Tanpa memikirkan apa-apa. Dia bangun dan terus berlari untuk keluar dari bilik itu. Bertuah dirinya kerana pintu bilik itu tidak berkunci. Dia ketakutan dan menggigil.
Keesokan harinya, dia menelefon Maria dan menceritakan tentang kejadian semalam. Keadaan Mia memang teruk sehingga takut untuk turun ke tingkat bawah. Jadi, sebagai seorang kawan baik. Maria menemankan dan menolong Mia sehingga Mia kembali pulih seperti biasa.
Malam itu, Maria tidak tahu kenapa dirinya berasa seperti diperhatikan. Mia dan Sofia sudah tidur, jadi dia tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi dia tidur di sofa yang terletak di ruangtamu tingkat bawah.
Entah kenapa tiba-tiba dia terbau sesuatu yang meloyakan. Bau seperti bangkai atau mayat seseorang yang sudah reput berpuluh tahun lamanya. Dia kembali memejamkan mata. Tiba-tiba dia terdengar seperti suara kanak-kanak sedang menyanyi.
Matanya dibuka dengan kecil, hanya untuk memastikan tiada apa-apa. Dia ternampak Sofia sedang duduk di depan pintu dan tiba-tiba televisyen terbuka dengan sendiri. Dia terkejut tetapi dia buat-buat seperti tidak nampak perlara yang berlaku tadi. Kemudia dia berpaling ke atas dan ada benda yang duduk di siling sedang menanti dia untuk berpaling.
Mia sedang tidur, tiba-tiba kakinya seperti ditarik oleh seseorang. Dia pun terjaga dan melihat di bawah katil. Dia berasa lega kerana tiada apa-apa di bawah katil. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di atas almari. Benda itu terbang ke arahnya.
Dia terjatuh dari katil. Badannya menggigil ketakutan dan lampu tidur di biliknya terpadam dengan sendiri. Hanya cahaya bulam sahaja yang menerangi suasana di dalam biliknya.
Tiba-tiba dia ternampak sesuatu berjarak dari bawah katil. Benda itu merangkak menuju ke arah dia. Mia menjerit sambil menutup matanya. Maria yang terdengar Mia menjerit segera berlari ke arah bilik Mia.
Maria membuka pintu bilik itu, ternampak Mia berada di lantai sambil menjerit seperti orang histeria. Maria cepat-cepat menuju ke arah Mia dan memeluknya untuk menenangkan Mia.
Share this novel