Bab 18

Action Completed 6070

Pov Agent Lin
" ian..sebelum tu saya nak minta maaf I know i shouldn't have to interfere with your life..but if you love her please let her know..jangan takut dengan reaksi dia lepas tu..sebab benda yang lebih penting adalah dia tahu !..".

Ian pandang aku tak lepas..aku tahu mesti dia tertanya-tanya sangat apa yang jadi sekarang.

Aku buka pintu bilik Skye..

" skye ada dalam hotel tu semalam ian,dia..dia kena tikam but she's fine know..".

Ian mesti terkejut aku dapat dengar suara dia tersekat-sekat macam tak mampu nak hadam apa yang aku cakap tadi..dia berjalan belakang aku dan berdiri betul-betul depan katil Skye..aku tengok muka dia macam tak boleh terima dengan keadaan sekarang..walau macam mna pun Ian tetap tak tahu skye bekerja untuk MAX, bagi Ian ..Skye cuma seorang engineer..sebelum ni aku dah banyak kali jumpa Ian..dan kalau Skye ada mission luar aku akan back up dia.

Ian bergerak ke katil Skye..sapa ja tak sedih bila nampak orang yang kau sayang terbaring macam tu. Aku pandang Rafiq dia tengah sandar dekat pintu.

" s..kye..". (ian)

Dia sebak..itu yang aku tahu..aku tak sanggup nak pandang dia lagi..so aku ajak Rafiq keluar dari situ.

3 pagi..( Apartment )

Penat..aku buka pintu apartment yang aku jarang balik sebelum ni..selalunya aku akan tidur dekat MAX tapi hari ni aku dah penat lepas balik dari hospital tadi aku minta Rafiq hantar aku balik sini.

Aku masuk dan tempat pertama yang aku cari adalah sofa..bila aku nampak jer bentuk sofa depan mata, aku tak tunggu lama terus aku campakkan badan aku kat situ..tapi baru aku nak tutup mata..tiba-tiba aku rasa ada benda yang tak kena.

Aku buka mata..

"lis!!.." . Dia tengah buka stoking aku.

" You owe me many times agent lin..".

Macam mana dia boleh masuk.

" mesti tengah fikir macam mana saya boleh masuk kan..? kalau nak keluar rumah tanpa orang sedar kena lah pandai buka gate kan..setakat gate apartment nie apalah sangat..easy pezzy..".

Aku tenung dia lama.

" kau dah lama ker buat kerja ni lin?".

" mana ada..baru 5 bulan lepas Agent May yang ajar..". Dia menyengeh sambil pandang aku.

Aku bangun dari kedudukan tadi dan buka jaket..buatlah apa kau nak buat lis aku nak tidur...aku campakkan jaket Rafiq tadi ke muka lis dan sambung hajat aku yang tergendala tadi.

" agent lin..you know what you really need to thank me.."

" why.." empuknya sofa aku hari ni .

" tadi Agus menangis sebab dia cakap kakak baik promise dengan dia nak tidur sini ..!"

Aku buka mata dan pandang lis..betul aku lupa aku pujuk dia tadi.

Lis sengeh tengok aku..sebelum dia baling bantal yang dia peluk tadi.

" aochh..". aku pegang lengan aku yang cedera tadi..dia baling kena betul-betul dekat situ.

" ohh..no did you hurt!!..i'm sorry..i'm sorry i couldn't see it.!".

Dia belek - belek luka aku dengan muka cuak..tau pun nak rasa serba-salah budak ni..apa-apa pon memang sakit lah dia baling tadi.

" kau tahu gelabah..lepas tu kau cakap apa pada Agus..?"

" macam-macam..satu office kena pujuk dia tadi..kelam kabut jugak lah..tapi nasib mak dia ada..".

" ohw..ok lah tu lis kau boleh tolong aku tak?".

Dia pandang aku fokus gila..then dia anggukkan kepala.

" kau pergi masuk bilik.."

" ha..thenn.."

" tak..kau pergi sekarang.."

Dia bangun dengan dahi berkerut..tak faham lah tu..kau tuggu jap.

" buka pintu bilik..then kau masuk ".

Dia ikut arahan aku satu-satu.

" then..kau tutup pintu tidur!! dan jangan ganggu aku nak tidur..goodnight!!".
" argghgg..." Aku dengar suara dia tengah membebel dalam bilik dan lepas tu tah..aku dah terlelap.

POV Lis

Aku buka mata lepas dengar alarm telefon aku bunyi..aku tengok jam yess..dah pukul 11..ahh!!.

Aku bangun dari katil dan berjalan arah ruang tamu.

" agent lin!..agent lin kat mana!!!". Aku cari dia dalam toilet,dapur , koridor semua tak ada.Mana dia nie kalau nak keluar pun bagitahu laa..haihh.

POV Agent lin. (LONDON)

" luq!! vie mana?".

Aku pandang luq..dia tengah hisap rokok..mata dia merah aku tahu dia tengah marah. Pagi tadi aku dapat call dari luq dia kata Robert kena serang waktu dia tengah makan malam dengan kawan-kawan dia..aku tunggu apa lagi terus naik flight datang sini..orang-orang luq tengah siasat kejadian ni..MAX.. aku cuma sempat bagitahu Agent May yang aku akan tutup jejak aku untuk sementara waktu..bila dia tanya aku soalan aku cuma cakap aku nak settlekan kes Raikal.

" aku tak bagitahu dia lagi..dia ada kes dekat hospital rasanya sebab tu aku tak nak ganggu dia dulu..tapi kalau kau nak bagitahu dia..kau call dia aku nak turun bawah tengok maklumat apa yang diorang dah dapat..apa-apa call aku".

Dia tepuk bahu aku lembut sebelum bergerak.

" luq!! kalau kau tahu nie kerja sapa..please let me know!".

Dia tak balas apa yang aku cakap tapi aku tak risau langsung sebab aku tahu walau macam mana pun aku akan dapat tahu jugak.

Aku capai telefon yang aku baru beli waktu aku sampai sini tadi kalau aku guna telefon lama.. mesti MAX tahu.

" vie..".

" erh..lin !! kenapa ada something yang jadi ker dekat sana..Robert dekat London kan sekarang..babe?"

" datang sini..aku dah ada dekat sini Robert.. orang serang dia..dia dekat hospital sekarang.".

" ok..ok aku datang sekarang!! Lin thanks..wait for me k..jangan buat apa-apa lagi sebelum aku sampai sana".

Aku tak jawab soalan dia..dari dulu lagi vie tak minat dengan benda yang ganas-ganas ni..tapi dia tak pernah halang aku atau geng-geng hide yang lain untuk buat apa-apa tindakan..cuma kalau boleh dia nak pilihan yang lebih baik dari gunakan kekerasan..tapi jangan salah faham vie pun salah seorang dari orang yang suka fight dengan aku dan serius aku cakap dia bukan orang yang mudah untuk dijatuhkan..cuma mungkin tugas dia sebagai doktor ni dah pengaruh hidup dia untuk tak tonjolkan kelebihan dia.

" lin..kau ker tu".

Aku dengar suara Robert..aku pusing dan nampak dia tengah hulurkan tangan dia..tunggu aku pergi dekat dia.

" Robert kau dah ok ker sekarang..bagitahu aku ni kerja siapa".

" lin..kerja kau macam mana? "

Dah terbaring macam ni pun masih nak fikirkan tentang aku ker.

" ah.. kau lagi penting lahh Robert"

Dia ketawa sambil pandang aku.

" aku tahu aku lagi penting dari nyawa kau kan..haih aku terseksa betul waktu kau buat perangai hari tu..jangan buat macam tu lagi lin..".

Aku dah tak mampu pandang dia,entah aku pun tak tahu emosi aku cukup terganggu lepas Raikal dah tak ada.

" vie baru tahu..nanti dia sampai lah tu."

" mesti dia tengah kelam kabut nak sampai sini takut kau buat benda yang bukan-bukan".

Pintu bilik Robert tiba-tiba diketuk,aku pandang pintu tu serentak dengan dia..ada benda yang tak kena..nurse baru keluar tadi kalau nak kata orang-orang luq mustahil diorang takkan berani masuk..aku bagi isyarat pada Robert untuk dia berlakon tidur balik..dan aku bergerak perlahan-lahan dekat belakang pintu tu.

Pintu terbuka aku nampak bayang sorang lelaki..dia pakai topi badan dia tak besar sangat..dia masuk dan terus bergerak ke katil Robert..dia macam gelabah.

" apa aku buat ni.."

Aku tengok dia dari jauh dia tak perasan aku langsung..dia perlahan-lahan keluarkan picagari dari poket belakang.

Aku datang dekat dengan dia dan pegang kepala dia..dia cuba untuk lepaskan diri tapi aku sempat kunci leher dia..badan dia dah melutut tepi katil Robert.

" kau bergerak sekali jer lagi..kau mati!!"

" ok..ok!! ".

" throw it away!!"
Dia ikut arahan aku..dia lemparkan picagari tu jauh.

Aku tak tunggu lamaa..aku pulas leher dia arah bertentangan..buat dia pengsan..dan aku terus call luq.

" lin!! apa dah jadi ni..?".

Luq nampak tercunggap-cunggap..dia masuk bilik Robert dan periksa setiap bucu bilik tu..sebelum dia perasan ada lelaki yang tengah terbaring dekat atas sofa tempat aku tengah duduk sekarang.

" sapa dia ni?".

" luq!! kita kena bawak Robert balik rumah dia tak selamat duduk dekat sini..kau call vie suruh dia batalkan flight dia tunggu kita balik sana..kita bawak lelaki ni sekali aku nak tengok setan mana yang buat benda ni!".

Luq anggukkan kepala tanda setuju dengan keputusan aku..dan dia uruskan semuanya.

POV Dr.vie (Budapest)

" apa benda ni lin..ada orang tengah perhatikan kita ker sekarang?".

Lepas diorang sampai sini,keadaan jadi tegang..Robert terbaring,Luq dari tadi tak keluar dari gudang..mesti dia tengah soal siasat lelaki yang serang Robert semalam..aku pandang lin..dia dari tadi tak cakap apa langsung.

" lin.. jawablah.."

" vie aku rasa ada orang nak rebut kuasa Robert dia nak jatuhkan nama hide..kita kena hati-hati lepas ni ". Dia rapati aku dan bawa aku dalam dakapan dia.

Aku dah menangis dalam pelukan dia..aku tak nak hilang orang-orang yang aku sayang.

#gudang

" aku dah cakap !! aku tak tahu..bila aku sedar jer dari pengsan aku dapat satu panggilan dari sorang laki dia kata dia akan bunuh aku kalau aku tak ikut cakap dia.."

Aku masuk dalam gudang dengan lin dah dekat 3 jam luq tahan lelaki tu aku nak tahu apa yang dia dah dapat.

" macam mana?" (lin)

" aku rasa dia memang tak tahu lin..aku dah belasah dia teruk dia masih cakap benda yang sama..". ( luq)

" luq..Robert betul ker dah settlekan semua urusan dia dengan mafia-mafia tuh?." (lin)

" yes..aku yakin aku ada dengan Robert waktu dia bagitahu semua sekutu hide yang dia nak lepaskan hide..cuma yerlah orang-orang aku tak nak pergi so aku ambil diorang jadi pekerja dalam syarikat..tapi kalau betul ada orang nak hancurkan hide untuk kepentingan apa ?." (luq)

" ker..ada orang yang tak suka bila Robert lepaskan hide.."

Lin dan Luq serentak pandang aku.

POV Agent may

" agent may!! ..mana agent lin dia dapat task kat luar ker?"

" tak..dia ada urusan sendiri..nanti dia balik lah tu".

Aku pandang lis dengan muka dia yang serabai tu..apa dia buat tadi.

" erh..lis why you look so terrible now?".

Dia tengok atas bawah badan dia..pastu menyengeh tengok aku.

" mana ada..tadi saya berlatih dengan edward dekat dalam gelanggang tapi saya main tipu ni tengah lari dari dia lah ni..".

ok..patutlah,lama aku tak nampak dia berlatih..rindu pulak budak ni.

" erh..lis jom!".

" mana..no! no! kalau nak ajak berlatih,sorry k.. i'm tired already!!". Aku senyum tengok dia..budak ni.

POV Luq

Lepas puas aku fikir..aku rasa aku dah jumpa. Hari ni aku akan serang geng wild sebab dua hari lepas aku dengar ketua dia..martin ada sebut nak sailang tempat Robert..aku ada banyak orang dalam jadi tak pelik kalau aku boleh tahu.

" hye..luq jaga diri k..aku tak nak jadi orang yang kena rawat kau nanti and please jaga lin tu sekali,identiti dia tuh aku risau nanti orang tahu..".
Suara vie dalam telefon nie macam betul-betul tak senang duduk..aku pandang lin yang tengah tersengih, duduk tepi aku sekarang dalam kereta ni.

" yer sayang baik..kalau aku cedera aku tak datang jumpa kau lahh..aku suruh lin nie ja tolong aku..dah k jangan risau aku akan jaga dia lagipun dia takkan ikut aku masuk dalam tempat tu dia cuma tengok dari jauh dengan sniper dia tuh..sokay baby..".

Aku matikan panggilan telefon tu sebelum aku dengar suara lin ketawa mengilai tepi telinga aku.

" kau ni luq dari dulu lagi depan vie mesti cair hilang macho kau acah muka ganas tapi hati tisu.."

" erh..kau jangan mulakan lin aku nak save tenaga aku untuk martin ni..semak lah kau ni!!". Aku tak boleh ingat betul waktu mula-mula aku bagitahu vie yang aku suka dia..vie boleh cerita dekat lin haihh sampai Robert boleh tahu nasib Robert tak halang terus dia bagi aku jadi pengganti dia.

" k..dah sampai..turun!". Aku pandang lin yang tengah sarungkan hood hitam dia tuh.. dia turun dari kereta dengan beg sniper.

" careful luq.."

" baik..kau pon sama jangan sampai orang perasan kau..". Aku senyum pada dia sebelum aku bergerak ke tempat wild.

# gudang 'WILD'

Aku masuk dalam gudang wild guna pintu depan..orang-orang aku yang lain dah kepung tempat ni..buat masa ni aku rasa geng wild tak sedar yang aku nak datang.

Langkah pertama aku dalam gudang tu aku nampak martin dengan orang-orang dia tengah parti..elok sangat.

" wow!! kau parti tak ajak aku langsung kan martin apa ni kata nak sailang tempat Robert sepatutnya kau kenalah berkenalan dulu dengan orang-orang dia..haih kau ni!!". Aku pekik kuat suara aku sebelum keadaan jadi huru-hara.

Orang-orang dia yang tengah mabuk tu banyak dekat lantai lepas kena teruk dengan orang-orang aku..yang tinggal sekarang martin dengan 5 orang yang tengah protect dia.

Aku pandang martin yang tengah terbeliak mata dia tu. harh cakap gempak sangat..aku capai telefon aku dalam poket.

" erh..budak buas aku dah tinggalkan 5 orang ni..kau settle lah!!". Aku panggil lin budak buas sebab tak nak orang kenal dia.

Aku matikan panggilan dan buka kotak rokok aku hisap rokok dulu..sebelum aku nampak satu-satu orang dia tumbang sorang peluru tu lekat dekat kepala..dada mana lagi tah yang aku nampak sekarang martin jer yang menggigil sampai dah bercangkung dekat lantai tu.

" kenapa!!!kenapa kau hantar orang untuk kacau Robert?".

" bukan aku lahh!!".

" kalau bukan kau siapa yang nak bunuh Robert!!". Aku acukan pistol pada martin.

" ok!! memang!! memang aku buat deal dengan satu kumpulan ni dia kata geng hide dah berpecah dia bagi plan kat aku untuk cederakan Robert supaya mafia lain takut dengan geng aku..tapi aku tak tahu orang-orang hide masih ada.."

" kami akan sentiasa ada dan takkan pernah diam..kumpulan mana yang kau bagitahu aku ni?".

" kumpulan baru..3 roman!!".

Belum sempat aku nak tanya soalan yang seterusnya tiba-tiba ada satu peluru datang dan hinggap di kepala martin..tapi dari arah belakang..mustahil lin yang lepaskan tembakan tu mesti orang yang ada dalam gudang ni jugak.

" hurry !!!". orang-orang aku mula berlari ke tempat yang aku tunjuk ..aku capai telefon dalam poket .

" lin!!"

" kau dah terlepas dia dah lari..".

" tak guna!!...mesti ada orang dalam yang bocorkan hal ni!."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience