Chapter 2

Horror & Thriller Series 3607

Mereka berdua sampai di rumah baru mereka. Keadaan di dalam rumah itu sungguh cantik. Walaupun harganya murah tetapi rumah itu seperti istana. Tidak sebesar rumah mereka yang lama tetapi memang cantik dengan hiasan dan keadaan barang yang tersusun.

"Ibu bolehkan Sofia memilih bilik Sofia sendiri?" tanya Sofia sambil melihat ibunya dengan mata yang bulat. "Sudah tentu sayang." kata Mia sambil melihat gelagat anaknya yang gembira kerana dapat memilih bilik yang baru.

"Jadi, apa pendapat awak?" tanya Maria. "Well, rumah ni boleh tahan. Lagipun sesuai untuk kami berdua kerana kami bukannya bertiga lagi." jawap Mia sambil tunduk ke bawah melihat kasutnya. "Sudahlah tu, awak tak boleh jadi macam ni. Awak perlu kuat untuk teruskan hidup bersama dengan anak awak. Ini bukan salah awak Mia." pujuk Maria sambil memeluk Mia.

Mia hanya mengangguk dan mengelap air matanya. Senyuman terukir pada wajahnya kerana mempunyai kawan yang setia dan memahami keadaan dirinya. "Awak patut berehat, pastikan awak tidak tertekan dalam dua tiga minggu ni. Jaga kesihatan awak ya. Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa telefon lah saya." kata Maria. "Ya, saya akan tetapi jikalau awak asyik membebel, mungkin saya akan lebih tertekan." kata Mia sambil memeluk kawannya itu.

Dia sudah bertekad untuk memulakan hidup baru bersama dengan anaknya. "Ibu tengok ni, Sofia terjumpa mainan dalam bilik Sofia." kata Sofia sambil duduk di atas riba Mia. "Ooo, cantiknya. Macam Sofia lah." kata Mia sambil tersenyu melihat anaknya.

Keesokan harinya, Mia keluar dari bilik untuk membuatkan sarapan pagi untuk Sofia. Semasa dia lalu di bilik Sofia, dia terdengar Sofia sedang bercakap dengan diri sendiri. "Sofia, kamu bercakap dengan siapa, sayang?" tanya Mia. "Tiada siapa. Saya bercakap dengan kawan baru saya. Nama dia Jerry." jawab Sofia. "Ooo. Boleh kah ibu berjumpa dengan dia?" tanya Mia. "Sudah tentu." kata Sofia.

Dia menarik tangan ibunya dan suruh ibunya duduk di meja solek. "Ibu perlu duduk di sini dan kira sehingga 10 sambil memejamkan mata . Kemudian dia akan berada di belakaang ibu." jelas Sofia seperti kawannya akan betul-betul muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience