BAB 23

Action Completed 6070

POV Dr. vie

" kau rasa plan nie akan berjaya?".

Aku pandang Luq..dia tengah siapkan barang untuk serang markas 3 Roman malam ni.

" aku yakin dengan dia..kau tu duduk sini jangan kisahkan aku kalau jadi apa pun! ingat pesanan lin and make sure beware aku tak nak apa-apa jadi kat kau"

Tangan dia sekarang dah terangkul kemas dekat pinggang aku.

" yer aku tahu..tapi macam mana pun aku nak kau balik luq! aku tak sekuat lin.."

Dia bawa aku dalam pelukan dia, lepas tu kami bergerak ke tempat masing-masing.

Luq akan serang club 3 Roman dengan konco-konco dia..tapi kali ni yang pasti bukan libatkan kumpulan hide saja tapi semua kumpulan yang berdendam dengan 3 Roman, tugas aku macam biasa tunggu dalam markas hide untuk bantuan kecemasan, sebab kalau apa-apa sekali pun yang berlaku kami tak boleh pergi hospital..takut musuh buat undercover dekat sana.

Walaupun tengah drive, otak aku asyik fikir pasal lin, aku tak sangka rupanya bangunan yang kami kepung tadi tu perangkap, aku hampir-hampir nak bunuh Jimmy tadi maklumat yang dia bagi ni buatkan nyawa semua orang dalam bahaya tapi nasib dia cerita benda yang betul. Jimmy selama ni memang dapat arahan untuk dekat dengan kumpulan hide kononnya jadi mata-mata, tapi nasib dia sedar diri..dia tak sanggup tikam belakang lin. Aku ingat lagi pesanan lin lepas dia buat keputusan untuk masuk perangkap MAX tadi.

" kalau kau nak aku bahagia please lepaskan aku kali ni ".

Sebab dia tahu aku tak setuju dengan idea dia kali ni, dia nak korbankan diri dia semata-mata untuk sedarkan orang lain. Dia sanggup serah diri pada MAX kena tuduh jadi pengkhianat untuk dapatkan orang yang plan untuk bunuh Tuan Raikal dan Robert..dan dari maklumat yang Jimmy sampaikan, orang yang buat semua ni datang dari orang yang sama, and aku yakin sangat lin tahu siapa orang tu cuma dia tak nak libatkan kami.

Aku harap dia selamat.

Pov Puan Rin

" apa plan kau!"

Mata aku tak boleh pandang tempat lain selain dari lin. Apa yang dia buat sekarang dah cukup buatkan aku lupa diri.

" jawab soalan aku! kenapa aku nampak muka kau kat situ tadi! apa kau dah buat!"

Dia tak jawab apa-apa, cuma aku geram dengan senyuman sinis dia sekarang. kau memang cukup berani boleh pandang mata aku sekarang budak.

Aku bangun, tolak meja ke tepi aku hempuk kerusi ketepi, aku keluarkan pistol dan sumpah kalau may tak masuk dan halang aku..hidup dia akan sia-sia dekat sini jugak!.

" puan! please!" (agent may)

Aku tolak badan may dan sekarang aku berdiri betul-betul depan lin..aku cekak baju dia.

" aku nak tahu kenapa budak ni boleh buat semua benda ni! selama ni kau cuma berlakon lah! selama ni aku letakkan nyawa anak aku dekat kau! rupa-rupanya kau orang yang paling nak anak aku mati kan! kenapa!! jawab! kenapa kau tikam belakang aku!"

" anak puan yang mana puan maksudkan ni?"

#pap

Pov Agent May

Apa yang lin cakap betul-betul buat Puan Rin marah..aku tengok lin dah terbaring dekat atas lantai lepas kena penampar dengan Puan Rin.

" apa maksud kau!" (puan rin)

Lin bangun dan lap bibir dia yang berdarah.

" puan sepatutnya lebih tahu mana satu anak puan yang sebenarnya".

Puan Rin pandang dia lama sebelum dia keluar.

Pov Dr.rafiq

" lis..apa yang dah jadi ni?"

Aku tanya soalan ni sambil sapukan ubat pada tangan lis..ni mesti bekas dia kena ikat tadi.

" i don't really get it..macam mana saya nak bagitahu ?".

Dia tak pandang aku tapi aku still boleh nampak mata dia berair.

" it's okay". Aku tarik dia dalam pelukan aku..saja nak tenangkan dia, sedangkan hati aku sendiri berkocak nak mati bila dengar lin buat macam ni.
Pov Lia

" macam mana sekarang ni?".

" just follow the instruction!". ( miss alexandria)

" aku yakin lah dia dah tahu!"

" diam laaah!".

Perempuan ni keluarkan telefon dan buat panggilan, aku macam boleh agak ja siapa dia nak call ni.

" kena serang!".

Tu ja ayat yang aku dengar dari dia, lepas tu dia matikan telefon.

" buat apa yang kau patut buat sekarang!". (miss alexandria)

POV agent lin.

Aku duduk sambil sandar dekat dinding. Aku rasa luq dah serang kelab tu..ahh aku harap dia selamat.

seketika aku nampak pintu bilik dibuka..lia.

Dia berdiri 2 kaki dari aku..aku pandang dia dan dia pandang aku, aku bangun dan berdiri depan dia.

" lin..kau.."

" edward! dia adik kau kan, kau ada dekat sini sebab dia ..kau nak selamatkan dia "

Mata dia bulat pandang aku.

" macam mana.."

" pagi esok nama kumpulan 3 roman akan hilang dari muka bumi ni."

" lin.."

Badan dia terketar, macam tu jugak dengan aku. Dia pegang tombol pintu. tapi aku sempat pegang lengan dia.

" kau cuba untuk selamatkan dia,yes betul aku tak kata salah tapi pilih cara yang betul bukan dengan cara ni Esme! cara kau buat ni boleh korbankan nyawa orang lain dan benda tu salah..tambah-tambah lagi orang tu adik aku sendiri! please aku tahu kau cuma mangsa keadaan sama macam aku juga but atleast thinks wisely"

" kalau kau dah tahu! kenapa kau nak rahsiakan semua ni! kenapa?".

Aku tak mampu untuk jawab soalan dia.

" tepat pukul 6 pagi esok, Puan Rin akan keluar dengan suitcase yang ada maklumat tentang identiti headboard, dan itu apa yang ketua 3 roman nak!
aku tak tahu kenapa kau tak nak bagitahu benda yang sebenar dekat dia tapi aku tahu dia baik aku tak nak dia mati tanpa kenal siapa anak kandung dia yang sebenarnya..so kalau kau mampu lin, save her!".

Pov Agent lis

" you will be fine right?" (dr rafiq)

Aku pandang dia, sekarang aku dengan dia tengah berjalan arah bilik tahanan agent lin. Aku nak tanya dia sendiri apa yang berlaku.

Bila aku sampai aku nampak 2 orang pengawal tengah berdiri dekat luar, mungkin bonda nak bilik dia dikawal rapi.

Aku sampai depan pintu dia dan bila aku buka. Aku nampak 'kosong'.

Mana dia pergi!

Aku masuk dan dalam waktu yang sama aku tak sedar dia tengah tunggu belakang pintu.

Dia sentak lutut aku dan ambil pistol, dan dia acukan pada Dr rafiq.

" agent lin!!"

Aku cuba dapatkan balik pistol aku tapi aku tengah berhadapan dengan orang yang train aku sendiri..takkan mudah.

" ikut aku!" .

Dia jalan keluar dari bilik, 2 orang pengawal tadi pun tercenggang dengan apa yang berlaku sekarang.

" apa kena dengan kau ni lin!! kau ni siapa yang sebenarnya arh!" (dr.rafiq)

Agent lin berhenti bergerak. Nafas aku turun naik sekarang. Aku cuma dengar salah seorang dari pengawal tu dah keluarkan kod 1. Bila kod ni keluar means sesiapa ja boleh lepaskan tembakan pada dia.

Pov Jimmy

Aku buka pintu bilik jane dan aku nampak dia tengah tidurkan mia.

" hye.." ( luq)

Aku toleh dan nampak dia tengah hisap rokok.

" macam mana..dapat?"

" tak..orang tak guna tu sempat lari tapi thanks sebab maklumat kau semua budak-budak dia kena cekup".

" memang binatang lah aku kalau aku tikam belakang agent lin sedangkan dia dah selamatkan nyawa anak aku luq..tapi dia macam mana sekarang, takkan kau tak dapat apa-apa maklumat tentang keadaan dia?".

" kau tak kenal budak tu macam mana, susah si lin ni dia tak nak aku masuk campur urusan dia..dia kata dia nak settlekan sendiri lepas aku serang kelab 3 roman tu"

" aku cuma harap mia dapat tengok dia lagi sebab pagi tadi mia bangun ja dari tidur terus cari dia".

Kami dua-dua tersenyum.

Pov agent lin

Aku tersentak bila dengar apa yang rafiq cakap.

"aku menyesal kenal kau lin!" (dr.rafiq)

Depan mata aku sekarang ada agent may, andrew semuanya ada, tengah acukan pistol pada aku.

Aku dekatkan mulut pada telinga rafiq sebelum tembak lampu koridor bilik tu dan masuk lif yang baru terbuka tu, thanks to riddlle sebab dia tolong aku tepat pada masanya.

Aku sampai tempat parking, ada 3 orang tengah tunggu aku dekat situ, aku dah tak ada masa.

" agent lin!! here!"

Aku pusing dan aku nampak kyle dekat belakang tembok.

Aku lari arah dia tanpa ada orang sedar.

" let me handle from here!" (kyle)

Bunyi enjin kereta Puan rin buatkan dada aku makin sesak sekarang.

"go!go!" (kyle)

Dia tolak badan aku sambil dia lengahkan 3 orang pengawal tadi.

POV puan rin

Aku tutup pintu kereta dan tiba-tiba aku rasa ada orang dekat belakang tengah acukan pistol .

Aku tengok cermin belakang..macam yang aku sangka.

" stop the car now!"

" buat apa yang kau nak buat, aku tetap akan pandu kereta ni"

" jangan cabar aku!".

Suara dia terdesak sangat..dia takkan tarik picu tu. buat la apa yang kau nak suitcase ni perlu sampai dekat airport jugak.

"aku tengah buat la ni..". Aku tarik handbreak dan pandu kereta macam biasa.

Aku keluar dari MAX dan masuk highway untuk sampai ke airport. Aku jeling cermin belakang, dia dah tak acukan pistol pada aku..dia cuma duduk dan pejamkan mata.

" bagitahu aku lin kau buat semua ni untuk siapa? raikal?"

Dia buka mata dan betulkan kedudukan dia.

" aku buat untuk orang yang aku sayang..aku nak lindungi dia.."

" fine..tapi aku yakin lepas ni kau takkan dapat tengok orang yang kau nak lindungi tu lagi..but before apa-apa jadi dekat kau..aku nak tanya?".

Dia pandang aku.

" macam mana kau tahu dia bukan anak aku?"

Pov agent lin

Dia dah tahu!

Aku senyum.

" kenapa aku rasa kau ni.."

Belum sempat dia habiskan ayat dia..tiba-tiba ada satu kereta muncul dari tepi dan dia baling gas pemedih mata dekat tingkap puan rin.

Kabur..aku tak mampu bernafas dengan baik, kereta berhenti bergerak.

" puan.."

Aku cuma dengar suara batuk puan rin. aku cuba tendang pintu, tingkap tapi macam ada orang halang dari luar.

Aku buka jaket dan cover hidung, cuba untuk cari oksigen yang ada.

Aku pindah ke tempat duduk tepi puan rin..dan aku letakkan jaket aku pada muka dia.

" breathe.."

Asap makin banyak..aku dah tak mampu nak bernafas. Nafas aku turun naik..arh.

-kelam-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience