” balas Edora lagi dengan mata yang sudah mulai hendak menitiskan air mata.

“Oh, salah aku ke? Pernah kau selidik apa kesalahan kau?” tanya Suraya Mustika.

“Kau dah menggatal dengan suami aku, sekarang kau nak kata aku yang bersalah pulak?” tanya Edora.

“Tu! Beg tangan kita ni. Tak ingat ke apa kisahnya?” ujar Qaseh Iris lalu menyebabkan Edora mengimbas kisah setahun lalu.

Beg tangan

Rafiq masuk ke butik beg tangan berjenama Chanel yang berharga ribuan ringgit untuk sebuah beg. Butik yang terletak di Pavilion menawarkan pelbagai pilihan beg tangan yang menjadi idaman bagi kebanyakan wanita untuk memilikinya.

“Boleh saya bantu, encik?” tanya Qaseh Iris mesra.

Rafiq tersenyum lalu mengangguk. Kemudian dia berjalan ke arah sebuah rak yang meletakkan beg berwarna biru. Beg itu kelihatan sungguh menarik. Warna biru itu sungguh cantik untuk isterinya, Edora, yang berkulit putih kemerah-merahan.

“Yang ini koleksi baru, encik. Baru sampai semalam. Belum ada yang beli lagi. Ada tiga warna. Biru, hijau dan hitam. Encik boleh buka dan tengok dalamnya,” kata Qaseh Iris lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience