BAB 1

Romance Completed 3140

EDORA masih duduk di atas kerusi merah itu. Di hadapannya ialah meja tempat suaminya selalu duduk membuat kerja yang dibawa balik dari pejabat.

Ada banyak juga fail yang tercatat nama projek-projek yang bakal diusahakan oleh syarikat tempat suaminya bekerja.

Fail-fail itu tidak penting bagi Edora. Apa yang penting sekarang ini ialah paparan di komputer riba milik suaminya.

Entah mengapa dia terlalu ingin membukanya pada petang ini. Apabila dia membuka laman sosial fac, terus terpapar akaun fac suaminya. Tetapan keep me logged in ternyata telah mendedahkan rahsia lelaki yang telah dikahwini selama lima tahun itu.

Walaupun Edora ialah seorang surirumah dan berasal dari kampung, tidak bermakna dia buta dalam media sosial. Edora juga mempunyai akaun fac. Malah turut menggunakan telefon bimbit pintar. Mata Edora berkaca-kaca membaca pesanan dalam inbox suaminya.

“Kenapa abang buat Edora macam ni?” desis Edora sendirian dengan air mata menitis ke pipi. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja. Pastinya bunyi ketukan itu memainkan irama pilu yang sedang berpusar di jiwanya.

Panggilan sayang antara suaminya yang menggunakan nama Rafiq dengan wanita yang menggunakan nama Qaseh Iris itu begitu membuatkan Edora tidak tentu arah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran.

Apakah hubungan antara suaminya dengan wanita itu? Sejauh mana hubungan mereka? Adakah mereka menjalin hubungan sebagai kekasih? Curangkah suaminya? Ringan tangan Edora hendak menelefon suaminya supaya dia diberi penerangan yang mampu melegakan hati. Namun bagaimana jika kata-kata suaminya nanti bakal menghiris harinya nipis-nipis lalu meninggalkan luka yang amat mendalam? Edora tertunduk menahan sebak.

Bersua wajah

Edora memesan minuman coklat panas di kopitiam tempat yang telah dijanjikan. Walaupun ruang kopitiam yang berhias kayu-kayan itu berhawa dingin namun peluh tetap memercik di dahinya. Perasaan sedih, pilu, marah dan geram bercampur-baur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience