BAB 7

Romance Completed 3139

“Sayang nak warna apa?” tanya Rafiq walaupun sekali lagi dia kecewa dengan sikap isterinya itu. Sekeras-keras hati lelakinya, dia cuba bawa bersabar dengan sikap itu dan berdoa suapaya Edora akan berubah.

“Kalau warna hijau mesti lagi cantik,” kata Edora sambil tersenyum. Dia tidak perasan sikapnya itu telah mengecilkan hati suami.

“OK. Esok abang tukar kalau itu yang sayang suka,” balas Rafiq lalu menyelimutkan isterinya yang telah berbaring di sisinya.

Tukar

Rafiq kembali ke butik beg tangan. Dia bertemu dengan Qaseh Iris. Hajatnya hendak membeli beg yang sama namun dengan warna berbeza. Dia tahu beg yang sudah dibeli tidak boleh ditukar kecuali beg itu ada kerosakan.

“Bungkuskan saya beg yang warna hijau ya. Isteri saya suka yang hijau,” ujar Adli.

“Isteri encik tak suka beg biru ni? Dan encik ke mari untuk membelikan beg yang lain? Sayang sungguh encik dengan isteri encik tu,” terpinga-pinga Qaseh Iris dengan kenyataan Adli. Dia dapat melihat ada sinar kekecewaan di mata lelaki itu.

“Nah, ini beg hijau tu,” ujar Qaseh Iris selepas selesai melakukan transaksi kad kredit milik Adli.

“Beg biru ini untuk awak. Ambillah. Isteri saya tak sukannya,” kata Adli lalu menyerahkan beg kertas berisi beg biru yang dibelinya semalam. Beg kertas bertukar tangan. Qaseh Iris terpinga-pinga lagi. Dia tak terfikir akan memiliki beg mahal sebegitu.

“Encik, tunggu sekejap,” tahan Qaseh Iris kerana bimbang disalah erti oleh ketua jurujual di situ. Lalu Qaseh Iris dan Rafiq berjalan beriringan ke sebuah coffee house di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience