BAB 30 (ENDING)

Action Completed 6070

POV puan rin

Aku masuk bilik lia, dia tengah tidur atas sofa. Aku tahu apa yang jadi dekat PH tadi berat untuk dia tanggung sebab tu aku berdiri tepi lia tadi.

Aku duduk depan lia. Aku usap pipi dia lembut. Aku tak nafikan lia memang kuat..macam sani. Kalau aku dekat tempat dia aku tak tahu apa aku akan buat.

“ bonda..”. aku nampak mata lia tengah pandang aku.

Aku senyum pada dia. What a pretty eyes you have sayang.

“hai..”

“lia nak keluar dari MAX”

Aku mengaku aku tak terkejut bila dengar apa yang lia sebut sekarang. Aku dah jangka.

“bonda pun sayang..headboard dah setuju, bonda lepaskan jawatan sebagai ketua dekat sini..lepas ni bonda akan selalu ada dengan lia..dengan lis”

Lia tersenyum.

“i didn’t expect that to happen..”. kami sama-sama ketawa.

Dia turun dari sofa, bersandar pada aku.

“lia dah lama nak buat benda ni”

Aku cium kepala lia.

“don’t worry, lepas ni bonda akan selalu buat macam ni dekat lia sampai lia jemu..”.

“ but..bonda before we go I need to do this for the last time..”

Aku pandang lia. Ada lagi ka yang tinggal.

“ edgar..”

POV DR.RAFIQ

Aku buka ja mata dari tidur, aku nampak lin dah berdiri tepi katil. Tengah tersenyum.

“lin!”

Aku bangun dari katil, aku cepat-cepat sarung t-shirt yang ada dekat lantai. Biasalah aku tak tidur pakai baju.

“ raf..dah berapa hari kau tak tidur ni, kau berdengkur macam anak gajah kau tau tak”

Dia bergerak arah sofa depan katil aku. Aku sempat buat muka pada dia sebelum aku ikut dia duduk atas sofa tu.

“saya ada..”

Belum sempat aku habiskan ayat aku dia dah jeling aku tajam. Oh aku lupa.

“saya lagi, aku tak selesa lah kau ni, panggil aku kau dah la..aku keluar dari sini kang!”

“sorry! Sorry! Kau ni sesitif la..tak semalam aku ada meeting sampai pagi, itu yang aku balik bilik pagi tadi nak rehat..kau kenapa ni datang bilik aku?”

“ aku sebenarnya..nak bagitahu kau ni, kan kita dah janji sebelum ni kalau aku nak buat apa-apa aku kena bgitahu kau kan..so aku nak bgitahu kau malam ni aku nak..”

“iya..baik kau nak apa..”. sementara tunggu lin teragak-agak nak bagitahu aku, aku sempat lagi menguap.

“ aku nak bunuh edgar”

“ harh!!” mata aku terbuka luas, hilang semua penat aku.

“ aku bukan datang sini nak minta kebenaran kau pun, kau bagi ka tak aku tak kisah pun aku tetap akan buat juga, tapi dah aku janji kan jadi aku datang nak bagitahu kau je lah..”.

Dia bangun nak keluar dari sini. Jap, otak aku macam tak boleh nak hadam. Tapi sebelum sempat dia buka pintu untuk keluar aku sempat tarik tangan dia menghadap muka aku.

“kau serious ka lin? Kau dah jumpa dia ka?”

Aku pegang tangan dia.

“ hurm..aku dah lama sebenarnya tahu lokasi dia cuma aku ja yang tak tahu nak buat apa waktu tu, tapi sekarang aku rasa dia dah melampau..aku cuma tak nak ada orang lain yang jadi mangsa dia macam kita kena..”

Dia tundukkan pandangan dia dari mata aku. Dia ni suka buat aku serba salah.

“ lin look at me”.

Dia pandang aku.

“ fine..aku takkan halang kau pun, aku bangga dengan kau..kau buat bukan untuk balas dendam tapi kau nak halang dia untuk kepentingan orang lain, aku sokong kau untuk tu tapi..tolong fikirkan puan rin, lis dan aku setiap kali kau nak buat apa pun, bayangkan apa yang kami akan rasa kalau kau bahayakan diri kau lagi, so please be careful okay sayang..”

Dia tayangkan senyuman manis dia tu pada aku. Cair lah.

“ kau suka bahagian mana?”

Aku angkat kening.

“bahagian dari apa?’

“ badan manusia lah! Takkan bahagian tanah kot”

Eh, minah ni.

“ cepat lah..raf, luq tengah tunggu aku ni”

“ hurm..abs, why? Kau nak buat apa?”

“tak ada apa..”. terus dia keluar dari bilik aku.

POV LIN

Aku masuk dalam kilang kayu ni, tadi luq cakap semua dah settle tunggu aku ja.

“luq!” dia ada dekat hujung gudang tu tengah hisap rokok.

“ eh! Sewel..cepat lah sikit”

Aku senyum pada luq.

Jujur, aku cuba sebaik yang mungkin sekarang untuk kosongkan fikiran aku.

Budak luq buka pintu bilik tu, aku masuk dengan senyuman.

“edgar!” (luq)

Dua hari lepas, aku yang minta bantuan dari luq untuk tangkap edgar. Aku kena selesaikan dia sekarang sebelum dia jumpa sekutu baru dan buat hal lagi.

Edgar buka mata, badan dia sekarang dah terikat dekat atas kerusi.

“kau rupanya” (edgar)

Dia senyum sinis.

“even dalam keadaan sekarang pun kau still boleh buat muka macam tu kan?” (luq)

“ kenapa kau nak bunuh aku?mampu ka” (edgar)

“ luq..tolong keluar”

Luq cuma ketawa.

“habis lah kau, selamat jalan” (luq) dia keluar dari bilik ni sambil ketawa.

“sekarang tinggal aku dengan kau ja..”

“kau nak belasah aku? Larat ka?” (edgar)

Aku duduk bercangkung depan dia, aku pandang dia lama.

“ duit? Sebab tu kan ? itu ja kan alasan kau?”. Dia ketawa. Kuat.

“ maksud kau alasan aku letupkan kereta robert dan aku hancurkan badan tuan raikal dalam bangunan tu?”

#pruff

Satu peluru dah singgah dekat lutut kiri dia.

Dia melalak macam orang gila, darah dia dah terpercik pada sweater aku.

“bukan aku yang mulakan semua ni edgar, jangan pernah lupa aku pernah jadi sebahagian dari hide! Aku pernah buat kerja kotor yang jauh lebih teruk dari kau!”

Dia ketapkan bibir. Tengah tahan sakit.

“kenapa kau dah nak nangis ka?”

“sial! Kalau kau nak bunuh aku, bunuh ja lah! Jangan seksa aku!”

Aku tarik rambut dia, dan aku lepaskan satu lagi peluru pada bahu kanan dia.

“aku kena seksa kau edgar..aku kena! Kalau tak aku tak boleh tidur malam”. aku ketawa macam tak ingat dunia bila aku nampak air mata dia jatuh.

“maafkan aku! Maafkan aku lin!!!”

Perkataan maaf dia buatkan aku tersedar.

“ macam mana aku nak maafkan kau!! bagitahu aku kau mampu ka maafkan orang yang dah bunuh orang yang kau sayang!! mampu ka!?”

Aku lepaskan lagi satu tembakan pada bahu kiri dia. Bilik ni dah penuh dengan darah.

“ itu dari vie, dia kata dia suka bahu”

“tolong..aku lin..aku ada anak, kesian kan dia”

Badan dia dah lemah.

Aku tunduk dan pandang mata dia.

“kau patut fikir benda yang sama pada keluarga yang dah jadi mangsa tamak kau edgar..bukan sekarang baru kau nak sedar..dah lambat”

Dia pandang aku. Air mata dia jatuh. Hati aku dah cukup keras untuk rasa semua simpati kau.

#pruff

Peluru tu dah terbenam pada perut dia.

Darah tersembut keluar dari mulut dia.

“tu dari rafiq!”

Dah sampai masanya.

“untuk tenangkan kau, anak dengan isteri kau kumpulan hide akan sara diorang sampailah diorang mati, aku sendiri yang akan turun kalau ada orang cuba nak kacau diorang..aku janji!”

Dia senyum pada aku.

#pruff

“ini dari aku!” satu peluru berbenam tepat pada kepala dia.

-1 year later-

POV LIS #london

Aku turun dari bilik. Bonda dengan kak lia ada dekat dapur tengah siapkan makan malam.

Aku bergerak perlahan-lahan arah bonda.

Niat aku nak kejutkan dia. Untuk percubaan kali ke-55 ni aku harap berjaya sebab..

“ elissa! I know you are there” (bonda).

Sebab aku tak pernah berjaya sekali pun untuk kejutkan bonda.

“lis, kau lupa ka bonda ni sapa?” (kak lia)

“apa pulak!” aku tarik muka tapi aku still peluk badan kak lia.

Aku dah jadi cukup manja lepas keluar dari MAX, not much..not so extreme like before, hidup kami dah berubah just a small house for three of us, bonda jadi pensyarah dekat universiti area rumah kami, kak lia jadi student dekat sana and aku still dalam high school. A very popular girl actually.

“kau lupa ka bonda pernah jadi ketua MAX, puan rin tapi..sekarang” (kak lia)

“ dah jadi madam rin!” aku ketawa terbahak-bahak. Bonda pusing pada aku, renungan mata dia yang tajam tu still ada ya, aku tegaskan still ADA walaupun sekararang bonda tengah senyum.

“ sudah..pergi sediakan meja makan” (bonda)

Aku lepaskan pelukan aku pada kak lia dan aku bergerak arah meja makan.

#ting

“coming..” aku bergerak arah pintu.

Aku buka pintu dan aku nampak dr. vie dengan luq.

“hye!” (vie)

Aku menjerit satu rumah bila nampak dr.vie, mana tidaknya sejak aku jadi student ni banyak soalan killer tu aku minta dr.vie yang selesaikan. Senang hidup aku.

“look whose coming!” aku peluk dr.vie tak lepas. Dia pun aku dah anggap macam keluarga.

“uwah!” kak lia muncul dengan senduk dekat tangan dia.
“sayang kita salah rumah ka? Biar betul lin yang kita kenal bawa senduk sekarang ni?” (luq)

Kami sama-sama ketawa bila kak lia baling senduk tu kena tepat pada perut luq. Senak dah aku rasa tu.

“hye guys” (bonda)

“bonda..miss you!” (vie)

Bonda peluk dr.vie erat.

“ luq! Why makin kurus?”(bonda)

“oh! Bab tu mesti lah sebab dia busy prepare untuk propose kak vie kan?”

Luq cepat-cepat tutup mulut aku.

“mana ada bonda..busy sikit kali ni tak sempat nak makan” (luq)

Sekarang baru aku sedar aku dah terlepas cakap, mata kak lia sekarang macam nak sepak aku keluar rumah.

“ jom! Makan!” (kak lia)

Aku peluk luq kuat. Kalau kena baling apa-apa sempat la aku elak biar luq yang kena dulu.

“lis..” luq ketap gigi dia.

“sorry”.

Memang ikut plan, hari ni luq akan propose kak vie. Semalam kak lia ada bagitahu aku. Tapi biasalah mulut aku ni.

-----------------------------------------------

POV DR.VIE

“banyaknya bonda masak hari ni?”

“iyalah, anak-anak bonda nak datang kan hari ni” (bonda)

Semua dah siap sedia untuk makan.

“hye..wait jangan makan lagi, ada lagi makanan dekat dapur.” (lin)

Aku letakkan semula sudu aku. Terbatal niat aku nak makan, si lin ni ada ja. Tak boleh ka aku makan ja nanti-nanti pun kau boleh ambil kan.

Tiba-tiba, keadaan jadi gelap gelita. Satu rumah gelap.

“lin!..asal ni?”

Aku raba kerusi tepi aku, tak ada, mana si luq ni tadi diam ja duduk sebelah aku.

“luq!”

Aku dapat rasa ada benda tak kena, aku keluarkan pisau yang aku sembunyikan dalam boot, aku memang dah standby dari awal kalau situasi tak menyenangkan berlaku.

“lis! Bonda!”

Still tak ada.

Aku mengundur ke belakang perlahan-lahan, ni mesti dah kena ambush.

Langkah aku terhenti bila aku rasa ada sesuatu belakang aku.

Alu libaskan pisau tu ke belakang.

“no way!” tu suara luq.

Lampu terbuka.

“vie! Why..” (lin)

Depan aku sekarang, jambangan bunga ros yang luq pegang dah tinggal batang, bunga ros yang lain dah bertaburan atas karpet.

Awhh, I get it now!.

“no..”. luq dah terkaku dekat situ. Mata dia tak beralih dari bunga ros tu.

“ really don’t expect this..” (lis)

“ awh..I’m sorry!” aku peluk luq.

“ don’t give up luq! You still have a chance” (lin). aku dengar lin ketawa dekat belakang.

Aku ambil jambangan bunga ros..hurm batang bunga ros tu dari tangan luq.

“ awhh..luq..” air mata aku meluncur laju. Aku paksa sebenarnya air mata aku turun, untuk realistic kan keadaan sekarang dan pastikan luq tak terasa.

Luq tiba-tiba ubah posisi dia kepada “man propose” macam dalam drama tu.

Dekat belakang aku, suara-suara tengah bersorak semakin rancak. Paling jelas aku dengar suara lis.

And then..that’s it, dah lama aku tunggu moment ni sebenarnya. Lepas setahun baru dia nak buat. Sigh.

“ vie, aku dah pernah sayangkan kau sebelum ni, dan sampai detik ni aku masih sayangkan kau..dan untuk nanti aku akan tetap sayangkan kau, aku dah janji dengan robert aku akan jaga kau lebih dari nyawa aku sendiri, I will always there no matter what and aku nak pegang janji aku pada lin sampai mati untuk bahagiakan kau..so babe kau sudi ka terima aku jadi housemate kau like forever and ever?” (luq)

Kali ni, air mata aku yang turun mencurah-curah bukan lagi aku buat-buat. It’s real. Aku tak sangka kata-kata ni akan keluar dari mulut luq.

“ absolutely dear..”.

Aku tunduk dan peluk luq erat.

Dia sarungkan cincin pada jari aku.

“ you like it?” (luq)

“ I love it luq…”

Luq cium dahi aku.

“ dah..jom makan aku dah lapar!”(lin)

POV LIN

Aku baru tarik kerusi nak sambung makan.

“lin”. (luq)

Aku pandang dia.

“ aku pun ada surprise untuk kau..”

“maksud kau?”.

Luq dengan vie sama-sama senyum. Luq keluarkan telefon dan call someone.

“ they will arrive soon” (vie)

-------------------------------

Aku berdiri tepi bonda gelisah.

#ting

Loceng dah bunyi, ada orang dekat luar..semua mata tengah pandang aku sekarang. Aku tahu diorang nak aku yang buka pintu,tapi macam pelik sangat ni.

Aku buka pintu perlahan-lahan.

“ wakanda!!!”. suara ni.

“ mia!!”. aku menjerit saru rumah.

Dia dah berlari peluk kaki aku.
Jane dengan jimmy senyum pada aku.

Aku pusing pada luq dengan vie. Diorang just senyum.

“ she really miss you lin”. (jane)

Aku sebak bila pandang mia. Dia dah sihat. Senyuman dia yang manis tu buatkan aku ketawa dan menangis dalam masa yang sama.

“sayang..mia dah sihat?”

Dia tak lepaskan kaki aku.

“i want to sleep with you tonight” mia dah merengek.

Dah lama aku nak jumpa mia.

“yeah..sure,sayang”

----------------------------------------------------------

POV LIS

“excuse me”.

Kak lia pandang aku tak lepas dengan senyuman dia yang creepy tu. aku nak jawab panggilan telefon ni pun rasa cemas.

“jangan pergi jauh sangat” (kak lia)

Aku senyum pada dia, aku bergerak ke halaman belakang.

“hye..”

“lis! Aku just nak explain dekat kau apa dah jadi tadi, aku tak bersalah okay..ely yang post gambar tu bukan aku yang post..dia crop gambar kita dekat beach hari tu, sumpah aku tak suka dia! Aku sayang kau!! sumpah!”.

Mood aku tiba-tiba berubah. Suasana malam ni dah bertukar macam dekat gunung sahara pula.

Aku tutup panggilan ed. Aku cepat-cepat buka instagram, aku nampak post ely.

“dia crop gambar ni!”.

Perempuan ni memang dah gila!. kau tak tahu ka edward tu aku punya!.

Yes, he keeps his word!..even after aku keluar dari MAX, edward tetap jadi guardian aku dan dia tetap dalam tugasan tu untuk sepanjang hidup aku.

Itu kata dia lepas aku tangkap dia tengah awasi aku waktu pindah sini dulu.

Jadi! Perang. Itu yang aku tahu.

Ely vs lis!. konfem.

---------------------------------------------------------------

POV Rafiq #library

Aku nampak dari jauh, lin tengah busy study. Muka dia nampak lain dengan kaca mata bulat tu.

Aku tarik kerusi perlahan-lahan, dan aku duduk depan dia. Dia tak sedar lagi rasanya.

“ sayang..”

Dia pandang depan.

“ raf..mana kau hilang, lama kau tahu tak aku tak jumpa kau..”. (lin)

Perwatakan dia pun sekarang dah lain. Siapa ja yang sangka dia akan cakap semanja ni. Agent lin.

Aku tersenyum sendirian.

“why..muka aku ada dakwat pen ka?”

“ha..ah, meh sini aku sapu”. dia biarkan tangan aku sentuh pipi dia.

“dah”

“dah hilang ka?”

Aku anggukkan kepala.

“jom, coffee” (lin)

Aku senyum. Dia bangun, masukkan semua barang dalam beg dan dia hulurkan tangan kanan dia pada aku.

Tak kisahlah agent lin yang dulu atau lin yang sekarang. Aku tetapkan sayangkan dia. Takkan pernah penat.

Aku sambut tangan dia..dan aku genggam erat. Aku takkan pernah lepaskan tangan dia lagi.

- THE END-

00:05 a.m (ahad) 4/10/2020

p/s: thanks for everything, i'm done..do leave a comment for me??

this will be my first novel.. i do love doing this, novel ni memang ambik masa yang lama sngat utk disiapkan, but i really satisfied

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience