BAB 2

Romance Completed 3140

Dia menanti wanita yang menggunakan nama Qaseh Iris dengan penuh sabar. Lima belas minit telah berlalu dari masa yang dijanjikan. Tempoh 15 minit itu cukup meresahkan dan terasa begitu lama bagi seorang isteri yang menanti wanita yang ada hubungan cinta dengan suaminya.

“Mana pula perempuan ni? Dahlah bermain cinta dengan suami aku. Aku pula jadi tunggul menunggu dia kat sini!” bisik Edora kepada diri sendiri dengan perasaan marah. Telefon bimbit jenis Samsung Note 2 dibelek-belek dan terasa ingin dia menghantar inbox ke fac Qaseh Iris.

Kini telah setengah jam lewat dari masa yang dijanjikan. Edora bangun sambil menjinjing beg tangan hijaunya untuk keluar dari kopitiam itu selepas meletakkan not RM10 di atas meja. Tiba-tiba telinganya menangkap suara seorang wanita dari arah belakang.

“Puan Edora...” tegur suara itu.

Menyirap darah Edora ke mukanya apabila berpaling dan dia cam benar dengan wanita yang berdiri di hadapannya kini. Wajah yang saling tak tumpah dengan gambar profile fac Qaseh Iris.

“Puan Edora dah nak balik ke?” tanya wanita itu sambil membetulkan kedudukan tali beg tangannya yang tersangkut di bahu kanan.

“Qaseh Iris ?” tanya Edora walaupun dia sudah yakin itulah wanita yang ada hubungan dengan suaminya.

“Ya. Saya Qaseh Iris. Tak mahu bersalam tanda perkenalan?” tanya Qaseh Iris sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Edora. Melihat kuku Qaseh Iris yang dibela rapi dan dioles pengilat kuku itu sudah cukup untuk membuatkan Edora mencebikkan bibirnya tanpa menyambut huluran untuk bersalaman.

Tangan tidak bersambut. Qaseh Iris berdehem sedikit sambil tersenyum sumbing lalu duduk di tempat duduk Edora tadi. Dia meletakkan beg tangannya yang berwarna biru itu di atas meja. Terbeliak mata Edora apabila melihat beg tangan itu. Beg mereka sama jenamanya namun hanya berbeza warna. Terkunci mulutnya untuk bertanya walaupun ada beribu soalan hendak diajukan kepada wanita berseluar ketat dan berblaus corak bunga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience