BAB 8

Romance Completed 3139

Tersedar

Edora menangis teresak-esak. Kisah beg tangan pada hari jadinya masih segar di ingatan. Qaseh Iris hanya berdiam diri memerhatikan Edora yang tak henti-henti mengesat air mata di kopitiam tempat mereka bertemu itu.

“Maknanya, disebabkan beg tangan itulah kau kenal dengan suami aku dan kini menjalinkan cinta dengan suami aku?” ujar Edora dalam esakannya untuk mendapatkan kepastian.

“Sudah-sudahlah mencari kesalahan orang, Puan Edora. Fikirkanlah kesilapan puan dulu sebelum menuding jari ke arah orang lain. Fikirkan kenapa Rafiq cari perempuan lain untuk menggembirakannya. Apa yang puan buat selama ini untuk gembirakan dia? Masak? Jaga pakaiannya? Layan dia makan?” tanya Qaseh Iris bertalu-talu.

“Saya mungkin bukan perempuan baik macam yang puan kata tadi. Tapi cuma satu nasihat saya. Syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya. Kalau dah makan, pakai dan kasih sayang untuk suami pun puan tak boleh jaga, untuk apa jadi isteri? Keluar rumah bukan main cantik, di rumah puan pakai macam mana? Berbaju kelawar 24 jam. Masak? Setahun sekali pun susah nak masak. Bagi hadiah mahal, ada puan hargai? Kalau puan hargai hadiah suami, takkanlah beg puan ni jadi milik saya sekarang ni. Fikirlah elok-elok,” balas Qaseh Iris.

Seorang lelaki tiba lalu memegang bahu Qaseh Iris dari belakang. Kemudian lelaki itu duduk di kerusi sebelah Qaseh Iris.

“Ini suami saya. Saya sayangkan dia dan saya tak pernah curang pada dia. Hubungan Qaseh Iris dan Rafiq di fac itu hanya untuk memberikan sedikit pengajaran. Maafkan saya. Jom abang, kita balik,” ujar Qaseh Iris lalu berpimpinan tangan dengan suaminya meninggalkan Edora yang masih tenggelam dalam emosinya.

Edora merenung jauh. Dia ingin balik ke rumah dan memohon ampun daripada suaminya. Terasa selama ini dia kurang peka dengan perasaan suaminya. Terasa betapa sempurnanya Rafiq sebagai suami. Baru dia sedar yang suaminya sangat penyabar dengan sikap malasnya, rajin memasak, melayan kerenahnya yang manja dan mengada-ngada serta tidak pandai menjaga hati suami.

Kala kakinya melangkah keluar dari kopitiam itu, terdengar suara insan yang sangat dikenali memanggil namanya.

“Edora....” panggil suara itu.

Edora menoleh dan dia melihat Rafiq sedang berdiri beberapa langkah di hadapannya. Pantas Edora berlari menuju ke arah Rafiq lalu memeluk tubuh lelaki itu sambil berbisik perlahan.

“Maafkan sayang, abang. Maafkan sayang.”

Rafiq memeluk isterinya sambil tersenyum. Air matanya mengalir kerana terasa doanya selama ini telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Doa orang yang sabar pasti akan dinilai oleh-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience