Mia hanya mengikut kata-kata anaknya. Tiba-tiba dua berasa seperti sesuatu di belakangnya. Setelah dia mengira sehingga 10, dia terus membuka mata. Dia ternampak seperti ada bayangan seorang budak sedang berdiri di belakang langsir. Semasa dia cuba mengfokuskan dirinya untuk melihat bayangan itu tiba-tiba anak nya mengejutkan dia dari belakang.
"Oh tuhan ku, kamu berjaya menakutkan ibu." kata Mia sambil memegang tangan anaknya. Mia berasa tidak sedap hati untuk pergi kerja dan tinggalkan Sofia dengan pengasuh. Dia takut ada sesuatu yang akan mengganggu Sofia. Tetapi dia perlu pergi juga kerana banyak kerja yang telah tertangguh.
Semasa di tempat kerja, dia teringat semula kejadian pagi tadi. "Mingkin bayangan aku je kot, jangan fikir sangat Mia." dia bermonolog seorang diri. Tidak lama kemudia kawan baiknya iaitu Maria pun datang ke bilik pejabatnya. "Jom makan. Eh! apa kat tangan kau tu? macam lebam je." tanya Maria denga riak wajah yang hairan.
Mia yang melihat wajah kawannya itu terus melihat tangannya. "Aik! tadi tak ada masa aku bersiap nak pergi kerja." kata Mia. Mereka pun pergi ke kafe yang selalu mereka pergi bersama-sama.
Jam menunjukkan pukul 10.45 p.m., Mia pun sampai ke rumahnya. Semasa dia masuk ke dalam rumah, tiba-tiba pengasuh Sofia datang dekat dengannya. "Puan Mia, saya rasa Sofia tidak sihat." kata pengasuh itu. Mia pun memberi duit upah kepada pengasuh Sofia dan menyuruh dia pulang ke rumah dahulu.
Mia masuk ke dalam bilik Sofia. Bilik Sofia sangat bersepah, tidak seperti keadaan pagi tadi. Seoerti Sofia bermain dengan seseorang tetapi Sofia tiada seorang pun kawan. Nak kata dia bermain dengan pengasuhnya, tak mungkin seteruk begini. Semasa dia berjalan menuju ke arah Sofia, dia perasan ada patung beruang yang besar bewarna koko ada di tepi katil Sofia.
Mia tidak mahu bertanya tentang patung beruang itu kerana mungkin ayah kepada Sofia yang menghadiahkannya kerana rasa bersalah tidak menghadiri majlis hari jadi Sofia yang ke 3 tahun.
Share this novel