BAB 5

Action Completed 6070

POV Agent lin.. #throwback

Sumpah kalau diberi pilihan antara kesakitan kena tembak ni dengan mati aku akan pilih untuk terus mati. Dengan darah yang terus mengalir, aku tetap larikan diri sementara bantuan dari MAX sampai. Aku pekup luka aku dengan tangan kanan, tangan kiri aku pula tengah pegang pistol magnum. Peluru yang aku lepaskan ketika berbalas tembakan dengan konco-konco 'black' cuma tinggal satu ja lagi. tapi, entah macam mana aku tak sedar aku boleh ada dekat atas bangunan ni.

Kaki aku dah cukup lemah untuk lari lagi, jadi aku baringkan sahaja badan dekat situ. Suara konco-konco 'black' dah hilang ..mungkin fikir yang aku dah mati.

Aku longgarkan pistol yabg aku pegang tu dari tangan aku. Harh..Harh..aku cuba sedaya upaya untuk kawal permafasan aku sekarang.. aku renung langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang kecil, walaupun hakikatnya aku tahu bintang tu besar. Wajah budak yang belum sempat aku tanya nama dia tadi tengah berlegar-legar dekat otak aku. Seketika , aku tersedak.. darah merah kini mula mengalir keluar dari mulut aku.

Nyawa aku dah rasa macam hujung tanduk sekarang ni. Aku tahu jantung aku tengah berdegup kencang, darah aku membuak-buak kaluar.

Aku tutup mata rapat sebelum aku buka semula selepas dengar bunyi kicauan helikopter. Aku pusingkan kepala aku ke arah bunyi itu, mata aku tengah pandang susuk tubuh seorang lelaki tengah berlari arah aku sekarang. Arh..tapi aku dah penat sangat , aku tutup mata serapat-rapatnya. Gelap..

POV Tuan raikal

Tubuh lin yang terbaring aku angkat dan aku letakkan dalam helikopter. Baju dia aku lihat dah basah dengan darah.. aku panggil nama dia berkali-kali tapi tak ada sebarang jawapan.. aku tekan luka dekat perut dia..hang on lin, stay..stay.

POV Lis.. (present)

" I'm sorry, saya tak bermaksud untuk ingatkan agent lin tentang kes tu". Mata agent lin dan aku sekarang sedang bertentang, entah kenapa rasa macam tengah pandang bonda sekarang.

" lis.. walaupun dia lari sekalipun itu tak bermakna dia akan lupakan awak.. bukan mudah lis untuk lupakan cinta pertama..hurm tuh tengok sana.. ". Apa yang agent lin cakap ni. aku pusingkan kepala aku perlahan-lahan mengikut arah yang dia tunjukkan.Dia..

Dari keduduakn aku sekarang, aku dapat lihat dengan jelas bilik yang sedang berhadapan dengan kedudukan aku. Bilik latihan peribadi ahli rekrut kumpulan dua belas. Mata aku sekarang tak mampu berkelip. Dia yang aku kanal. Dia tengah tengok gambar aku. Arh.. Edward kau lelaki yang tak terduga.

"so, should I leave you here..?".

Aku senyum pada agent lin, dia memang faham aku. Tapi apa yang mampu aku buat , aku hanya boleh pandang dia dari sini, teringin sekali aku nak tenung mata dia yang hijau tu..kenapa susah sangat aku nak buat walaupun benda sesimple tu.

POV Agent lin

Kelopak mata yang berat aku buka perlahan-lahan. Gelap..Itu yang aku tahu , mungkin sekarang masih malam. Ruangan bilik yang aku duduk sekarang hanya diterangi oleh cahaya lampu di tepi kabinet. Alat yang setia membekalkan gas oksigen untuk aku dari tadi..aku tarik dari terus melakukan tugasnya. Untuk seketika, baru aku perasan sesuatu. Pelik mulanya tapi tangan dia,genggaman dia yang kuat dan hangat macam tak nak lepaskan aku..nyenyak dia tidur. Aku tenung muka dia, aku biarkan tangan dia terus dekat situ.

Aku bawa tangan aku yang lagi satu ke balutan yang membalut luka bekas tembakan tadi. Rasa sakit masih berbisa, tapi aku tahu aku masih mampu tahan kesakitan ni dari tanggung kesan kegagalan yang kau sendiri cipta. Untuk seketika, semua benda yang aku fikir tiba-tiba terhenti apabila genggaman tangan Raikal kini bertambah kuat mencengkam tangan aku.

Aku ukir senyuman di bibir. Aku tahu dia tengah mengigau. Aku pandang tangan dia. Tangan orang yang suka tarik picu sniper.Itu kelebihan tuan raikal, sniper dan kini kami berkonsi kelebihan yang sama. Semuanya bermula dari dia.

Aku bawa tangan itu dekat dengan degupan aku, terlalu dekat dan aku selitkan tangan aku dekat situ. Aku genggam erat tangan itu. Aku pejamkan mata..aku bisukan lisan dan aku isikan dengan hati yang berbicara.

" aku tak takut hilangan degupan ni rai tapi please bukan tangan ni..tak kisahlah berapa banyak peluru sekalipun yang dah tembus tubuh aku ataupun tak kisahlah jantung ni dah parah untuk bernyawa sekalipun aku tetap nak dan perlukan tangan ni ada dengan aku sampai hembusan terakhir nafas dan degup jantung aku..rai ".

Mata aku sekali lagi berat unutk dibuka jadi aku biarkan sahaja dia terus tertutup. Aku penat..luka tadi dah tinggalkan kesan yang mendalam dalam tubuh aku, seketika ruang kosong mula kelihatan. Gelap..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience