BAB 8

Action Completed 6070

POV Agent lin. .(BUDAPEST)

" Robert.. ". itu nama yang pertama sekali keluar bila aku sampai dekat sini.. gudang yang terbiar dipenuhi lalang yang bercabang..bercambah, persis perangai ketua-ketua kumpulan kongsi gelap ni. Penuh dengan perjanjian palsu.. tapi bukan pada robert.Sekali dia berjanji seumur hidup dia tepati.. itu aku berani jamin dengan nyawa aku sendiri.

Ini bukan kali pertama aku jejakkan kaki aku dekat tempat ni dah lebih beratus kali sejak umur aku 6 tahun. Tempat ini dikawal rapi oleh konco-konco yang sanggup mati untuk pertahankan empayar dia.. sarang kumpulan hide..tak siapa pun tahu kecuali ahli yang terdekat.

" masuklah, tingkat 2 dia tengah tunggu kau tu.. ". Aku cukup kenal suara serak-serak basah tu.. Luq.. Aku pusingkan kepala ke kanan dan aku nampak dia tengah berjalan arah aku.

Aku buka kaca mata hitam yang aku pakai dari tadi sambil lirikkan senyuman yang sedang pada luq.

" susah sangat ker kau nak reply mesej aku, jawab call aku lin.. dah lebih ketua gangster dah aku tengok kau ni.. ". Bebel luq yang entah apa-apa.. bising betul dia ni, tapi kalau bab pukul orang settle bila ada dia.

" robert macam mana..?". Soal aku inginkan kepastian dari khabar yang aku dengar.

" dia sihat bila kau nak datang hari ni..tapi kalau hari sebelum-sebelum ni dia tak keluar bilik pun..aku risau dengan kesihatan dia, dr.sue ada datang haritu dia cakap robert tertekan..sebab tu darah dia naik dan kesihatan dia terganggu.."

Aku larikan anak mata aku ke bawah bila luq cakap macam tu..aku tahu kenapa robert macam tu.

" pergilah jumpa dia dah berapa bulan kau tak jumpa dia..tapi tolong aku kali ni ..tolong jangan nak bertekak dengan dia lagi,ikut jer lah apa yang dia nak,kau tau kan apa yang dia nak selama ni..?". Aku malas nak dengar sambungan dia tak habis-habis nak berleter..merapu.

" woi dengarlah dulu!..". Dia lari kejar aku dari belakang ..sampai di anak tangga yang terakhir , kaki aku dah berat untuk melangkah..aku nampak robert tengah berdiri menghadap tingkap.

" kau sihat..?".dia dah tahu aku kat sini..kalau dah nama robert kan,dia kenal aku sejak aku kecik lagi, dia yang ajar aku macam mana nak berlawan,dia tempat aku bergatung nasib waktu tu.

Luq berhenti di belakang aku sama dengan mulut dia. Siapa yang berani bersuara bila berhadapn dengan robert, aku bergerak arah robert perlahan-lahan cuba mencari ruang untuk bertenang sebaik mungkin.

" jangan mulakan robert,empayar kau dah nak jatuh..semua masalah yang babitkan kau dengan scorpio dah timbulkan isu..aku tak nak tengok kau kena macam dia.".

" engkau masih tak percayakan aku ker budak?".

Aku diam membatu.. membisu.. terkedu.

#THROWBACK..

Kelopak mata yang berat aku buka perlahan-lahan..argh aku tertidur ker bukannya aku tengah.. alamak.. ni sah kesan ubat yang aku makan semalam.

" agent lin..dah bangun..". lembut suara tu menjengah ke telinga aku.

Aku palingkan muka aku ke kiri dan aku nampak kyle tengah duduk atas sofa..kenapa dia kat sini.

" maafkan saya sebab dah masuk bilik ni tanpa kebenaran agent lin dah 2 jam saya kat sini sebenarnya..saya nak bagitahu ..". ujar kyle, agent yang sama department dengan aku merangkap agent jagaan raikal..si junior ni la yang selalu jadi balachi yang sanggup hantar makanan depan pintu bilik aku acah-acah aku tak tahu sapa yang suruh dia buat semua tu.

" kenapa kyle..tuan raikal dah balik ke belum ?..dia tak cederakan..what is it kyle..?". melihat dari riak wajah kyle yang tak senang duduk dari tadi buatkan aku turut sama tak senang duduk..aku sentuh lembut balutan yang menyembunyikan rasa sakit yang berbekas di perut aku dari semalam.

Aku bangun dari katil dan berdiri menghadap kyle..

" i believe you are strong..and i know i'm not wrong right?".

"tuan minta saya bagi cincin ni dan dia cakap.."

POV Tuan raikal...(2 jam sebelum raikal menaiki helikopter..- gelanggang bawah tanah- ).

" kyle cakap pada dia aku minta maaf sebab selama ni aku tak pernah buka mulut untuk luahkan segala perasaan aku pada dia.. tapi aku tahu aku takkan mampu untuk bersama dia sebab tugas yang aku pikul selama ni.. jadi kyle aku nak kau pesan pada lin supaya.. "

POV Agent kyle..( di bilik rawatan agent lin)

" supaya agent lin tetap bertahan walau apa sekali pun yang akan berlaku sama ada waktu tu dia mampu untuk genggam tangan agent lin lagi atau pun tidak..dan dia nak agent lin jangan pernah sesekali tanggalkan cincin ni sampai lah ada lelaki lain yang sarungkan cincin lain pada jari agent lin..dan.."

Walaupun aku tak ada dalam situasi agent lin tapi aku tahu macam mana beratnya hati dia sekarang..even aku pun dah sebak tambahkan lagi dia.

" pengecut..!..".

Tangan yang dari tadi menyentuh balutan di perutnya kini sudah melekat di dada..dia cengkam kuat baju tu.

" mana dia kyle..mana dia..!".

Suara agent lin bergema di segenap bilik..lama dia ajukan soalan tu pada aku tapi aku tak mampu..dia lari arah pintu cuba nak cari tuan raikal mungkin..patut ke aku halang dia.

Sebaik sahaja pintu itu dibuka langkah kaki agent lin berhenti.

" lin..". ucap alysa lembut sebagai pegawai atasan MAX yang menjaga keselamatan VVIP..dia tengah berdiri di hadapan agent lin dan perlahan-lahan tubuh agent lin dia peluk erat.

" aly..ini bukan macam yang aku fikirkan..tak..tak mungkin kan aly..?"

" i'm sorry lin but pihak atasan dah isytiharkan kematian raikal..bangunan tu ada bom lin..dia berjaya selamatkan saiful dan kim tapi dia tak sempat keluar..semua orang tengah terkejut lin.. but he did it lin ! mission kau dah berjaya budak tu dah selamat sekarang..".

POV alysa

Jujur aku cakap selama aku bertugas dalam MAX , ini kali pertama aku hadapi situasi macam ni dan ini kali pertama aku nampak lin titiskan air mata dia.

" dia sepatutnya tunaikan janji dia aly..dia sepatutnya balik pada aku..but why ! why ! ".

" hye..hye..lin enough..you are strong remember.. kau kena move on..dia dah laksanakan tugas dia.."

" sapa yang buat semua ni..aly?". Keras nada lin.

"bilik operasi tengah siasat kes ni, we will get the information soon..lin"

3 hari kemudian.. ( di bilik soal selidik AKA bilik cermin gelap).

POV AGENT LIN

" agent lin..ni antara konco yang kami berjaya tangkap dari kumpulan black..dan dia kata dia kenal agent lin...". terang detektif pasha salah seorang member MAX di area timur tengah.

" thanks pasha.. let me handle from here.. ".

Aku tarik tombol pintu yang digelar cermin gelap ni dengan perlahan-lahan..nama bilik ni jarang dibawa keluar , pada dasarnya bilik ni berbeza konsep dengan bilik-bilik yang lain..yang ada meja dan kerusi tapi tak untuk bilik ni ..nothing..kosong..dan pada dinding dia pula ada pelbagai jenis senjata baik dari pisau sampai ke senapang..dan yang paling penting orang dekat luar takkan tahu apa yang berlaku dalam ni.

" agent lin..wow dah sihat ke bukan kau baru lepas kena tembak kan..but by the way kau boleh panggil aku raikal..hah sama dengan nama kekasih kau kan..".

Kau ingat aku tak kenal lelaki macam kau..cakap besar tapi dalam hati. Aku senyum pada dia sambil aku sandarkan belakang aku pada pintu.

" siapa orang tu..?"

" cantik kau ni kan..".

" fine.. aku tak nak kotorkan tangan aku hari ni.. tapi let see, kau ada anak perempuan kan, umur dia baru sebulan macam mana kalau aku..tapi kau kenal aku kan..means kau tahu aku antara agent yang siasat kes budak hilang and something like that .. jadi whynot kali ni aku tukar kerjaya aku sementara waktu untuk pisahkan anak kau dari family dia dan hantar dia pergi jauh dan kau takkan dapat jumpa dia langsung .. bila dia besar even kau pon tak boleh bayang muka dia macam mana.. kau tahu aku boleh buat kan "

ipad yang aku pegang dari tadi aku campakkan ke muka dia.. kat situ terpampang dengan jelas muka anak dan isteri dia dekat hospital.. nurse kat situ pun antara keluaran dari MAX juga jadi senang kerja aku.

Bermain dengan emosi.

" baik.. aku bagi apa yang kau nak! kau kenal robert ketua geng hide kan.. dia yang bagitahu pasal maklumat kau.. dan semua pasal MAX yang tak pernah ada orang tahu.. dan aku hanya bekerja sebagai informer yang akan laporkan pada ketua aku tentang cara untuk lepaskan diri selain menggunakan jalan darat.. dan malam tu kami berjaya selamatkan diri dengan kapal terbang yang aku tempah khas untuk ke china..selepas kami betul-betul pasti ada agent yang mati dalam bangunan tu... dan kat china kami berpisah.. dan now i am here..".

Robert..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience